Labels

Friday, 7 September 2012

Open House + Aqiqah + Birthday

Saya sibuk buat doorgift berbagai sebab nak buat majlis aqiqah untuk Aiz... dah 2 tahun lebih umurnya  tapi belum aqiqah lagi... maklum tahun lepas sibuk renovate rumah, masa dia baru lahir kami buat cukur jambul, siap marhaban bagai tapi tak buat aqiqah sekali pulak. Jadi kami bercadang nak adakan aqiqah untuk dia, kebetulan dekat pulak dengan birthday kakaknya yang confirm every year jatuh on public holiday... pas tu raya pulak... kira cum open house raya lah sekali.

Sebulan bulan Ramadhan saya dah sibuk survey caterer sana sini... tapi banyak yang dah tak terima tempahan kerena dah fully booked... memang keramatlah tarikh tu. Sudahnya saya ambil caterer asing-asing.Untuk nasi minyak, ambil dari sini  http://pesonarasacatering.blogspot.com , untuk kambing golek pulak dari sini http://www.kambingpanggang-bangi.com.my/. Kerusi meja pulak sewa dengan En Nasir dekat kawasan kejiranan kami. Birthday cake pulak dari http://lyndsdelight.blogspot.com/

Malam sebelum majlis dekat pukul empat pagi saya tidur... diawal malam saya sibuk kemas rumah mana yang patut, lepas tu sambung buat doorgift yang tak settle lagi, lepas tu masak sup, bolognese sos dan cupcakes..untuk bake up kalau-kalau tak cukup makanan yang ditempah... wah memang sibuk saya... itu baru nak kenduri kecil-kecilan... macamanalah nanti kalau nak kahwinkan anak.... mesti berganda-ganda sibuknya... nasib anak kecik-kecik lagi... hehehe.

dapat idea deko cuppies masa tgk mashmallow chomel ni....

Baru dapat tidur sejam dua... berbunyi pulak hp, ingatkan alarm tapi memang phone call... yang menelepon pulak biras saya... kalau orang terdekat telepon pada waktu-waktu begitu memang saya berdebar-debar... takut ade emergency....  .Bila Mr H serious dengan muka berkerut-kerut... confirm ada masalah. Rupanya adik ipar saya kemalangan di Kuala Lipis ... agak teruk... masyaAllah.... tidak keruan terus...

Mr. H buat decision untuk segera kesana tetapi saya tidak setuju... saya bimbang keselamatan Mr H yang cuma lelapkan mata 2 jam ( saya sayangkan Mr H... sudah semestinya)... bimbang takut dia pulak ditimpa masalah... berserta dengan kenduri kami yang hampir nak bermula..selepas ditimbang-timbang kami minta adik-beradik lain gerak dulu ke sana... kami akan menyusul selepas majlis...

Bila dah jadi macam tu ... sudah pasti tidak boleh tidur lagi ... jadi kami teruskan bersiap-siap untuk berkenduri... hp sentiasa disisi untuk dapatkan perkembangan terkini... saya sibukkan diri dengan siapkan setting tempat makan dan kerah anak blow belon dengan rainbow... nasib baik ada sorang adik ipar husband and wife,  tolong kami sementara yang lain dah ke Kuala Lipis.

atas meja ada balang kerepek, sweets and ballon sebagai penyeri...

candy and cake station

closer view

Birthday cake minnie dah jadi mickey ....but still comel
cookies and kuih station

nasi minyak station


kambing golek station


Tetamu yang dah mula tiba...
Bila dah makin ramai tetamu... dah tak sempat nak snap photos dah... kaum keluarga pulak ramai yang tak ade kerana dah ke Lipis. Jadi agak tak menang tangan jugaklah tuan rumah... kehulu kehilir menyempurnakan majlis. Harap-harap semua semua tamu yang hadir berpuashati walaupun terkurang layanan...









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...