Labels

Wednesday, 6 March 2013

BBQ and Big Breakfast

Oh sorila citer Melaka lagi..

Mestilah nak tunjuk aktiviti kat Melaka kann... seronok kumpul adik beradik, sambil borak sambil ngap-ngap..

Acara pada petang hari tu adalah mandi manda...


5 bidadara seksi mandi-mandian

Lepas mandi manda kita berbbq pula...


bestnya ramai tukang bakar....

View entrance A Famosa at night


Pada malam sabtu, lepas balik opis tu ... saya singgah kedai  beli ayam untuk diperap. Kali ni saya pakai resepi main hentam sajerr... sebab masa nak perap ayam 4 ekor tu... ada pulak yang mengekor saya kat setiap penjuru dapur... haiii rimas-rimas. Jadi saya taruk je apa yang saya nampak kat depan mata... kuantiti pun main hentam aje.

Nak ke resepi ? Tak pe lah kalau uols tak nak pun saya letak juga untuk peringatan diri sendiri... pasal apa nak ingat? pasal dengan tak disangka-sangka resepi  tu menjadik,  ayam tu juicy dan sedap.

BBQ Hentam ( ape ke nama resepi ni ... hihi)

4 ekor ayam
3 labu bawang holland
1 labu bawang putih
2 inci halia
sos cili
sos bbq
kicap manis
sos lada hitam
Perasa Pasti sedap
garam dan sedikit gula

kicap tu letak sikit jer tapi lebihkan sos cili dan sos bbq.

Ayam bbq tu berbaki ... alahai semua tak suka part yang banyak daging... pakat dok makan wing dan drumstick aje... boleh buat breakfast keesokkan paginya. Daging ayam part dada tu dihiris nipis-nipis utk di buat sandwich.

mee segera sedap yang sedap...

smoked chicken breast and smoked mee?

Sandwich Mr H
Sebelum makan kita camwhoring dulu...




Sebelum...


Selepas...


Dan sebelum balik... semua orang mencemar duli ke dalam kolam ...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...