Ini sebenarnya cerita bendera Ayra. Sebelum puasa , sekolah memasing dok kejar nak buat sport day... ye lah tak kan nak buat sport day di bulan puasa pulak... haru nanti, kesian kat cikgu cikgilah.. bebudak kalo tak posa... tak delah berdosa betul tak?
Ayra suatu malam tu tak nak gi mengaji... saya tanya kenapa? Jawab beliau, dia nak menyiapkan tempahan... hemmm tempahan apa pulak ni? Dia nak buat label untuk sukan katanya...lepas tu nak jual 50 sen satu... dah ada kawan yang tempah katanya...saya minta tengok label yang dia dok buat ( pakai kertas warna saya rupenya ye...hemmm )
Dhia pulak tanya saya... okay ke mama, Ayra nak jual 50 sen satu? Jawab saya... kalau mama, 10 sen pun tak nak beli.... hok alohh dengar jer saya cakap cam tu... Ayra terus menangis... memang nak kena pannggg mulut saya ni... memang tak patut saya jawab begitu... membantutkan kreativiti dan semangat business Ayra.
Abang Rizq cuba pujuk dan explain... tak boleh jual Ayra... nanti parents kawan Ayra marah...
Saya tahu mana datang idea parents marah tu... ye dari saya juga!Dulu masa dia darjah satu, dia teringin sesangat nak beli playstation... jadi saya bagitahu dia, kumpullah duit sendiri kalau nak beli... dek kerana nak kumpul duit dia pegi berjualan di sekolah... nak tahu dia jual apa? dia lukis gambar playstation dan jual 50 sen untuk gambar kecik dan seringgit untuk gambar besar.... huhuhu... saya rasa kekawan dia kena manipulate pulak... tapi heran ada juga yang nak beli ye... laku! saya cuba menahan dia dari jual lukisan tu, saya bagitahu kita kalau nak jual barang, barang tu mestilah ada fungsi... dia jawab gambar yang dia lukis tu ada fungsi... fungsinya bagi kawan-kawan dia berimaginasi memiliki mainan pujaan ramai bebudak sewaktu itu... huhuhu... camne nak explain... last-last saya cakaplah takut nanti parents kekawan dia marah sebab bagi duit bekal untuk beli makanan kat sekolah bukan beli lukisan.
Rizq akur dan tak jual lagi lepas tu... sebenarnya saya menyesal membantutkan kreativiti beliau... menyekat pembelajaran ilmu keusahawanan ..oleh sebab itu saya mesti membetulkan situasi keusahawanan Ayra sekarang ini... ohhh heeeelp!!!
Saya ingat saya print jer label pas tu buatkan ia jadi bendera macam food label Broga saya yang hilang tu... since bendera tu hilang... maknanya bendera tu ada peminatnya. Tapi ujian betul... time-time gini ink pulak habis... terpaksa makcik tulis tangan... dahlah tulisan sekarang dah tak selawa zaman sekolah dulu... Apa nak buat... buatlah juga.. itulah padah kalau cakap tak fikir dulu...
No comments:
Post a Comment