Labels

Tuesday, 6 January 2015

Bercakap atau tak bercakap? a question from the main character of blog "sudah 3 tahun tapi tak bercakap"??

 
Assalamualaikum..
semalam saya sangat mengantuk...(malam bila yang saya tak mengantuk pun? hehe)
yup... saya selalu tak boleh tahan mata.. kadang-kadang jam belum pun pukul 10 malam...
budak-budak pulak selalu cerah bijik mata... kadang-kadang sampai ke tengah malam...:-(
 
Daneen semalam bertanya waktu saya separuh sudah bermimpi
 
Daneen: Mama Allah ada?
Mama : ada...
Daneen : Allah kat atas?
Mama: ( kat langit kot maksud dia)...ye
Daneen : Allah tak bercakap ye mama?
Mama : Allah bercakap ( yawning...)
Daneen : tapi kenapa Allah tak cakap?
Mama : ( Ya Allah apakah ujian ini...huhu) ( think mama ...think)..diam..
 
Daneen ulang soalan ...(ohhh noooo)
 
Mama : Kalau nak bercakap dengan Allah kita kena masuk syurga dulu ( tq for the ilham ya Allah)
Daneen : syurga itu apa mama?
Mama: syurga itu tempat tinggal orang yang baik-baik
neraka tempat tinggal orang jahat..
Daneen : Neraka itu macam mana, Allah tak ada kat neraka?
Mama: Neraka tu ada api besar... Allah tak duduk situ.. jadi Daneen kena jadi budak yang baik ok.
 
ZzzzZZZzzzzZZzz
 
Parents: believe that Allah will help you to answer... insyaAllah there is a simple answer to a tough question.
 
 
Daneen dah nak masuk darjah satu... dulu saya risau sangat dia tak bercakap... sekarang ini saya tak larat nak layan dia bercakap :-)
Blog "sudah 3 tahun tapi tak bercakap" pun dah bersawang.. mungkin tak akan bersapu... since dia dah bercakap ceritanya saya update kat sini saje..blog ini pun kekadang berdebu juga... hihihi.
Walaupun begitu saya biarkan blog itu bersawang.. manalah tahu masih mampu menyedapkan hati ibu yang bimbang... mungkin ada idea-idea yang boleh membantu.
 
Selamat menyambut tahun Baru!
 
 
 
 
 
 
 


2 comments:

  1. alhamdulillah kak... dah lama tk de update pasal daneen kan..
    thanks for that blog kak.. my son now 4 years old.. alhamdulillah dah start bercakap.. tapi pelat.. still continue speech therapy.. semoga die pon boleh bercakap lancar bertanya bercerita macam macam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ...glad to hear that your son dah bercakap...don't worry Daneen pun still pelat.:-)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...