Bahan-bahannya Cik Kiah;
3 pot beras basmati
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
sebatang kayu manis
sedikit bunga lawang
sedikit buah pelaga
sedikit bunga cengkih
sedikit minyak zaiton ( atau minyak apa pun boleh)
3 helai daun pandan
3 sudu besar butter ( atau minyak sapi)
1 pot susu sejat
2 pot air ( lebihkan sedikit, bergantung jenis beras)
1 sudu kecil perasa knor pasti sedap
pewarna kuning, hijau dan merah
Mula - mula rendam beras dalam 30 minit,kemudian toskan
Mayang semua benda yang boleh dimayang... hehehe ( item 1 to 4)
letakkan minyak dan butter, panaskan (pakai jer periuk rice cooker tu... hikhik)
tumiskan item yang dimayang, rempah dan daun pandan sampai naik bau ( bau wangi tau... bukan bau hangit)
masukkan beras, susu sejat, dan air
masak dalam rice cooker.... jangan lupa tekan button cook
Dah masak, kacau /gemburkan nasi tu, pas tu ambil hujung sudu, celup perwarna dan celup pulak kat nasi tu... dah siap!
Nasib baik MIl datang.... dapatlah merasa air tangan Lazy chef... |
No comments:
Post a Comment