Monday, 27 June 2016

Biskut Mazola

Assalamualaikum...

Ok one more recipe for today. Biskut mazola... bahan tak banyak... buat pun senang tapi sedapnya ya Allah...tak terkata...hehe. 


Cuma guna 4 bahan ... minyak mazola, kacang kisar, tepung gandum dan gula icing.

Guna bekas yang sama untuk sukatan... ...kalau guna mangkuk atau cawan, make sure bekas tu the same size. 


Actually cabaran paling besar nak buat biskut mazola adalah nak gentel tu ... Huhu... lambat nau nak abis ... laen kali pakai mangkuk kecik jer laa ...haha.

Resepinya mudah ... Semuanya sukatan sama, semuanya 1 mangkuk/cawan, kecuali tepung gandum.... yang ni kena double. Yang membuat bertambah mudah sebab akak beli kacang yang siap goreng dan kisar kat NSK.. tapi yang lecehnya dia jual by 1kg or 500gm ...banyak tu... nak pakai satu cawan jer kot... itu yang akak sukat pakai mangkuk nak bagi cepat abis kacang tu ehehek. Pastu bila time gentel ... Nyosal!! Kaedahnya bila menggetel .. time tu lar rasa  nak garu belakang lar ... kepala gatal lar ..aiseyy.
 
Biskut Mazola 

1 cawan kacang kisar 
1 cawan minyak mazola 
1 cawan gula icing
2 cawan tepung gandum.

Gaul ler semua tu jadi doh dan start ler gentel... dan gentel... dan gentel ... Memang adunan macam tak cukup tepung dan berminyak ... but don't worry..bila bakar ok jer. 
 

Bila siap dibakar ... kenapa akak rasa macam kurang seri jer biskut ni ... Hehe rupanya lupa nak taruk kuning telur atasnya bagi nampak kilat dan cantik . Kalau suka rasa salty bolehlah tambah sedikit garam dalam adunan. Ok chow dulu ... nak singgah bazar Ramadhan. Selamat berbuka puasa. 




Friday, 24 June 2016

Chocolate chip oat nestum

Assalamualaikum...

Cepat betul Ramadhan kali ni... rasa terkejar-kejar jer nak buat semua... ini sebab pergerakan saya yang slow motion sebenarnya ... huhu. Nak update blog pun malas sungguh.. btw ada lagi ke orang baca blog sekarang ni ? Semua dah beralih ke ista kan. 


Sebab sekarang musim orang buat biskut raya... Mai akak payung satu resepi. Inspired from Daneen's leftover milk powder ... Yup finally she stopped using bottle and sadly automatically she also stop drinking milk ... Letak dalam cawan tak jalanlah ... That was what happen to Abang Rizq ... I stopped his bottle ealier at 3yo meaning he also stopped consuming milk at that age... that is why i biar je adik-adik dia minum pakai bottle so that depa minum susu lama sikit.


Chocolate chip oat nestum

250 gm butter (salted butter)
1 cup of instant oats
1 cup of nestum
1 cup of chocolate milk powder
1 cup of brown sugar
1/2 cup flour
1/2 cup semi sweet choc.Chips
1/2 tspn baking powder
1/4 tspn baking soda
1 egg

Beat butter with sugar, add egg and dry ingredients. 


Lastly add choc chips ... reserve some for deco. Then spread baking paper on  baking tray, spoon the mixture into small balls and bake. 


Cookies ni akan kembang dan meleper... So make sure ada enough space for that when baking. Selamat mencuba dan selamat beribadat di 10 malam terakhir..semoga kita diberi kekuatan untuk membuat yang terbaik. 

Nota kaki: sVs .. meatball tu beli kat supermarket ..alaaa lupa plak brand apa... gaul dengan sos tiram dan sos tomato , then masak kat  actifry sat ..sedap tau hihi.

Sunday, 12 June 2016

Marvel Heroes Birthday for Aiz

Balik dari Batam ... kena buat Party untuk Aiz... bukan sebab Aiz minta tapi sebab dah beli barang-barang party ni kat Perth hari tu ... Hehehuhu nak gelak ke nak nangis tak tahulah.


Bila tanya Aiz ... nak apa untuk birthday?... dia nak gi toys r us ... dia dah cakap kan masa birthday Daneen hari tu... tapi mama yang degil ehehe.


Macam biasa cuma jemput kaum keluarga... jadi buat goodies pun untuk anak-anak buah je lah. Comel kan botol air ni? saya beli kat kedai dua ringgit eco ( now dah tak jadi 2 ringgit sebab kena bayar gst ler).


The birthday cake does not need introduction...nampak sangat buat sendiri... sememeh!!!.. tapi biarlah ...kepuasan tu yang penting.. ya dak? I made funfetti cake tapi tak dan nak snap gambar yang dah potong... nampak nau sedapnya kannn .. ekekeh.


Si Aiz masa shopping kat Perth hari tu nampak bekas jelly belly tu punyalah dia seronok... minta belikan sebab dia duk tengok kat youtube...beli bekas tu okay... yang tak okay duk kena beli jelly beans sokmo.


Then saya buatkan sugar cookies ni, ikut resepi kat pinterest yang guna gula icing bancuh dengan susu ... haa inilah hasilnya... senang nak buat tapi rasanya memang macam makan gula. Saya lebih suka rasa yang resepi pakai putih telur. Apa pun memang both manislah ... Hok sebetulnya sugar cookies lebih cantik dari sedap.... memang tak leh lawan semperitlah. 


Saya buat oreo truffles juga. Truffles ni saya buat malam sebelum party.. punyalah suspen.. takut bangun esok, tak de dalam peti ais. 


Truffles ni nak buatnya tak susah... blend oreo sampai halus, masukkan cream cheese, gentel bulat, sejukkan dan celup dalam chocolate yang dicairkan. 


Balance chocolate tu saya celup pula wafer ni.


Lama tak buat beldo a.k.a agar-agar a.k.a jelly. 


Ini pula main menu... roti jala, kari ayam, kuah durian, meatball, macaroni dan chicken wings.


Dari roti jala ke macaroni semua buat sendiri... err kuah kari jer bibik buat.


Chicken wings tu last minutes Mr H suruh buat... macam biasa ...kes takut tak cukup.


Yang ini Mr H yang buat... dibawah tunjuk ajar sifu.


Dan kek lapis dari Batam .. ado laiee...




Apo lah yang nak di kato tuu...usah duk risau makanan banyak laiee...boleh tapau kot...



Budak-budak bukan makan banyak pun...depa lebih suka tiup buih...


Hadiah untuk Aiz pun beli di Perth ... usaha sorok dalam lugagge lepas tu berpindah masuk dalam stor..gigih mama dan papa nak suprisekan Aiz.


Kami duk imagine mesti dia suka habis dengan hadiah dia ni ... besar kot buzz ni. Sekali dia kata " I want big aeroplane!!". Hampeh betul ...hihi lain kali tak payah ler beli awal-awal ... minat boleh berubah, benda yang dia minta hari ni ... belum tentu menjadi pujaan  esoknya. 


Apa pun mama dan papa yakin ko happy jugak kan kan... Hihi. Selamat hari jadi yang ke 6 my baby... you are growing so fast.. tengok gigi kekal pun dah tumbuh 2. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan bersyukur!( nasib baiklah baru enam tahun... :-)) huhu... 


Begitulah ceritanya birthday si Aiz ... yang seperti lebih sudu dari kuah ...siapa yang suruh kannn... semua nak buat...akhirnya seminggu sakit urat... demi senyummu... senyum ajalah ... tak perlu kata apa-apa. 

Thursday, 2 June 2016

Barelang Bridge and Nagoya Hill Shopping Mall

Assalamualaikum...
Terlebih dahulu saya dan keluarga ucapkan selamat menyambut Ramadhan kareem. Semoga ibadat kita akan lebih baik dan diterima Allah.

So mari kita keliling Batam naik kijang berhimpit-himpit..
2 depan, 4 tengah dan 5 belakang... aduhh ngak bisa nafas.. 
si Aiz dengan Daneen ni memang berkepit jer dengan saya kat belakang .. memasing tak mahu beralah ... bila tak tahan bersesak barulah berebut pula nak beriba dengan Mr H di depan... bisa aja disini....hehe.


Nak sewa dua mobil rasa tak berbaloi pula sebab hari pun dah petang. Oleh kerana masa pun suntuk, kita pergi je lah tempat wajib pegi iaitu Barelang Bridge.


Permandangan di sini cantik ( of couse gambar harus diedit bagi nampak lagi cantik.. Hehe)


Ini adalah starting bridge yang menghubungkan beberapa pulau. 


Selain dari permandangan dan ambil gambar depan signage ni... dah tak tahu nak buat apa daaa..
Di tepi jalan ada warung-warung makanan yang jual bakso dan air kelapa ...tapi kami tak berani nak makan apa-apa.

Jadi lepas bergambar, kami pun teruskan perjalanan.


Merentasi keseluruhan bridge... tetapi tidak singgah dimana-mana.


Memang betul-betul lalu jer bridge tu, lepas tu patah balik ke Kota Batam. 


Next stop adalah pasar Batam sebab cousin Hem nak beli kain batik. Saya pun terjebak beli travel telekung untuk Dhia dan Ayra...other than that tak tahu nak beli apa. Saya rasa harga barang disini biasa-biasa aja, tak mahal dan tak murah juga. 


Ingat nak beli buah salak, tapi intai-intai tak jumpa pula.


Selesai cousin Hem borong kain batik, kita pun gerak ke Nagoya Mall untuk dinner. Nagoya Mall ni memang fames sebab kira antara mall yang besar di Batam. On the way ke sini ada nampak deretan kedai urut.. katanya murah juga urut di Batam ni tapi kami tak sempat nak explore sebab kesuntukkan masa...tak pe lah may be next time. 


Banyak cafe-cafe kat Nagoya Hill Mall...semua nampak hebat dan menarik.
Nak pilih cafe mana udah pening apa lagi nak pilih menunya.


Ada yang biasa jumpa... ada yang tak biasa.


Akhirnya saya pilih bakso... nampak biasa tapi rasanya luar biasa... hihi.


Mr H pula pilih nasi ayam penyek... pun sedap juga... maklumlah makanan local mestilah lagi sedap ditempat asalnya.


Next morning bangun pagi... tak ada plan apa-apa, tunggu waktu untuk naik feri jer.


So kami just lepak kat cafe hotel for breakfast. 


Variety makanan kat Swiss Belinn ni sederhana aja tapi cukup untuk memenuhi selera kami. Bubur ayam Indonesia memang sedap, semestinya saya tak lepaskan peluang untuk makan... siap tambah lagi hikhik.


Lepas breakfast, budak-budak minta mandi kolam, mak budak pula sibuk packing kat bilik sambil sembang dengan Kak Maria ( wife cousin Hem).


Sama aje pesen macam kat JB ..luar tingkap di Batam pun tengok construction work juga :-)
Packing was easy sebab tak shopping pun, tunggu budak habis swimming then kita boleh check out. 



Sambil tunggu pak supir yang sama semalam datang ambil...apa lagi group photolah dulu. Nasiblah sekarang tak payah beli kodak macam dulu-dulu kan... hihihi.


Since feri kami lambat lagi, Pak supir bawa kami lunch dulu...sementara tunggu makanan sampai, kami makan luti gendang ni yang diletak atas setiap meja... tak kan nak tengok aja kan.. Luti ( roti) ni berintikan sambal ikan ala-ala serunding... pedas manis, sedaplah bagi tekak anak kelantan ni.


Actually kat restoran ni ada menu kelantan... cuba zoom menu kat dinding...suprise-suprise ada nasi dagang ye. Di sebelah Mr H tu ialah Pak Supir kami... masih muda sebenarnya ... Hehe.


Nasi dagang malangnya udah abis, jadi saya orderlah satay... kalau bab satay... tak leh lawan satay Malaysia kitalah.


Mr H order air Datuk Seri Vida, dia pepandai buh nama tu sebab warna pink ...hehe. Okay not bad rasanya air dragon fruit ni... but alpukat lagi epic.


Santai-santai ...we took our sweet time makan lunch.. budak ni dah bosan so buat aktiviti dia sorang-sorang. Ini kalo tok nenek tengok ko pakai nail polish ni mahu depa  istighfar ni... hikhik ... zaman dah berubah ... nail polish waterbase ni jadi mainan budak dah sekarang... boleh cabut atau basuh je bila tak nak pakai...so kalau tengok orang pakai nail polish tak bolehlah buat judgement mereka tak solat pula.


Okay better gerak ke Batam Center ... konon nak singgah beli kek lapis bagai ... Feri kami pukul 2.50 petang, sama macam flight juga kena ada at least one hour before boarding. Kami singgah beli kek lapis di kilang sebab lagi murah, tapi kat kilang tu tak banyak choice  ... berbeza dengan kedai kek di Batam Centre yang lagi happening. 


Aikkk makan lagi? Nasib baik Aiz dan Daneen tidur all the way ke Pasir Gudang, kalau tak jenuh nak layan kerenah dalam feri, waktu pergi rasa macam rough, masa balik actually lagi rough. Bila sampai kepala pun rasa agak melayang. Urusan di immigration pula agak lambat sebab cousin Hem beli kain batik..herm kenalah bayar cukai.


Bila tambah balik satu jam waktu Malaysia, hari dah sangat petang dan kami rush lah nak balik sebab esoknya dah kerja... so after babai babai dengan Hem and family... teruslah gerak balik KeyEl.

Nice kan ruang kat Burger King RnR Seremban ni? Ok ok no more citer pasal makanan.Mentang-mentanglah bulan puasa ... cerita bab makan ajerr ... Hihihi. 

Tamatlah citer Batam. Lastly saya pun nak ambil kesempatan di bulan yang mulia ini untuk minta maaf andai terguris dan terasa... semoga Ramadhan ini lebih bermakna buat kita semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...