Labels

Wednesday, 23 November 2016

Sayasuka Papa .. eh Shakshuka untuk Papa

 
Assalamualaikum...
 
The kids demanded a surprise birthday party for Papa...
Mama yang surprise sebab tak prepare for it...
Ingatkan nak ajak Mr H makan kat luar jer...tak payahlah nak susah-susah 😋
 
 

Pukul enam petang baru habaq...party pulak at dinner time hari yang sama 😭
Jadi menu kita pada malam bersejarah itu adalah yang ringkas-ringkas...
ikut apa yang hado kat dapur ajo :D
 

Nasib baik...nasib baik mama pi ikut kehendak princess ni ...
Dia nak sangat beli instant tepung kek Betty Crocker ni... selalu tengok kat you tube.
Mama malas nak beli sebab mahal bebenor rasanya kalau Betty setakat tolong timbang bahan kering masuk kotak...bahan basahnya hakakk juga nak kena usahakan...instantlah sangat kann... 😒
Tapi bila boleh jimat masa bab timbang-timbang...kira membantu jugaklah...hehehe.


Nasib baik juga mama terbeli strawberry and malteser masa shopping siang tu....bolehlah buat deco-deco.


Birthday cake siap!!


Tapi nak makan apa yang ringkas dan cepat?


Ikan Salmon tak beli...jenahak pun jadik
Kita grill dengan garlic and honey.
Makan dengan lemon sauce.
 
 
Lepas tu kita buat Shakshuka.
Cicah dengan garlic bread.
 

Shakshuka ni senang jer nak buat.

Shakshuka

1 labu bawang Holland- cincang
3 ulas bawang putih - cincang
Sedikit minyak untuk menumis
1 paket minced meat
1 botol spaghetti original Bolognese sauce - akak pakai brand Kimball
parmesan cheese secukup rasa
2 bijik telur
serbuk lada hitam
sedikit tomato sos

caranya adalah, tumis bawang dengan sedikit minyak dan masukkan minced meat, bila masak minced meat tu, masukkan  sos spaghetti dan tomato sos, masa tengah panas-panas tu pecahkan telur kat atas.. tabur parmesan cheese dan lada hitam. Agak nampak telur tu dah 3 suku masak... siap untuk dihidang!



Anak-anak tolong siapkan meja....rupenya masing-masing dah siap beli present untuk papa...
tetiba rasa dengki pulak dengan Mr H ni...hahaha
 

Nyalakan lilin...


Tutup lampu...


Nyanyi lagu birthday kuat-kuat sampai orang tu turun...


wah..wah...apalah yang dia tulis kat card tu....
 

Cepat make a wish and potong kek Mr H...
I ni dah tak sabar nak pegi mandi... badan belengah duk dapur huhuhu.
 

Kek Betty Crocker gebu dan sedap.


Happy Birthday Mr H or Mr papa.... with lots of love from us ...
didoakan semua yang baik-baik untukmu.

3 comments:

  1. Lamanya tak singgah sini, mesti awak rindu kita kan.

    memula ingatkan 'shakshuka' tu birthday dalam bahasa jepun...
    rupanya nama makanan.. hahaha
    sVs pandai makan tempe cicah sambal kicap je

    ReplyDelete
  2. comment sebelum ni tak keluar pun :(
    tak pe, try lagi sekali


    Ingatkan Shakshuka tu Happy Birthday dlm bahasa korea... hahaha

    ReplyDelete
  3. Hehe.. memanglah rindu��

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...