Dah seminggu kita berpuasa...
Rasa macam mimpi...
Bukan mimpi dah puasa seminggu... tapi mimpi apa ye...
mimpi luar biasa... mimpi apa sampai lazychef tak beli lauk tunjuk-tunjuk dah seminggu...
Menakjubkan... tepuk-tepuk pipi... bangun! biar betul...
First day menu... lazy chef masak ikan steam ni... sesuai untuk warm up sebab memang sempoi sangat nak buat ikan steam ni... lazy chef boleh... anda juga boleh...
Walaupun sempoi... tapi rasa dan rupa amat impressive...
Jom chef semua ... lets do it...
Bahan-bahan
4 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit lada hitam
garam secukup rasa
( tumbuk dan lumur kat badan ikan... bukan badan chef ye)
Sedikit lobak merah
sebelah tomato
sebiji cili merah
setengah labu bawang holland
sedikit daun sup
2 helai daun limau purut
( hiris dan mayang ikut kehendak hati... jangan hiris jari chef ye)
2 batang serai
( ketuk... jangan ketuk kepala chef tau)
1 sudu kecil perisa Pasti sedap/ Secukup rasa
Sentengah biji lemon
sedikit gula kalau suka
1 cwn air
1.Letak ikan dalam bekas, tabur semua bahan hirisan dan ketukan, taruk secawan air ( kalau nak kuah banyak), letak serbuk perisa
2. Masukkan ke microwave, tekan button steam fish
3. Lepak tengok tv ( optional)
4. Bila dah masak, hiriskan lemon untuk hiasan, selebihnya perah kat ikan...
tadaaaa... siap!
No comments:
Post a Comment