Tetapi perih untuk ditanggung
Mata melihat, hati tersiksa
Simpati derita yang tidak tertolong.
Seperti tidak tersambung cerita-cerita gembira disini kerana perasaan dilanda kedukaan. :-(
Kakak ipar sulung Mr H baru sangat pergi ... sakit jantung.. Sedang kami semua positif dia akan sihat kembali ... tak sangka pembedahan itu tidak menyelamatkan dia ... masih rasa seperti mimpi ngeri yang terkesan bila bangun pagi.
Bila kami masih lagi mamai dari mimpi ngeri...dikhabarkan pula berita buruk yang tidak terperi.
Adik Mr H pula disahkan kanser tahap 4.
Seperti jatuh ditimpa tangga ...
Sekarang ini semua masih bingung ... mahu buat apa .. bagaimana?
Ya Allah berilah kekuatan kepadanya dan kepada kami untuk menolongnya ...
Coretan ini semata menagih simpati dari yang membaca .. doakan kesembuhan untuk dia walau seperti memohon satu keajaiban, tetapi saya dengar keajaiban itu ada.
Saya akan terus menulis selepas ini insyaAllah ... cerita-cerita throwback yang gembira ... dengan harapan memberi satu dos positif untuk saya.