Labels

Thursday, 2 June 2016

Barelang Bridge and Nagoya Hill Shopping Mall

Assalamualaikum...
Terlebih dahulu saya dan keluarga ucapkan selamat menyambut Ramadhan kareem. Semoga ibadat kita akan lebih baik dan diterima Allah.

So mari kita keliling Batam naik kijang berhimpit-himpit..
2 depan, 4 tengah dan 5 belakang... aduhh ngak bisa nafas.. 
si Aiz dengan Daneen ni memang berkepit jer dengan saya kat belakang .. memasing tak mahu beralah ... bila tak tahan bersesak barulah berebut pula nak beriba dengan Mr H di depan... bisa aja disini....hehe.


Nak sewa dua mobil rasa tak berbaloi pula sebab hari pun dah petang. Oleh kerana masa pun suntuk, kita pergi je lah tempat wajib pegi iaitu Barelang Bridge.


Permandangan di sini cantik ( of couse gambar harus diedit bagi nampak lagi cantik.. Hehe)


Ini adalah starting bridge yang menghubungkan beberapa pulau. 


Selain dari permandangan dan ambil gambar depan signage ni... dah tak tahu nak buat apa daaa..
Di tepi jalan ada warung-warung makanan yang jual bakso dan air kelapa ...tapi kami tak berani nak makan apa-apa.

Jadi lepas bergambar, kami pun teruskan perjalanan.


Merentasi keseluruhan bridge... tetapi tidak singgah dimana-mana.


Memang betul-betul lalu jer bridge tu, lepas tu patah balik ke Kota Batam. 


Next stop adalah pasar Batam sebab cousin Hem nak beli kain batik. Saya pun terjebak beli travel telekung untuk Dhia dan Ayra...other than that tak tahu nak beli apa. Saya rasa harga barang disini biasa-biasa aja, tak mahal dan tak murah juga. 


Ingat nak beli buah salak, tapi intai-intai tak jumpa pula.


Selesai cousin Hem borong kain batik, kita pun gerak ke Nagoya Mall untuk dinner. Nagoya Mall ni memang fames sebab kira antara mall yang besar di Batam. On the way ke sini ada nampak deretan kedai urut.. katanya murah juga urut di Batam ni tapi kami tak sempat nak explore sebab kesuntukkan masa...tak pe lah may be next time. 


Banyak cafe-cafe kat Nagoya Hill Mall...semua nampak hebat dan menarik.
Nak pilih cafe mana udah pening apa lagi nak pilih menunya.


Ada yang biasa jumpa... ada yang tak biasa.


Akhirnya saya pilih bakso... nampak biasa tapi rasanya luar biasa... hihi.


Mr H pula pilih nasi ayam penyek... pun sedap juga... maklumlah makanan local mestilah lagi sedap ditempat asalnya.


Next morning bangun pagi... tak ada plan apa-apa, tunggu waktu untuk naik feri jer.


So kami just lepak kat cafe hotel for breakfast. 


Variety makanan kat Swiss Belinn ni sederhana aja tapi cukup untuk memenuhi selera kami. Bubur ayam Indonesia memang sedap, semestinya saya tak lepaskan peluang untuk makan... siap tambah lagi hikhik.


Lepas breakfast, budak-budak minta mandi kolam, mak budak pula sibuk packing kat bilik sambil sembang dengan Kak Maria ( wife cousin Hem).


Sama aje pesen macam kat JB ..luar tingkap di Batam pun tengok construction work juga :-)
Packing was easy sebab tak shopping pun, tunggu budak habis swimming then kita boleh check out. 



Sambil tunggu pak supir yang sama semalam datang ambil...apa lagi group photolah dulu. Nasiblah sekarang tak payah beli kodak macam dulu-dulu kan... hihihi.


Since feri kami lambat lagi, Pak supir bawa kami lunch dulu...sementara tunggu makanan sampai, kami makan luti gendang ni yang diletak atas setiap meja... tak kan nak tengok aja kan.. Luti ( roti) ni berintikan sambal ikan ala-ala serunding... pedas manis, sedaplah bagi tekak anak kelantan ni.


Actually kat restoran ni ada menu kelantan... cuba zoom menu kat dinding...suprise-suprise ada nasi dagang ye. Di sebelah Mr H tu ialah Pak Supir kami... masih muda sebenarnya ... Hehe.


Nasi dagang malangnya udah abis, jadi saya orderlah satay... kalau bab satay... tak leh lawan satay Malaysia kitalah.


Mr H order air Datuk Seri Vida, dia pepandai buh nama tu sebab warna pink ...hehe. Okay not bad rasanya air dragon fruit ni... but alpukat lagi epic.


Santai-santai ...we took our sweet time makan lunch.. budak ni dah bosan so buat aktiviti dia sorang-sorang. Ini kalo tok nenek tengok ko pakai nail polish ni mahu depa  istighfar ni... hikhik ... zaman dah berubah ... nail polish waterbase ni jadi mainan budak dah sekarang... boleh cabut atau basuh je bila tak nak pakai...so kalau tengok orang pakai nail polish tak bolehlah buat judgement mereka tak solat pula.


Okay better gerak ke Batam Center ... konon nak singgah beli kek lapis bagai ... Feri kami pukul 2.50 petang, sama macam flight juga kena ada at least one hour before boarding. Kami singgah beli kek lapis di kilang sebab lagi murah, tapi kat kilang tu tak banyak choice  ... berbeza dengan kedai kek di Batam Centre yang lagi happening. 


Aikkk makan lagi? Nasib baik Aiz dan Daneen tidur all the way ke Pasir Gudang, kalau tak jenuh nak layan kerenah dalam feri, waktu pergi rasa macam rough, masa balik actually lagi rough. Bila sampai kepala pun rasa agak melayang. Urusan di immigration pula agak lambat sebab cousin Hem beli kain batik..herm kenalah bayar cukai.


Bila tambah balik satu jam waktu Malaysia, hari dah sangat petang dan kami rush lah nak balik sebab esoknya dah kerja... so after babai babai dengan Hem and family... teruslah gerak balik KeyEl.

Nice kan ruang kat Burger King RnR Seremban ni? Ok ok no more citer pasal makanan.Mentang-mentanglah bulan puasa ... cerita bab makan ajerr ... Hihihi. 

Tamatlah citer Batam. Lastly saya pun nak ambil kesempatan di bulan yang mulia ini untuk minta maaf andai terguris dan terasa... semoga Ramadhan ini lebih bermakna buat kita semua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...