Labels

Wednesday, 6 August 2014

Walau jauh dan lelah....rela kutempuhi...


Salam Aidilfitri buat:

sVs, Kak Zu mamatiamia, Ana Suzana, Enyda, Lizzie, Lily, Juju, Hanis Azla, Fizah, Fidza, Cik Nurul, Nazira Hazrika, CT Humairah, Nizegurl81, Ammi, Diksu, Ziela, Nani, Suffiah Zee, Sya, Irma Putri, Ida, Lynda, Kak kasihredha, Puteri kayangan, Ellysa Emran, Mommy CT, Shaliza, Malinda, Dzil Khadeeja, Pu3 Bibah, Najwa Wawa, Syuha, Nur Honey, Ibuayu, Puan Nemo, Bibi Yusof, Aza Ina Hashim, Shaz minah, Azlin Safera Azihar, Yong, Zarin Aziz, Nurul Ain, Tifa, Fazian Batrisyia, Meronazil, Maziatimatrani, Rizziela.., and silent readers.

Maaf Zahir Batin.

Semua pun tahu....
Perjalanan balik kampung akan bertambah lama untuk raya...



After few movies, songs and  sleeps... belum juga sampai-sampai.



Bila bersusun tidak bergerak...serasa lemas dan rimas.



Lantas jalan lama dan jalan kampung jadi pilihan...biar perlahan asalkan lancar... Jalan Gombak lama... LPT...



Berhenti dan bersusun juga disini ....jem tang ni...bukan takat rimas... tapi cemas...haha

dan akhirnya sampai, setelah separuh hari duduk dalam kereta...setelah empuk kerusi serasa keras seperti papan kayu...setelah mulut tak kuasa nak menjawab soalan sikecil dengan jawapan siaran ulangan yang tak berkesudahan...."mama bila nak sampai?"

Begitulah cabaran nak balik beraya... tapi apalah raya, tanpa ibubapa... kaum keluarga... tempat tumpah darah... tempat meraih kenangan pahit dan manis sebagai kanak-kanak ribena yang riang dan remaja yang kuat berangan...hihi.



Raya tahun ini giliran rumah papa...jadi kita singgah rumah tok ki tok ma dulu... bolehlah berbuka puasa bersama walau cuma sekali...



Raya tahun ini jatuh  musim buah...
Rambutan depan tangga lebat, dah masak merah...



Dan buah asam juga... rasa lucu tengok tok ma pun dah join jemur asam... permandangan ini selalu dilihat rumah nenek dulu...hehe...selalu rasa tokma nenek moden yang tak akan jemur asam...hehe



Aiz tidur awal malam ni...penat lah tu...



Kita tinggalkan rumah tok ki tok ma keesokkannya hari ahad... kebetulan ayah long satu family pun dah sampai. Taklah sunyi tokma tokki nak menyambut raya.




Rumah mek ada pokok lemon... bolehlah ambil kalo tak cukup lemon beli tadi... malam nanti mama nak masak nasi arab al bayt....




Raya tahun ni ramai yang balik rumah mek... sempatlah mama lari join sembahyang raya... kampung mek tak ramai orang... surau cuma hidup time raya jer... anak- anak muda banyaknya dah berpindah ke bandar.


Pagi ini agak berkabus walaupun dah dekat pukul 10 pagi...tak kan jerebu kot.


Raya tahun ni tema hijau....err sempena...errr caler dinding rumah mek...hihi
Banyak lagi cerita raya...nantikan sambungannya ye...taaa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...