Cuti Merdeka 3 hari berderet
kita berfamily day kat Cherating
company mama sponsored..alhamdulillah
kebetulan Abang Rizq pun kena balik wajib ..maknanya semua student kena balik, kantin dan dewan makan tutup.
walaupun Abg Rizq tengah trial SPM...nak tinggalkan kat rumah dengan bibik... rasa tak kena...bibik pun nak cuti
so kita sepakat..
abang Rizq kena study kat resort..
keluar bilik untuk makan jer...hahaha.
itulah perancangan kita.
so kita sepakat..
abang Rizq kena study kat resort..
keluar bilik untuk makan jer...hahaha.
itulah perancangan kita.
Budak kecik ni masih lagi nak minum susu dalam botol
masih lagi nak beriba dengan mama
mama ikutkan aje... itu beza anak sulung dengan anak bongsu
( have to be bongsu or else kena tukar tajuk blog hahaha)
( have to be bongsu or else kena tukar tajuk blog hahaha)
kalau anak sulung, kita tak sabar-sabar nak suh pandai, cepat berdikari...anak bongsu..kita bersabar-sabar jer...kihkih
tak nak dia besar cepat-cepat...
Apa dah jadi dengan Kuantan?.. jalan tar hitam bertukar merah...
itulah yang depa duk cakap...sekarang Kuantan dah jadi Marikh
kami sedih dan marah...
Orang Kuantan sedih dan pasrah...
Panas cuaca di Kuantan..
langit terang tak berawan
tapi bertabah posing..
nak amik gambar signboard kat belakang...
Wow!!...kalau ke Kuantan wajib singgah Warong PakSu Maksu
ralit tengok customers berebut sotong..udang
sedap-sedap semuanya..murah pulak tu
tak kira walau kedai panas berbahang
bersesak-sesak customer tunggu
sampai di Legend...kita terkejut sebab hotel sangat legend...hahaha
rating 4 stars mungkin untuk beberapa tahun dahulu..
Tapi kita pun ramai...
bukan mudah nak organize event untuk lebih 800 orang..
Legend pun tak dapat tampung semua... so ada yang ditempatkan di hotel lain juga... ada yang dapat Impiana yang cantik dan Suria yang seadanya..
maka wajarlah kita bersyukur atas rezeki yang tertulis.
Apa pun mereka tetap happy...
semangat kekeluargaan tu yang penting...nama pun family day.
Yang best ...swimming poolnya besaarr!
Bukak sampai ke malam pulak tu..( for certain section/area)
View pun cantik...
berkampung kita di sini 3 hari 2 malam...
Jumpa ramai teman yang lama...ada juga pertama kali baru bersua...
mereka berdua agaknya dah lama tak pegang baby... asal jumpa baby jer...terus minta nak dokong... si Aiz memerhati dari jauh..takut nak dekat.. kat rumah dialah pujaan hati semua...mungkin dia rasa tergugat hahaha.
keesokkannya kita bersukantara...rela berpanas ...asal dapat hadiah..menang kalah semua tak penting...hadiah yang disedia sama sahaja...:-)
Walau panas...ada angin sepoi-sepoi berhembus..
Tapi kita tak sanggup berpanas di tepi pantai...berhabis masa di playground sudahnya... sambil menunggu Papa balik dari klinik bawa abang Rizq yang demam..cirit dan muntah...membuat hati mama gundah...terus tak de mood nak cheers rakan sepasukan ...apatah lagi nak ambil bahagian.
Malam tu, kita ada dinner dan pementasan bertema patriotik sempena hari merdeka..ada yang bersajak..pentomin dan macam-macam...sajer suka-suka berhibur dan menghiburi kawan-kawan..ramai yang sporting jadi mama pun join juga ke pentas ....nyanyi lagu warisan ...adegan tersasul dan lupa lirik pun tak pe... sebab nyanyi ramai-ramai...hihihi
Yang tinggal cuma mama papa dan kak Dhia...yang lain dah balik bilik..tak tahan mengantuk...abang Rizq memang terbaring jer lah... makan pun ditapau ke bilik. Kami bertiga tunggu sebab Kak Dhia nak naik pentas terima hadiah UPSR.
Abang Rizq masih sakit dan kami buat keputusan segera balik keesokkannya selepas breakfast...
Matahari Cherating seawal 8 pagi...
Lepas makan... kami pun check out..
Konon nak sambut birthday merdeka girl tepat pada 31 Ogos...nampaknya kena tunda..itu yang muka sedih jer tu
sape yang tak sedih... seorang yang sakit...satu family yang terasa
Berkampung pula mama kat hospital hampir seminggu... trial yang kita duk risau tu pun tak dapatlah nak ambil... call cikgu mohon untuk buat bila sembuh...tapi tak berjaya..itulah perancangan Allah yang kita tak tahu... cuma kena yakin ada hikmah disebalik setiap yang tersurat..
Abang Rizq tak lalu nak makan makanan hospital... apa saja yang dia minta kita cuba tunaikan... rupanya doorgift family day dapat kat Cherating tu terus dipakai untuk tapau sup...
mama pun buntu nak masak apa untuk orang yang kena food poisoning ... tok ma suruh bagi telur rebus...kita rebus 3 suku masak..makan dengan roti... makan yang plain jer lah...pedas tak boleh...berminyak pun tak boleh...tapi letak juga pepper untuk bagi rasa sikit...sudahnya mama yang terliur...hehehe.
before berundur... Just wanna say welcome to Intan..
Next adalah cerita De Palma Kuala Selangor...nantikan ye..hehe
Kesian abg rizq.
ReplyDeleteDah alami perkara sama bila ofis buat trip ke pangkor. Anak, suami dan beberapa staff cirit birit teruk sampai kena buat rawatan di hospital desa pangkor. Esoknya kementerian kesihatan datang hotel buat siasatan. Mood langsung hilang nak bercanda di pasiran pantai..