Birthday untuk teenagers ni sonang sikit.
Tak minta party bagai ... minta makan yang sodap-sodap ajo.
Kek pun kita boli yang kocik ajo.. Ambik syarat yo.
Hadiah pun dah tak payah nok boli toys yang mahei ... boli keperluan ajo... tak yo pun keno boli juga kan ... baik boli sebagai hadiah ... jimat belanjo... kuikui.
Kak Dhia ni suko makan makanan jepun..kita bawa dia poi Hei Shushi yang halal ni kat IOI Putrajaya.
Selain dari halal .. restoran pun cantik... kita suko.
Suko tengok deconya..yang waitress comel tu kita tak suko sangat ... huhu.
Uihh birthday girl dah tak sabar ... gosok-gosok tangan dah.
Ini starter ... kita makan salad with dressing yang sangat osem.
Fusion food ni memang sayang nak makan... cantiknya...ngapp.
Drinks pun fusion jugak...
Yang ini fusion and tension... ada orang lebih-lebih pulak ni hihik.
Pilihan birthday girl.
Pilihan abang Rizq and Ayra.
Pilihan Mr H.
Yang ini comel lebih tapi makan udang tu jer... selebihnya tekak tak boleh nak telanlah pulak...
So mamanya makan apa?...makan all of the above ... itulah susah nau nak kurus selim melim.. kerja duk perabih yang tak habis huhu.
Inilah nama makanan yang di order tu ... sila match-match sendirilah yo .. hakak dah lupo sebab birthday Dhia bulan ompat lepah.. bukanlah minggu lepah ..hihihu.
Meh belanjo sekeping gambar birthday girl ... budak 14 tahun yang hipster... Katanya teknik ambik gambar hipster adalah gambar separuh-separuh... haa gitu kaedahnya.
Jom kita gerak ke Jigar di Bangi pula.
Abang Rizq suka makanan western...jadi kita bawalah ke sini walaupun sebenarnya mama nak test churros ni ... jangan bagitahu niat sebenar kat dia tau...ngeee.
Suka juga deco ala-ala hipster ni ... I think..I think ... errr I am a teen trapped in old lady's bodylah ... heheh.
Aiz tunduk sikit ... Mama nak ambik gambar deco kat belakang tu...
Aiz janganlah marah ... janganlah sabotaj mama nak selfie .. huhu... ada ka pi jolok gelas depan camera.
Abang Rizq chooselah menu...it's your birthday kan.
Susah ke nak pilih? Tak pe.. meh mama tolong ... hihi.
Coffee anyone?
Ok last but not least ... gambar mahal ... budak low profile... bukan sombong tapi pemalu.
Belated birthday you alls. Moga menjadi anak yg soleh & solehah. Ameen.
ReplyDeleteTak pandai makan sushi walaupun semudah masuk mulut, kunyah & telan... huhuhu