Assalamualaikum...
Saya ada banyak cerita yang nak diceritakan...
Cerita syok sendiri tentang diri dan keluarga, cerita makan-makan...
tapi sekarang ini, serasa tidak tertulis oleh tangan
tidak sampai hati untuk diletak gambar makanan
buat tatapan...
memikirkan ada anak yang kebuluran
tangisan yang tidak kedengaran
kasih sayang yang dikatakan,
tidak dirasakan.
Tidak dapat digambarkan peritmu
apa yang berlaku?
mengapa begitu nasibmu?
tiada siapa dapat menyelami hati ibu itu
masalah apa sehingga gamak membiarmu?
seorang yang waras tidak mungkin begitu
mereka berkata tiada penderaan
tapi...
kelaparan itu suatu kesakitan
kesakitan itu bukankah penyeksaan?
penyeksaan itu bukankan penderaan...?
Persoalan mungkin hanya tinggal persoalan
Mata merah menangis semalaman
cuma dengan hanya menyelami penderitaan
Tapi apalah faedah yang saya lakukan?
bukanlah saya untuk memaki hamun,
hanya menyerlah sikap buruk, bukannya mendatangkan kebaikan
saya tidak mahu lagi menangis
sekurangnya bertekad untuk lebih prihatin
dan berdoa untukmu adik Firdaus...
agar dikau sihat dan bahagia di dunia yang penuh ujian.
Assalamualaikum...salam perkenalan dari saya...sy sukeeee baca blog awk...tol kisah budak kecil ni byk menyedarkan kita....
ReplyDeleteWaalaikumulasam...Suffiah, selamat menyambut Ramadhan...terima kasih sudi baca blog saya...puasa kali ini kita lebih bertabah bila kenangkan adik Firdaus.
Deletesemoga yg terbaik buat insan yg istimewa ini
ReplyDeleteAminn...selamat berpuasa...
Deletesedih kan...
ReplyDeletemana perginya 'kita' selama ini
'Kita' sudah menjadi...kekitaan dan pentingkan diri sendiri sahaja.. ..petai buat sahur...last long sampai berbuka (baunya)...selamat berpuasa:-)
Delete