Labels

Saturday, 9 February 2013

Maggi Ketam @ at home


Untuk mengingatkan balik maggi ketam saya sedap ... saya masaklah, lepas tu masa makan tu, sibuk tanya semua orang .. haa sedap tak ?

Mr H cakap .. berani ker nak cakap tak sedap? Hehe

Hok aloh tak payah cakaplah ... Kalau memasing makan bertambah.. mestilah sedap kan kann? Hehehe

Resepi maggi ketam

5 bungkus maggi kari meletup.
Sebiji bawang holland besar
5 ulas bawang putih
Air secukupnya
Sayur kubis dan sawi
sebiji tomato besar
Setangkai daun kari
Sedikit daun kunyit ( potong halus)
Sedikit daun sup
Cili besar dan cili padi ( saya tak letak takut budak kepedasan, tapi kalau letak, saya rasa lagi menyengat)
Lauk - ketam (utama) , boleh tambah udang, sotong, ayam etc
Garam dan gula

Cara:
1.Tumis bawang, daun kunyit dan daun kari
2. Masukkan air , mendidih je masuk sayur dan lauk, serbuk perasa maggi kari
3. Masuk perasa tambahan - garam dan gula
- meenya saya masak dan toskan , asingkan takut kembang .. nak makan baru letak.

Wallah dah siap!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...