Labels

Friday, 11 October 2013

Balas Dendam...

As Salam..... apa dendam-dendam.... tak baik berdendam... no no no... !!

Bukankah ada kisah yang menceritakan sahabat nabi pernah heran dengan seorang hamba Allah ini... kerana Rasulullah (s.a.w) memberitahu yang hamba Allah ini akan masuk syurga mendahului sahabat... lalu sahabat menumpang rumah hamba Allah ini untuk mengetahui apakah ibadat istimewa yang diamalkan sehingga mendapat kemuliaan itu. Ternyata hamba Allah tersebut cuma membuat amalan biasa sahaja... tetapi setiap kali sebelum tidur, beliau memaafkan semua orang... ecehhh tazkirah ....hehehe... ambil berkat hari Jumaat. 

Nampak senang tetapi tidaklah mudah... sama-sama kita berusaha...

Ini bukan dendam apa... dendam orang sibuk jer... lunch panjang hari ni, baru boleh lepas geram nak berblog selepas 2 hari menyepi diri sebab pegi training... hok aloh training lima orang aje... dah 2 darinya were my office buddies... betul-betul cam classroom type... tuition one to one gitu...


Food pun main tapau-tapau jer... eh tapau yg special sikitlah ... macam this Japanese teriyaki chicken.... sedap pulak sup tofu tu... mula tu macam takut nak try... apa nama sup ni ekk?. Tapi... yang best kalau pegi training with very few participants,  boleh tanya kaw kaw punya... kalau salah tanya pun , enam orang jer pun yg nak gelakkan kita.... ( campur cikgu dan diri sendiri...yang dua orang tu kalau gelakkan saya... siap kat opis saya kerjakan .... kakakah).

Lagi satu dendam budak ni haa...


Budak baru habis PMR.... last day exam, tanya mama mana mama sorok laptop dengan hp dia. 2  benda yang memang buat dia hilang fokus... selalu cakap... Rizq nak buat yang terbaik... pas tu bila mama check.. aikkk dok layan tenet... so untuk kebaikan Rizq... mama simpan... Rizq menyerahkan laptop dengan rela hati 3 bulan before exam.... pastu mama tengok macam rileks lagi... rupanya layan tenet kat hp pulak dah... sebulan sebelum exam... mama minta simpankan juga hp.... rupanya rindu benor dia kat 2 benda ni....



Balik dari opis hari last day exam tu.. terus saya jengok bilik dia.... hah! melepas dendam ye...tak dan- dan.


MasyaAllah... berkecahnye bilik.... cuba buat balas dendam dengan mengemas bilik ni ha... barulah anak soleh (boleh pulak gitu kaitannya)....apa pun mama pun lega Abang Rizq dah habis periksa.... tak sabar nak membalas dendam  beristirehat kat PD hujung minggu ni.



Baru dapat fruit of the week.... kempen kesihatan kat opis... Every week dapat satu biji buah seorang... my friend bagi petua kalau nak oren manis, pilih vontot yang ada lubang macam ni.... on top of that... saya rasa kita boleh cium bau manis oren tu ... kesian brader tu tadi, lama tunggu saya cium oren berkotak lepas sebiji, sebiji... hehehe.... worait then,selamat berhujung minggu semua...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...