Labels

Saturday, 15 March 2014

Aiz's 4th Birthday: Torte Coklat Badam Ultraman 4 U


Mama tak de mood nak buat party...
Lagi pun Abg Rizq tak de
Tapi mama gagahkan juga buat kek 
At least biarlah kek tu hasil air tangan ibu..hehe

Aiz nak kek ultraman ye?
 dont worry you will get one...


Pandai kan mama...
Hahaha...
Takat print gambar and cucuk kat kek...mama pandai!


Bukan macam tu lah mama... meh Aiz lukis tunjuk...


Alaaa Aiz... tak kisahlah janji sangat sedap..

This recipe is from youtube by Dr Ezani 
Torte Coklat Badam

Dr Ezani buat sangat cantik... mama punya tak cantik coz tak cukup satu ingredient... sabar itu satu ingredient yang penting untuk deco2...herm mama kurang sabar... semua nak cepat.


Happy birthday dearest busyuk mama... semoga sihat, bahagia dan berjaya... jadilah anak yang soleh ya.


Mr H , see I need a good phone to capture moment like this...


Lepas main kemas ye.... 

Thursday, 13 March 2014

Little Ladies at Toy Muzium Melaka



Sudah enam hari
tapi MH370 masih belum dijumpai
Semua rakyat Malaysia bersedih hati
Perkara lain seolah tidak penting lagi

Pagi tadi ke office jerebu teruk sungguh
lalu saya jadi guru besar tak bagi anak pergi sekolah
takut batuk selsemanya makin parah


Kemarau menyebabkan kebakaran hutan
memburukkan lagi jerebu
lima kali ganda teruknya kebakaran
berbanding tahun-tahun dahulu.

Di kawasan saya air masih lagi dicatu
Mujur malam air masuk tangki yang cuma satu
Air itu satu keperluan,kalau tak ada memang haru

Apa pun hidup perlu diteruskan
ujian memberi kita banyak pengajaran
belajar menghargai nikmat yang dikurniakan


Jom kita ke Muzium ... belajar menyusun mainan

Cuma ladies jer yang nak masuk
Aiz diajak tak nak, takut kat Mr Hulk 
saya pun tak de lah nak pujuk
nanti dia suruh beli,  kang susah kalau  dia tak nak balik

Toy Muzium ni letaknya di Bukit Piatu
On the way ke sekolah Abg Rizq tu



Kecik jer muzium ni.. bajet boleh habis pusing kurang dari sejam
bayaran masuk dewasa RM6
kanak-kanak RM4
Operation hours:
TUE-FRI, 3PM-6PM
SUN 2PM-6PM
SAT 11AM-6PM
(Note: Last entry is 5.30PM)
Closed on MON except school holidays.





Kan bagus kalo susun mainan macam ni... barulah rumah kemas.


This doll memang ancientlah... my cousin once had one giant doll like this, but yang ini kecik..hers besar...  sebesar Aiz kot ... her mum is a taylor... so she jahit  banyak baju untuk doll ni...masa tu mana ada barbie doll... yang konsep tukar-tukar baju. Kira hebat sangatlah dia ada doll tu...boleh tukar-tukar baju.
Somehow my aunt cuma displayed jer my cousin's toys ... she had  few cooking play sets, dolls etc ... tapi toys tu digantung je kat dinding masih berbungkus macam kat kedai... bila kami pergi rumah dia, cuma dapat  tengok ajerlah sambil menglap-lap air liur yang meleleh... my aunt cakap... my cousin cuma suka tengok toys ... dia tak suka main...ada juga species cam tu ... hihihi. 


Rugilah Aiz tak tengok ni...


tapi confirm saya akan susah kalo dia nampak ini...


Apalah reaksi dia kalo tengok catwoman yang sangatlah womanly ni..



Apa pulak reaksi little ladies...?


Mereka teruja dengan frame ini...




dan mesin taip lama ini...

( hermm...I wonder where did tok ki simpan mesin taip lama dia... tak kan lah dia sorok dari saya lagi?)

Tuesday, 11 March 2014

Restoran Sultan Hadramawt Sungai Ramal Luar


Sekali sekala pekena nasi Arab..




Nampak macam best ... ambience pun nice
Restoran besar tapi tak ramai orang... rezeki kami kot



order humus sementara tunggu nasi... ingat nasi lambat sampai


Cepat pulak sampainya... service tip top... mungkin sebab tak ramai. Saya suka chicken kabsah ni.. rempahnya memang terasa.. menusuk ke jiwa... hahaha


Yang ini Lamb Mandy. Sedap juga. Alhamdulillah...

Bersyukurlah dengan rahmat Allah.
dan takutlah kepadaNya
kerana Allah maha kuasa... melangkau segalanya
Bila Dia kata Kun fayakun... apa pun tidak mustahil
seperti hilangnya MH370
Hanya Dia yang mengetahui apa sebenarnya yang berlaku
Marilah kita memohon perlindungan dan keselamatan diri, keluarga, sahabat dan negara kita...
dan memohon Allah memberi petunjuk dan merungkaikan misteri MH370

Saya secara peribadi merasakan mereka masih ada...
Mungkinkah itu harapan..?
Mesti keluarga mereka juga merasakan begitu, malah lebih lagi
dan apalah yang mustahil kalau Allah berkehendak begitu
Mari kita doakan keselamatan mereka...
dan pulang dengan segera..
supaya terjawablah pertanyaan..
terhentilah tangisan..


Saturday, 8 March 2014

Macaroni Mama : A Story behind a packet of macaroni


There were times when the kids tak nak makan nasi
They love spaghetti...
Tapi saya sudah boring masak spaghetti
Ada satu packet macaroni ...but only that,
No other things except Ramly minced meat  
So I boiled half a packet ... and campak anything I can found in the kitchen as the ingredients


Nampak plain but sangat sedap pada saya.

The other half packet, saya buat mac and cheese
Tapi budak-budak tak suka
Mr H kata it's fine with him
 Maybe it was too plain and the cheese buat cepat muak

So my mac and cheese tak habis.... tak habis banyak!!

So I decided to goreng balik macam the first half... but now of course with extra ingredients. 


The kids said they liked this one the most so I want to share the recipe here( Malangnya ada yang saya tak betul-betul sukat ...lebih kurang macam ni lah)

Macaroni Mama

1/2 paket macaroni
1/2 labu bawang holland
4 ulas bawang putih
1 paket daging cincang Ramly
2 biji tomato
2 s/b kicap manis
Tomato sos secukup rasa
Cili sos secukup rasa
Lada hitam dan putih berperisa
Mixed herb
6 keping cheese
Sedikit knor pasti sedap
Daun sup utk hiasan
Olive oil utk menggoreng

Cara:
1. Rebus macaroni dengan sedikit minyak dan garam, bila dah masak, toskan
2. Panaskan kuali dan masukkan daging cincang,bila daging dah masak barulah letak minyak untuk goreng
3. Masukkan bawang holland yang didadu dan bawang putih ketuk dan cincang
4. Bila bawang dah layu..masukkan kicap, lada hitam dan putih
5. Masukkan tomato yang dipotong dadu,  sos tomato,sos cili dan mixed herb
6. Last sekali, masukkan macaroni, knor pasti sedap dan cheese.
7. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba... and remember to pray for MH370...semoga semuanya selamat.


Friday, 7 March 2014

A post without a picture...


I am a visual person... I love pictures more than texts
So my blog full with pictures
They were not  professional photos

It's not a photo  taken by a real camera...not even one
 just photos from my phone

But those pictures are special to me
The stories, the scenes, the things, the people
all so precious and of high value

I hope those pictures are not wrongly interpreted
I tell stories with good intent
It's just me, I'm not trying to pretend

There's something that I would like to share
But I wonder should I stop doing what I like
I enjoyed reading blogs, it has changed to a better me
and hope that my blog could do the same

I pray Allah to protect...
me from having a mazmumah heart 
For I just a human....I'm not perfect.






Wednesday, 5 March 2014

Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu Melaka


N3 ini khas untuk parents yang nak antar anak ke sini...
Parents sekarang sedikit sebanyak akan mencari maklumat di tenet... macam saya... so saya harap dapat menyumbang sedikit info.


Haa dah sampai pun...pintu masuk ada satu aje...
Tentang direction ke sini... err silalah guna gps... saya ni follow jer... banyak melayan perasaan ... jalan tak perasannyer .....


Aiz happy jer dapat jalan-jalan.... paw chocolate..paw menan.
ada orang yang gundah gulana kat sebelah tu.


Maklumat yang pertama.
Every month ada 2 kali outing bermalam... satu yang wajib
Satu yang sunat... 


Tempat pertama yang pergi kat sini...nanti dia bagi list outing dan list dokumen yang kena submit ...macam surat berenti sekolah, keputusan PMR, slip gaji parents, buku kokurikulum, surat beranak etc .semua tu kena sahkan, lepas tu kena sediakan gambar passport 10 keping... dan list yuran yang kena bayar.


Then kita ke bilik guru, jumpa guru kelas dan bayar yuran PIBG RM250

Lepas tu pergi pulak koop beli keperluan macam baju uniform warna oren, cadar etc... cost lebih kurang  RM300 +.
Seluar hitam dan kasut sekolah hitam kena beli sendiri kat luar... koop tak jual.


Seterusnya pegi pulak office warden untuk bayar duit asrama... yuran asrama bergantung gaji parents... min 100+ to 600+...boleh bayar 2 kali setahun.


Jom check dorm...


Redho ajerlah dapat perabot macam mana... 


 risau pulak kalo tidur atas... kang jatuh... ehs ehs..hehehe



Belajar - belajarlah basuh baju sendiri...masuk duit 2 hinggit... jalan... mama papa dulu kena basuh tangan tau!


Ini kantin


Ini pulak dewan makan..

On top of kain baju...barang keperluan lain yang disyorkan bawa:
1. Baldi
2. Berus kasut
3. Hanger
4. Cebok
5. Sabun basuh baju
6. Penyepit ampaian
7. Ubat-ubatan
8. Ubat nyamuk!!!
9. Selipar... good to have extra
10. Toiletries and bakul kecil to keep them.
11. Botol air ... untuk taruk air kat water cooler

Kami pun 2 times keluar masuk hari tu beli barang... asyik termiss beli... its good to have a check list.


Okay...we balik dulu......


Sunday, 2 March 2014

Once upon a weekend...Orang gaji bercinta dengan tukang kebun....


Halamaakk dah hari Isnin??
Tak cukup weekend lah...
Malasnya nak sekolah
Eh??
Malasnya nak kerja... huhu
nasib baiklah hari Isnin ada "Projek memikat suami"
Ada jugalah something to look forward to...

Banyak benor drama gaya bercinta lepas kawin
Masyarakat kita sukalah tengok citer cam gini
Ye lah dah kawin... tak lah dosa pengang- pegang...peluk peluk...
Kaedahnya yang melakonkan tetaplah berdosa kan...
Yang menengok ni camne pulak?? Ambil jer lah iktibar yg baik-baik.... tetaplah kena explain kat anak-anak.. berlakon itu tetaplah berdosa kalau cam gitu anakku... pasal kahwin itu lakonan cuma bukan betul-betul........( menjawab soalan anak-anak yang confuse)


Hari minggulah lah nak discover macam-macam huhuhu...dimanakah orang gaji ku?


Kenalah cari jalan...keluarkan whiteboard lama dan suruh CindeAyra cuci...


Sekarang cuaca sangatlah panas... pakai pun seksilah.


My tukang kebun pun seksi, pakai singlet jer...

Teringatlah masa singgle minggle dulu-dulu
Sukalah juga berangan...
dalam umur yang macam gitu... sukalah berangan bab- bab cinta... ewahh...
Kalau bangun pagi senyum-senyum mesti malam tu tidur mimpi jumpa hero...kakahkah

Selalu yang saya angankan... jalan citer dia lebih kurang dgn drama-drama kahwin paksa ni lah
Ceritanya selalunye begini...
Waktu  cuti semester Uni... kerja part time jadi orang gaji kat rumah orang kaya yang ada anak bujang hensem... pas tu ... samaada bapak dia berkenan atau mak dia berkenan... suruh kawen dgn anak dia yang hensem tu... mula- mula jual mahal ... lepas tu cinta habis...hahaha

Suatu hari Mr H cerita kat saya...
Dia masa time budak-budak dulu berangan
Jadi tukang kebun part time kat rumah orang kaya yang ada anak dara cun... lepas tu bercinta antara dua darjat...hahaha kaedahnya...

Rupe-rupenya... orang gaji part time berjumpa jodoh dengah tukang kebun part time...apaarahh...
Hahaha jom gelak guling-guling....
(Janganlah Mr H baca n3 ni.... mati makcik!)



Uolls dah test ini?....kuat betul pengaruh iklan kann...
Katanya boleh tahan sebulan...


Tapi kalo asyik kena curik buat bubble.... tak dan lah sebulan rasanya...huhuhu.


Lepas tu CiderAyra pegi kemas lemari baju dia....


Banyaklah baju dia yang dah tak muat... dia bagilah kat adiknya...




Wahh... kemain bergaya dengan baju secondhand...


Lepas tu orang gaji dengan tukang kebun pegi shopping barang untuk anak bujang nak masuk asrama... anak bujang cakap... kena pakai baju skema-skema...




Then habis shopping...orang gaji dan tukang kebun belanjalah anak bujang makan all his favourite food ...nanti dah masuk asrama takut kempunanlah pulak...eehhsss panas-panas ni ...sedapnya cendol tu.. shruupp... telan balik ayaq liur


Nampak ni kat kedai.... tanya Daneen... nak tak?
Tak naaaak .... Daneen tak nak ni... Daneen nak kinrara( kinrara??)
Yelah yelah... korang manalah main dengan menan orang gaji masa kecik... tapi eh beli jugak ... tak kiralah...hehe sapa yang endak tah?


Haaa baru nak senyum ... dah dapat tiara (Kinrara....)
Daneen pakai lawa-lawa ni ... kenapa... nak pikat anak orang kaya ka?....hihi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...