Labels

Cerita Raya (25) Cuti-cuti (90) Eating Out (43) House (29) Kids (73) Main Masak-masak (83) Party and Gathering (39)
Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts

Tuesday, 16 May 2017

Our 2017 retreat at Saujana Janda Baik


Assalamualaikum😊

Sekarang ni hujan jer petang-petang
Pagi pun hujan juga kadang-kadang
Jalan pun jem memanjang 😅
Tapi tak pe.. hujan itu tanda Allah sayang.


Hujan pun hujan ... misi kita teruskan jua.


Misi balik kampung Saujana Janda Baik..


Tu dia .. tunggu kawan-kawan yang sampai berperingkat peringkat
Ada yang solat Jumaat
Ada yang sesat 😅


Di Saujana Janda Baik ni ada dua Chalet.
Yang ini namanya Meranti Chalet
Kecik sikit boleh muat dalam dalam 10 pax
Di sinilah jejaka-jejaka Malaya kita sumbat.
 

Champeroh Chalet ini lebih besar dan terletak di depan Meranti
boleh muat dalam 20 orang dan berkonsep open space dengan 2 bilik air
Jadi kita letaklah puteri-puteri rupawan di sini 😊
 

Di Chemperoh ( Meranti tidaklah kami masuk) ada satu katil pengantin...
 

Seketul katil sofa kecik comel.


Ada katil double decker kayu di tepi dinding
 

Dan tilam-tilam untuk bentang tidur ramai-ramai depan tv.
 

Beberapa tapak kaki jer dah boleh terjun sungai
Mari kita explore kat luar pulak...apa yang derang tengah buat tu?
 

Ooo ... sedang menjamu selera rupanya.
 

Lunch kami tempah dengan caterer yang direkomen pihak resort.
 

Wahh sakan hangpa berendam ye... mentang-mentang pak lebai semua pi masjid solat Jemaat...
 

hakak walaupun tak de pak lebai... malas betul nak masuk dalam air...kuikuikui
 

So hakak jalan-jalan jer lah di sekitar sambil petik hp.
Itu jelah yang boleh dibuat kalau line tenet slow macam siput.
 

 

Memang betul-betul pergi rehatkan minda...
masa berjalan macam slow juga bila tenet slow... pelik kan...hehehe
tengok jam tadi pukul 3 lebih.. tengok lagi sekali pukul 3 lebih lagi 🤔
 

Udahnya hakak join depa tengok tv... layan citer korea zaman bila tah... 
Syoklah pulak.....
Tengah-tengah syok... tetiba riuh dengar kat luar
 

 
Rupanya ada orang datang jual madu lebah asli... fresh from the tree.
Tengok tu ...ada lebah 'terkorban' sekali dalam tu.
Betul laa kot asli
 

 
Siap bawa sample yang asli dengan yang tak asli.... cer teka yang mana satu yang palsu?
Pandai pulak kalau beli 2 botol ada diskaun... maka hakak pun terjebaklah juga 😅.
Sampai la ni tak buka lagi... tak pe madu boleh simpan lama... banyak kegunaan.
 


After magrib... kami pun ready berderet untuk BBQ dinner...
Semua makanan caterer yang siapkan .. hantar yang dah masak untuk kami ngap.


Sempat depa pi beli kek sebelum ke sini... ada peti ais, so tak lah cair simpan untuk dinner.
 
 
Sebelum makan... kita mulakan dengan acara wajib setiap tahun...
tukar-tukar hadiah sesame geng.
Acara cam gini time baru lepas dapat bonus memang syoklaa..😝
 
 
Tu diaa... happy sangat tu...😆
 

okaylah... jomlah makan sebelum semua sejuk.
 

Dah kenyang ... kita halau jejaka semua balik Meranti..
sebab kita nak tidurrr 😜
Haa tengoklah keadaan ruang bila semua dah bentang tilam..
memang macam balik kampung sungguh. 😬

 
 
Breakfast nasi lemak pun caterer hantar pepagi lagi...
makan kenyang-kenyang sebelum kita main game.
tapi kita tak main badminton.. 

 

Kita main indoor game jer .. sebab hujan renyai.. memasing nak maintain cun malas nak turun.
Tapi we really had fun main indoor game yang cukup hilarious.
aduh bayangkan mulut kena sumbat penuh marshmallow... nak kena sebut pulak  nama haiwan liar...yang tunggu nak meneka tu pun tersembur-sembur air liur duk gelak.


 
Indoor game pun ada hadiah juga... berbaloilah ...hehehe
 
 
Tak de sape dah nak mandi sungai on second day...
lepas main game.. masing-masing pun balik dengan senyum terukir di bibir
Sebab duk teringat-ingat game lucu yang mencuit hati.
 
 

 
Sesape yang nak mandi sungai dan berpicnic ala-ala balik kampung bolehlah datang ke sini.. check out Saujana Janda Baik's website for latest details here.

Wednesday, 22 March 2017

Elegant Penthouse Paddy View @ Sekinchan


Assalamualaikum 😊

Lamanya tak bersiaran.
Entahlah macam lemau jer nak update😵

Ni dah cuti sekolah.. tetiba teringat percutian ke Sekinchan hari tu... manalah tahu ada yang nak ke Sekinchan, bolehlah stay kat Penthouse ni.
 


Penthouse ni ditempah melalui Airbnb.
Kami ke sana, time cuti raya cina... it was a last minute decision.
Tujuan utama nak berkumpul adik beradik untuk hiburkan MIL yang masih berduka kehilangan Uda.
 
Last minute kerana bila bukan hanya keluarga kita yang bercuti, banyak kena tunggu greenlight sana sini.. begitu begini... orang ni dapat cuti atau tidak... budget itu, budget ini etc-etc.
Alhamdulillah finally dapat juga kesepakatan😊.
 
Kenapa Sekinchan?
kenapa tidak?
 
Bila semua last minute, time pulak peak season... memang pilihan tidak banyak yang ada. Sana sini jem sudah tentu, dan bila kita bawa orang tua... kena fikir keselesaan beliau, jangan terlalu jauh... kalau dekat sangat takut tak excited pula.
 
So Sekinchan is just nice...
 

Boleh singgah makan mee udang on the way ...😋
 

Tak susah cari location ini kerana di Sekinchan cuma ada one high rise condo.. yeap only One Residence.
 

Sebab last minute, peak season CNY pula tu.. harganya pun faham-faham sendiri...we paid RM1200++ for a night... tapi bila kongsi sikit sorang... it was really worth the value because penthouse ni boleh muat ramai. Jom explore penthouse ni...
 

The living room is elegant with a modern concept...I guess that is why it is named Elegant Penthouse Paddy View.
 

Dapur pulak macam open concept sebab berdindingkan glass.. terus boleh nampak dining and living room.


Dapur ni serba lengkap..


Tapi sebab last minute.. we were not really thinking of it... so tak prepare apa pun untuk utilise the kitchen.


Jom tengok beranda...


Too bad padi baru disemai time ni so tidaklah hijau saujana memandang.


This is the master bedroom ... 


Besar dan cantik.



The attached bathroom.

 
The second room has 2 double beds and a sofa bed.


The third room has 2 double beds. Both rooms shared one attached bathroom, but ada satu bilik air di living room just next to the third room.


Ini adalah bilik rebutan ramai ..


Walaupun kecik .. tengoklah berapa pax boleh muat... banyak woo 😜.


Next to that room , ada another small room with a single bed .. which MIL dah book awal awal lagi 😁. There is also another bathroom here. So the house has 5 bedrooms and 4 bathrooms, comfortably fit 15 adults. Ada 4 parking lots untuk guests .. 4 uols 4 😍.


Penthouse ni boleh access ke rooftop, where you can see the sea meet the paddy field .. can you spot the sea on my left and the paddy field on my right. 


 Aydan teropong apa tu?


Mesti tengah intip swimming pool ramai orang ke tak kann...



While they were having fun time at the pool,  me and mr H pegi melawat kawasan untuk usha tempat dinner for us malam nanti.


Ronda- ronda and jumpa tempat ikan naik... mesti nak singgah before balik esok.


Terus ke Pantai dekat sini, mana tahu ada port makan best.

Pantai Redang ni boleh nampak from the penthouse .. suprisingly ramai sungguh orang kat sini, but kami tak jumpa pulak kedai makan yang sesuai.




Senja sudah .. time to get the kids ready for dinner.


Akhirnya kami decided ke Restoran The Bird River .. banyak pilihan menu... dari local sampai ke western.


Berkonsepkan kontena..ample space .. boleh makan kat luar atau pun kat dalam.


Kami sampai awal, tadak orang lagi time ni, ini di ruang bawah.


Kami pilih makan kat atas sebab...


Ada tempat lepak and play station for kids. Memang kami conquer area atas tu 😅


Ini antara menu yang di order..


Kalau Daniel yang tak berapa gemar seafood ni boleh makan, maka boleh buat kesimpulan makanan kat sini sedap .. sesuai dengan harga yang sangat berpatutan. 


Sedap ko dop Mek? 😋 kusyuknya mek makan.


Activity after dinner be like 🙄.. yang akan menjadi kenangan manis mereka kelak 😊 


Good morning.. woke up to this view from the master bedroom. So sarapan apa kita? 


Kita buat rombongan ke Restoran Sri Sekinchan .. sebab boleh makan macam- macam jenis lempeng .. pilih je yang mana suka .. jangan pilih yang tengah berdiri tu .. kang kena lempang pula 😂


Mine was delicious lempeng kelapa .. cicah sambal sardin awesome.


After breakfast, balik penthouse and get ready for check out. Semua berat hati nak balik so kita plan mesti get together for lunch dulu .. this time we wanted to explore exotic food at Restoran Lembah Bernam. Restoran ni kat kawasan sawah padi.


Budak ni muncung dah restless tunggu food tak sampai- sampai .. dua jam lebih menunggu bukan takat budak .. orang tua pun rasa nak naik atas meja dah 😅
Lagi rasa nak naik meja sebab tengok orang datang lambat tapi dapat dulu order...rupanya mereka tempah before datang 😞


Antara yang kami order adalah gulai ikan baung, rendang landak, keli berlado, puyu goreng dan rusa masak kicap .. ayam goreng pun order untuk yang kurang adventurous ...pun masyaAllah sedap sungguh... eh memang saya kurang adventurous hehehe. 

Lambat tu sebab, bila order baru chef masak .. fresh gitu ...and mungkin kami pun order banyak sebab kami ramai .. so lambatlah dapat ...😔

tips nya tempahlah order awal- awal kalau nak pergi ... ada phone number kat gambar tu . Makanannya memang sedap .. nasib baiklah kan .. kalau tak mahu terbalik meja hari tu 😅


Singgah dulu port fresh seafood before balik.


Borong ikan bawal .. masa kami sampai , banyak dah habis .. ikan bawal jer yang baru sampai masa tu. Harga ikan fresh ni actually mahalnya lebih sikit dari beli kat pasaraya .. tapi rasanya berbeza .. manis and fresh.


Masak simple walau sekadar  goreng pun boleh buat makan nasi bertambah- tambah 😅

Kepada yang berminat untuk booking penthouse, saya sertakan link di sini . Happy holiday to all😊.
http://abnb.me/EVmg/CnvbCl64HB

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...