Labels

Showing posts with label Batam. Show all posts
Showing posts with label Batam. Show all posts

Thursday, 2 June 2016

Barelang Bridge and Nagoya Hill Shopping Mall

Assalamualaikum...
Terlebih dahulu saya dan keluarga ucapkan selamat menyambut Ramadhan kareem. Semoga ibadat kita akan lebih baik dan diterima Allah.

So mari kita keliling Batam naik kijang berhimpit-himpit..
2 depan, 4 tengah dan 5 belakang... aduhh ngak bisa nafas.. 
si Aiz dengan Daneen ni memang berkepit jer dengan saya kat belakang .. memasing tak mahu beralah ... bila tak tahan bersesak barulah berebut pula nak beriba dengan Mr H di depan... bisa aja disini....hehe.


Nak sewa dua mobil rasa tak berbaloi pula sebab hari pun dah petang. Oleh kerana masa pun suntuk, kita pergi je lah tempat wajib pegi iaitu Barelang Bridge.


Permandangan di sini cantik ( of couse gambar harus diedit bagi nampak lagi cantik.. Hehe)


Ini adalah starting bridge yang menghubungkan beberapa pulau. 


Selain dari permandangan dan ambil gambar depan signage ni... dah tak tahu nak buat apa daaa..
Di tepi jalan ada warung-warung makanan yang jual bakso dan air kelapa ...tapi kami tak berani nak makan apa-apa.

Jadi lepas bergambar, kami pun teruskan perjalanan.


Merentasi keseluruhan bridge... tetapi tidak singgah dimana-mana.


Memang betul-betul lalu jer bridge tu, lepas tu patah balik ke Kota Batam. 


Next stop adalah pasar Batam sebab cousin Hem nak beli kain batik. Saya pun terjebak beli travel telekung untuk Dhia dan Ayra...other than that tak tahu nak beli apa. Saya rasa harga barang disini biasa-biasa aja, tak mahal dan tak murah juga. 


Ingat nak beli buah salak, tapi intai-intai tak jumpa pula.


Selesai cousin Hem borong kain batik, kita pun gerak ke Nagoya Mall untuk dinner. Nagoya Mall ni memang fames sebab kira antara mall yang besar di Batam. On the way ke sini ada nampak deretan kedai urut.. katanya murah juga urut di Batam ni tapi kami tak sempat nak explore sebab kesuntukkan masa...tak pe lah may be next time. 


Banyak cafe-cafe kat Nagoya Hill Mall...semua nampak hebat dan menarik.
Nak pilih cafe mana udah pening apa lagi nak pilih menunya.


Ada yang biasa jumpa... ada yang tak biasa.


Akhirnya saya pilih bakso... nampak biasa tapi rasanya luar biasa... hihi.


Mr H pula pilih nasi ayam penyek... pun sedap juga... maklumlah makanan local mestilah lagi sedap ditempat asalnya.


Next morning bangun pagi... tak ada plan apa-apa, tunggu waktu untuk naik feri jer.


So kami just lepak kat cafe hotel for breakfast. 


Variety makanan kat Swiss Belinn ni sederhana aja tapi cukup untuk memenuhi selera kami. Bubur ayam Indonesia memang sedap, semestinya saya tak lepaskan peluang untuk makan... siap tambah lagi hikhik.


Lepas breakfast, budak-budak minta mandi kolam, mak budak pula sibuk packing kat bilik sambil sembang dengan Kak Maria ( wife cousin Hem).


Sama aje pesen macam kat JB ..luar tingkap di Batam pun tengok construction work juga :-)
Packing was easy sebab tak shopping pun, tunggu budak habis swimming then kita boleh check out. 



Sambil tunggu pak supir yang sama semalam datang ambil...apa lagi group photolah dulu. Nasiblah sekarang tak payah beli kodak macam dulu-dulu kan... hihihi.


Since feri kami lambat lagi, Pak supir bawa kami lunch dulu...sementara tunggu makanan sampai, kami makan luti gendang ni yang diletak atas setiap meja... tak kan nak tengok aja kan.. Luti ( roti) ni berintikan sambal ikan ala-ala serunding... pedas manis, sedaplah bagi tekak anak kelantan ni.


Actually kat restoran ni ada menu kelantan... cuba zoom menu kat dinding...suprise-suprise ada nasi dagang ye. Di sebelah Mr H tu ialah Pak Supir kami... masih muda sebenarnya ... Hehe.


Nasi dagang malangnya udah abis, jadi saya orderlah satay... kalau bab satay... tak leh lawan satay Malaysia kitalah.


Mr H order air Datuk Seri Vida, dia pepandai buh nama tu sebab warna pink ...hehe. Okay not bad rasanya air dragon fruit ni... but alpukat lagi epic.


Santai-santai ...we took our sweet time makan lunch.. budak ni dah bosan so buat aktiviti dia sorang-sorang. Ini kalo tok nenek tengok ko pakai nail polish ni mahu depa  istighfar ni... hikhik ... zaman dah berubah ... nail polish waterbase ni jadi mainan budak dah sekarang... boleh cabut atau basuh je bila tak nak pakai...so kalau tengok orang pakai nail polish tak bolehlah buat judgement mereka tak solat pula.


Okay better gerak ke Batam Center ... konon nak singgah beli kek lapis bagai ... Feri kami pukul 2.50 petang, sama macam flight juga kena ada at least one hour before boarding. Kami singgah beli kek lapis di kilang sebab lagi murah, tapi kat kilang tu tak banyak choice  ... berbeza dengan kedai kek di Batam Centre yang lagi happening. 


Aikkk makan lagi? Nasib baik Aiz dan Daneen tidur all the way ke Pasir Gudang, kalau tak jenuh nak layan kerenah dalam feri, waktu pergi rasa macam rough, masa balik actually lagi rough. Bila sampai kepala pun rasa agak melayang. Urusan di immigration pula agak lambat sebab cousin Hem beli kain batik..herm kenalah bayar cukai.


Bila tambah balik satu jam waktu Malaysia, hari dah sangat petang dan kami rush lah nak balik sebab esoknya dah kerja... so after babai babai dengan Hem and family... teruslah gerak balik KeyEl.

Nice kan ruang kat Burger King RnR Seremban ni? Ok ok no more citer pasal makanan.Mentang-mentanglah bulan puasa ... cerita bab makan ajerr ... Hihihi. 

Tamatlah citer Batam. Lastly saya pun nak ambil kesempatan di bulan yang mulia ini untuk minta maaf andai terguris dan terasa... semoga Ramadhan ini lebih bermakna buat kita semua.

Saturday, 21 May 2016

Dari Swiss Belinn Batam ke Puti Bungsu.

Salam friends...

Patutlah masuk negeri Johor.. rasa dekat jer di hati ... Kampung sVs dan Malinda rupanya  :-)


Kita sambung cerita kita pegi Batam. 
Sajer nak try naik ferry boat ke sana.
Aiz dan Daneen cuak tak boleh bayang macamanalah bentuk ferry boat tu... hihi


Kami ambil feri pukul 11 pagi ...tak beranilah nak gamble dengan budak-budak ni kalau nak siap pagi-pagi.
Tengok ke luar tingkap.. matahari dah tinggi, tapi kami belum lagi keluar rumah. 

Nampak tak bangunan tinggi-tinggi di Singapore tu? macam dekat sangat kan.. tapi this time kami tak nak pergi Singapore, kami nak gi makan nasi Padang di Batam.. hew hew :-)


Ambil tiket feri online awal-awal... pilih terminal Pasir Gudang sebab ada discount 30% kalo beli online... rupenya Terminal Pasir Gudang agak jauh berbanding Stulang ... hehe. Tapi alhamdulillah, menurut my cousin, tempatnya tak sesesak Stulang. My cousin, his wife and son dah sampai dulu di terminal.


Lepas bayar cukai pelabuhan dan ambil boading pass, kami pun beratur... lepas tu ada orang bagitahu, kalau orang Malaysia, tak payah beratur sebab ada speed lane, agaknya dia tak payah check banyak kot, itu yang cepat...


cop passport dan kami pun berjalanlah nak naik feri melalui jeti yang panjang ni. Apa pun group photo dulu.... Senyum!


Lebar ni senyum sebab lega ..  
macam ni feri rupenya...ada chairs macam dalam flight kata Aiz. 


Mula-mula excited budak ni...
Lepas tu belum setengah jam dah bosan..OMG what to do?...we have another 1 hour 10 minutes to reach Batam. 


Tv dalam feri pun duk main lagu dangdut jer... bosanlah kan. Udahnya yang bergoyang-goyang ikut rentak dangdut itu adalah ferinya... yahh cuaca nampak baik-baik aja sih, tapi adakala feri melambung dan goyang-goyang gitu... gimana ya? Huhu...mohon cepatin sampainya.. Hikhik.


Finally we reached Batam... then macam kat airport juga... kena que and scan itu ini kat immigration... first time ler juga kena bukak kasut dan sandal untuk discan... ehehe... macam pelik je pulak rasa jalan kaki ayam sekejap. 


Besar juga Terminal Batam Central ni kan. Baca kat blog katanya ramai tourist guide a.k.a pak supir yang bisa bawa kita jalan-jalan... tapi tak de sape pun yang approached tanya kami ... apa muka kami ngak seperti tourists? ... Ehehek.


Udahnya kami amik dua teksi ke hotel. Dhia dan ayra join group pertama yang sampai dulu, sebab tu depa sedap jer duk atas sofa. 


Kami amik apartment 2 bilik. Bilik ni kecik tapi ada ensuite bathroom.
 

Bilik kecik.. bilik air pun kecik la ... tapi cukuplah untuk little ladies.




Bilik ni pula besar ... siap ada tv.


Tapi bilik air kat luar....??


Bilik paling special dapat kat abang Rizq...ruang tamu lar apa lagi... Ehekhek.


Ini bilik dapur ...kena panggil bilik juga sebab ada pintu. Bila buka jer pintu... bau jamu ... huhu tutup je lah... jom kita keluar pi cari nasi padang.


Di hotel ada service teksi yang memang siap tunggu customer di situ. Dua kali dia ulang angkut kami ke Puti Bungsu (Puteri Bongsu)..nasib baik dekat. Terus deal untuk sewa Kijang (Innova) dengan dia untuk bawa kami jalan-jalan lepas lunch nanti. Muat ke satu innova untuk 10 orang penumpang? 


Pak supir kata bisa ... Ahh usah dipikirin, kita makan dulu..lapar ni. 


Sementara pak supir pegi tukar kereta, kita enjoy dulu alpukat yang super sedap ni... 


Banyak betul kami makan ... rasanya setiap kami dah mengembang seinci dua ni ... Err muat ke Kijang ni ? 

Mahu tahu jawapannya ... tunggukan sambungan cerita Batam part 2... :-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...