Labels

Cerita Raya (25) Cuti-cuti (90) Eating Out (43) House (29) Kids (73) Main Masak-masak (83) Party and Gathering (39)
Showing posts with label Party and Gathering. Show all posts
Showing posts with label Party and Gathering. Show all posts

Saturday, 28 October 2017

Unicorn party di Raya Haji

Assalamualaikum😊.


31st Aug tahun ni cuti panjang, bergabung raya haji ...as usual ada orang tu minta birthday party .. and a unicorn cake 😱...

Mula tu malas nak layan ... pujuk tukaran dengan benda lain ... ermm she ok jer alhamdulillah 🤗

Then MIL decided to celebrate raya haji at our place .. so meaning mestilah ada makan-makan with family ... jadi on baliklah birhday party .. kira 2 in 1 terus 😁


For raya .. breakfast in the morning, we had supersedap nasi lemak bibik .. bergabung dengan rendang dendeng and rendang ayam .. diteman pula pulut kuning MIL... 


Pencuci mulut pagi tu adalah brownies ..terus buat 3 adunan.. satu makan pagi .. 2 untuk party 😬.



Rumah dah siap kemas sambil pesan aka bebel kat budak-budak, jangan sepah sampai petang .. make sure same condition naa .. hehehe.


Meja party pun dah set up dari semalam lagi..time management pentinglaa kalau buat party last minute ni ..😓


Bahan-bahan untuk party ni dah beli lama kat Mr DIY Cheras Sentral .. banyak bahan2 party murah kat situ. Paling mahal pun rambu ramba tu harganya sepeket 8 ringgit lebih .. saya beli 2 paket dan belon sepeket tak sampai RM 10 .. so cost deko untuk party tak sampai pun 30 ringgit. Sebab harganya tak mahal mana, boleh beli simpan in case nak buat party.. tak lah terkecoh-kecoh.. maklumlah kita working mothers, cuma ada weekends jer utk shopping kann..dan macam-macam benda lain lagi nak buat.. semua kumpul time weekend .. maklum sejak tak berapa muda ni .. balik kerja je .. penat terus nak landing atas katil 😴



So sebaik balik dari masjid solat sunat, habis makan pagi dan bermaaf-maafan.. terus tukar uniform masuk dapur. Bersilat nak hias kek dengan littleladies.. kek dah bakar dari semalam .. tinggal nak deko jer. Nak buat unicorn tu yang baru terkial-kial google sana sini untuk buat fondant... saya tak pernah buat fondant sebenarnya. 😅


Akhirnya a week before party decided buat marsmallow fondant ajelah.. 🤔nampak macam boleh buat ... nampak macam mudah ...hermm

Marsmallow Fondant :

2 cups of marsmallows
4 cups of sugar icing
1 table spoon of water

Bahan pun sikit, boleh beli kat pasaraya je. Kebetulan, marsmallow yang saya beli tu ada yang warna putih dan pink... sebenarnya yang warna putih tu  boleh campur pewarna kalau nak warna lain.. tapi dah ada yang dah colour tu, senang taklah penat menguli.

Caranya adalah campurkan air ke dalam marshmallow dan microwave for 30 seconds, dia akan mencair dan campurlah dengan gula icing sikit demi sikit... pastikan gula icing diayak dan tidak berketul, nanti senang sikit nak uli...macamana saya tahu susah? sebab saya tak ayak ...huhuhu...berpeluh ketiak menguli 😭.

Sebenarnya saya tak letak pun icing sugar sebanyak tu... gila banyak kannn... adoiii nak kena kencing manis ke apa? saya taruk asal boleh uli jer.... tapi hakikatnya bila derhaka resepi ...unicorn saya tu taklah keras elok... saya letak dalam peti ais...barulah dia keras... 


Tengoklah telinga unicorn ni dah melepek by petang ... tapi sebab tak manis sangat...budak2 kata sedap dan boleh dimakan... kira telinga..tanduk habis licin semuanya...tak membazir hehehe.

Kind of menyesal letak sprinkle kat bawah kek, sebab tak matching colour but tak boleh buat apa sebab itu jer yang ada kat rumah...and the icing cream pun buat main agak-agak...cukup-cukup je untuk hias sebegitu.... it was indeed not well prepared. Sebab  I was so tight up with the cake.. I let littleladies to make pavlova... and pavlova ni kind of sensitive ... salah sukat bahan or terlebih putar .. jadilah ranap sebegitu... adalah sorang yang jadi judge masterchef comment kat littleladiea..well pekakkan telinga je lah... yang penting habis licin walau rupa tak semengah.

Bila littleladies mengadu pasal judge masterchef tu... kita ambil kesempatan untuk bagi real life lesson. It's okay, don't bother benda remeh temeh... yang penting niat kita nak kumpul dan erat silatulrahim... bukan semua orang sanggup nak bersusah hosting makan-makan... duit keluar... rumah kecah.. kena kemas.. kena layan tamu etc... tapi ganjaran biarlah Allah yang tentukan... dengan syarat kita ikhlas... so buat apa pun mesti happy-happy... barulah ikhlas. Sebab tu lah dear littleladies.. kalau kita nak komen apa-apa kat orang...walaupun ikhlas... tapi kalau memyakitkan hati orang... baik diam aja... sebab bila terguris hati walau pun benar... mungkin kita akan berdosa. Actually, I glad that it happened, because it gave me the opportunity to have a small talk with my girls... harap mereka computelah apa yang saya nak sampaikan.


Straw kaler-kaler comel ni beli kat Ikea...


Main menu saya tempah nasi dagang dari kawan yang kebetulan buat makan-makan... cuba imagine... rumah kita buat makan-makan..kita sempat gi makan makan kat rumah orang di hari kejadian...haha.



Yang penting... ada orang happy...


happy 9th birthday dear Daneen... we love you.


Kek ni saya pakai resepi butter cake biasa.... sedap rasanya, ada yang tanya tempah kat mana... kann bagus ada juga judge masterchef yang puji-puji ni walaupun dia tahu rupa macam gitu tak kan lah tempah hihihi... hilang lenguh sendi putar cream tau 😁.


Rainbow tak cukup colour...


Happy bila dapat kumpulkan generasi muda dalam keluarga.. seeing their happy faces worth all the hardworks.


What a birthday without a gift....doakan mama papa murah rezeki, insyaAllah boleh tunaikan permintaan princess ...




Okaylah tu yang besar tu... beli yang lagi besar kang susah nak bawak balik... okay jom cepat balikkkk.....😜

Monday, 15 May 2017

Fatma and Yusoff love Holly and Ben, and I love them.

Assalamualaikum😊

One day mama Fatma messaged bagitahu nak buat party, minta Tok Lang tolong...
untuk birthday Fatma dan Yusoff serta aqiqah Lily, cucu yang terbaru
Katanya tema Holly and Ben... sejenis apakah itu?🤔
I guess it passed my kids' timelah Holly and Ben ni, jadi I pun tak tahu.🤷🏻♀️
Nasib baiklah kita ni hidup di zaman adanya makcik gugel dan kak pint... mereka boleh bantu.😜

Tapi yang nasib tak berapa baik sebab Tok Lang ni dah plan nak balik kampung dihari kejadian tu.
Jadi tak bolehlah nak tolong banyak cuma promised nak buatkan piñata takat yang mampu.

 
hasil godek-godek kak Pint... jadilah piñata si Ben telinga pink.


Kak Long a.k.a mama fatma bagitahu, this time dia nak buat simple dessert table jer dan nak sewa bouncing castle...
Ni dia sewa dari kawan my makcik for about RM400 plus-plus ...boleh contact Aiza at 019 3577000 kalau berminat.

 

Nak dijadikan cerita in the last minute...tak jadi pulak nak balik kampung minggu tu.
Jadi pagi sebelum party, sempatlah print few things for the party.
 

Tengahari dah pegi rumah depa untuk tolong setting meja...
Si Ben ni pun jadikan prop meja before digantung dan isi gula-gula.
Bila tengok gambar ni, baru perasan yang telinga pink Ben dan hilang ntah kemana hahaha.
 

 

 

 

Senyum lebar birthday boy and birthday girl ni... birthday derang dekat-dekat tarikhnya... untunglah boleh buat combo party hehehe.
 
 
Introducing Fathea Lily...
 

 
Main menu adalah nasi arab sempena aqiqah.
 

Selain nasi arab... makcik-makcik si Fatma dan Yusoff ni rajin tambah masak itu ini. 
 

Can't wait to blow the candles...
 

Siapa yang lagi excited... si anak-anak atau si ibu bapa? hehehe
 

Too bad and not too bad.. hujan pulak , berkat usaha si atuk-atuk, dapat juga alih castle ni ke bawah porch ... bolehlah pakcik-pakcik Fatma dan Yusoff main ramai-ramai.
  
 
best kann pegang tangan baby...
 

babies kita dah besar-besar.. dah sibuk main.. tak de masa nak pegang-pegang tangan dah.
Tapi si Aiz kadang-kadang boleh jadi baby balik time nak manja tak hingat tu...
dari pandai bercakap ... jadi tak pandai cakap pun ada time dia extreme berlakon😅😂.
   

 
Itulah betul perancangan Dialah yang sebaiknya.. sebab Ayra demam time last exam, cikgu bagi dia tunda exam on first weekend of school holiday.. jadi cuti balik kampung pun ditunda juga dan akhirnya kita dapat kedua-dua... balik kampung pun dapat .. kenduri pun dapat 😊



Balik kampung makan masakan tok ma adalah nikmat yang sukar digambarkan ..walau hanya lauk simple ulam cicah budu.


Belajar masak dengan tok ma walaupun dah tua bangka hehehe... adalah detik- detik indah yang akan dikenang-kenang.

Kali ni kita belajar masak gulai lemak ketam .. meh kita kongsi resepi

Gulai Lemak Ketam

Bahan2
3 ekor ketam besar
3 batang serai (ketuk)
Cili & lada burung ( kisar)
1/2 biji bawang holland (kisar)
Kunyit ( kisar)
Air sikit utk make sure all bahan from  blender  masuk  periuk 😅
Santan pekat
Segenggam udang dibuang kulit
1 keping Asam keping 
Garam
Gula ( optional )

Cara2nya:

Rebus ketam dengan bahan kisar dan serai. Bila air ketam dah keluar dan bertukar warna, masukkan santan, asam keping, udang dan garam . Masak sebentar dan hidang 😋

 
Jarang dapat petik petai pakai tangan kann 😆

Ini routine balik kampung... hantar makanan ke kebun rusa.🦌


Before balik kita bergambar kenangan dengan tok ki tok ma.


Suatu ketika dulu tengok datuk nenek memandang sayu bila tok ki tok ma bawa kita balik...sekarang kita tengok tok  ki tok ma pula yang memandang kita sayu... 😔mungkin satu hari nanti, kita pula duduk ditangga memandang sayu.

Friday, 7 April 2017

Buzz Lightyear Party and Special Pandan Gula Melaka Cake for Aiz


Assalamualaikum 😊


Birthday Aiz yang ke 7
Cepatnya masa berlalu
Dah masuk darjah satu
Rambut dah pendek, kulit dah kelabu 😬

Kita jer yang tak tua-tua kannn😜


Really miss the time when his pipi macam pau gebu dengan rambut kerinting tutup telinga.😊

This was the first time after awhile buat makan-makan ajak semua adik beradik kumpul.
Birthday party cuma jadi syarat aje, yang penting silaturahim get together with siblings.
Maklum duduk di ibu kota ni, banyak urusan itu ini, walau hati nak ziarah menziarahi tapi selalu tak jadi-jadi.

So the party was a simple one... even the doorgift pun kita beli things at random dan campak semua dalam bakul... nanti pilih aja berkenan yang mana...sebab cousins Aiz ada macam-macam umur... dari yang bertatih sampai yang berjanggut...hehehe.


The party was set at night... bukan sebab nak ber BBQ.. tapi sebab siang hari minggu memang sibuk dengan tuition, aktiviti budak sekolah etc-etc.

Biasa kalau buat birthday party, kami tak cakap pun it was a birthday party sebab takut susahkan orang nak bawa hadiah bagai... kita kan cuma nak get together.
Tapi for budak-budak, birthday party definitely associate with hadiah.🙄.. aarghh ...so bila tak de hadiah ...dia punya moyok macam tak makan sebulan.🤦🏻♀️
This time sebab mengajak cuma keluarga, memanglah bagitahu tajuk perjumpaan adalah sambutan hari jadi... hahaha... nasiblah kann sekali sekala. 
Sebagai back up... kalau tak de juga hadiah... mama papa dah usaha beli hadiah, balut bagi banyak ketul sikit...tak daya  nak jawab soalan ... kenapa tak de hadiah ditanya berulang kali. Hatta sebab tu lah sepesen jer wrappingnya 😛



So pada siang harinya sempatlah buat birthday cake. Hujung minggu sebelumnya dah test buat kek pandan ni dan luluslah untuk dibuat birthday cake.🤗


Simple dessert table... cuma ada funfetti monster cuppies, brownies dan marshmallow.


Buat all these with the help of littleladies.


Main menu adalah nasi kerabu... nasi kerabu kosong kita tempah, lauk pauk kita masak sendiri... ada ayam bakar, daging bakar dan ikan goreng celup tepung.


Alhamdulillah semua adik beradik dapat datang kecuali Mami Ja.


This is the sight that you want to remember and cherish... because we cannot take for granted that beloved family will always be there.


Aiz was really happy his best friend came to the party. Ni duk sembang pasal budak pompuan kat sekolah ni..😅


Settle main dish... semua tak sabar nak ghasa pemanis mulut. Jom lah potong kek cepat-cepat.


I was really happy jumpa lilin bentuk bintang kat Mr DIY.. maklum .. mak bukan reti sangat nak hias-hias kek nih... takat pacak-pacak bolehlah.


Kalau jaman dulu-dulu... gambar birthday... mesti penuh budak-budak keliling nak potong kek... jaman sekarang... serak tekak mak keriau suruh berdiri kat belakang nak amik gambar... depa buat deq jer...hahaha.


Nak potong sendiri pulak... aduhh suspen takut hancur.


Sedapnya kek... lapar pulak tengok huhuhu..
nak resepi tak?


Kek Pandan Gula Melaka

Bahan A
300gm tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bicarbonate
( ayak bahan di atas)

Bahan B
190gm butter
230gm gula kastor
3 biji kuning telur
( di putar)

Bahan C
1/2 cawan santan KARA
1/3 cawan susu full cream
3 Sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu kecil perisa pandan
(campur ke bahan B)

Bahan D
3 biji putih telur
( putar sampai gebu)

Cara-caranya:-
Putar bahan B, masukkan bahan C dan A. Lastly masukkan bahan D dan  kaup sebati. Bakar kek pada suhu 170'c sehingga masak dan harum semerbak satu rumah..hehehe.

Untuk dalam krimnya, saya buat cream cheese macam filling red velvet, dan cream luar cuma whipping cream putar diletak pewarna hijau. Taburkan gula melaka yang diricik di atas setiap lapisan cream. Keliling kek kita letak choclate putih cair campur santan sikit.


Selesai potong kek...tibalah masa yang sangat ditunggu-tunggu...acara bukak hadiahlah...apa lagi😝


For me .. it was enough seeing him excited... puji mama decorate cantik sangat... sibuk nak ambil gambar sampai tak sempat nak pakai seluar.😂... kalau pun cuma bodek...mama puas hati.☺️

My dearest baby son... semua doa yang baik-baik adalah sebaik-baik hadiah dari mama buatmu... semoga makbul ...aamiin. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...