Selepas Tok Wan pergi... mek (MIL) keraplah datang KL... duduk kat kg sesorang mestilah sangat sunyi... kat KL ni ramai anak-anaknya....jadi dia berkunjung dari sebuah rumah kesebuah rumah.
Kebetulan mek datang, bibik pula nak balik bercuti...dah 4 tahun bibik bersama kita, sekali cuma dia bercuti ke kg, harap this time dia balik sini lagi seperti dijanji.
Mek nak ikut hantar bibik airport... so kami dinner dulu, agak awal, takut tak sempat, kalau ada elder people kena pasti time makan ikut waktu...bibik tak berapa lalu makan.... hati dan jiwa sudah berada di Lampung agaknya. Bibik dah makan ubat mabuk before left the house but still dia muntah dalam kereta ke airport. Sebab dia jenis mabuk jalan, dia pilih balik 2 tahun sekali.
Before mek datang, dah kemas bilik tamu, tukar cadar , tukar langsir, tukar sarung sofa. Sementara bibik ada ....
Tapi bibik tak reti nak pasang ni.... dia buat separuh jalan, tinggalkan mama siapkan....rupanya dia pasang terbalik... patutlah tak masuk...
Apa pasal muka sedih Daneen.... ohhh mama guna buku princess Daneen kemaskan sarung sofa.... ehs ehs mama...mama.
So bermulalah episode kami sekeluarga tanpa bibik... the next day... semua orang macam semangat lain macam.... macam orang dapat rumah baru... rajin luarbiasa... kemas mengemas... masak memasak... hehehe.
Cuci tangga...
Cuci lantai... herm menan merata....tak boleh jadi..
Bila sendiri kena kemas... kena creative utk menyelamatkan diri....hahaha... tetiba teringat kotak rotan ni... tu hadiah kawen kami... 17 tahunlah usianya...tak heranlah kalo tapak bawah dah hancur...Mr H simpan nak baiki... sayang sgt coz it was a present from a dear friend. Tapi Mr H banyak urusannya... kesian dia kalo saya suruh-suruh. Jadi saya selongkar bilik bibik cari kain and jumpa comforter abg Rizq... dah lupa pun kewujudannya..
Lega tengok dah kemas macam ni... and the best thing is... bila derang nak main... boleh keluarkan all just by taking out the comforter .... and also easy to put all the toys back, just longgok balik all the toys atas comforter and masuk the whole things back.
Masak sempoi-sempoi.... lauk kampung... cicah budu ... perggh!
Mek bawa pisang tenggala ni and buat acar...sedap sangat.
Mr H pun sangat rajin, bersihkan laman dan tebang one of the tall pokok betik.
Inilah pencuci mulut kita hari ini... dan besok... dan lusa... dan tulat...dan tubing....hahaha.