Selagi Syawal ada
Selagi itu kita raya
Alhamdulillah... Syukur tak terhingga
Nikmat mana yang kita hendak dusta
Sana sini ada rumah terbuka
Walau kita tak buat, pintu masih dibuka
Ahli pintu datang untuk duit raya
Tidak perlu sebab untuk bersua
Ini kan bulan raya...
Makan ajelah apa yang ada
Tidak perlu bersusah untuk bermesra.
Ini ahli pintu yang udah nak balik
Selepas tuan rumah lari masuk bilik...
Semua lelaki, terkejutlah si adik
Si kakak mengacau ketawa terkekek kekek..
Ini cerita raya company mama
Company papa tak ajak kita
Jadi malaslah nak cerita...hehe
Dalam Duchess place tak besar mana
Kita duduk di luar aja..
Dekat dengan ini...dan
kambing bakar..hehe
Majlis raya kemuncaknya pembahagian duit raya untuk anak- anak...tapi Abang Rizq tak nak duit raya lumayan itu...dia cakap he just wanna spend time with family...oh so sweet...ker Abang Rizq malu...tadi ada orang teka Abg Rizq hubby mama....hahaha kesian Abg Rizq...mama suka...suka sangat sampai tak habis-habis dok cerita ..hehe.
Cabutan bertuah dah dapat... potret raya pun dah ambil... alhamdulillah.
Papa beraya di officenya pakai baju yang sama dapat hadiah for best dress... senyum tak henti... nanti kita minta dia belanja.
Company papa ramai sangat staffnya , jadi hari raya disambut oleh setiap jabatan ...untuk staff sahaja, tak ada sambutan untuk satu company with family macam office mama...
Office mama pula... walaupun dah sambut satu syarikat... nak juga anjur untuk jabatan pula ... hehe beraya sakan ye...
ada juadah yang ditempah...
ada pula dari hamper...
ada juga potluck... .berseni sungguh tiramisu mama ni... ala-ala budak tadika punye... hahaha.
No comments:
Post a Comment