Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri. Sesungguhnya Dia yang Maha pemurah.
Ini cerita Family day office mama...
kalau ikut giliran aktiviti, kita sepatutnya tahun ini ada family day out jer dan tidak bermalam...sebab tahun lepas kita dah berfamily day di Legoland
Walaupun cuma 2 hari 1 malam... dapatlah kita merasa Gold Coast kat Malaysia...hehehe.
Gold Coast kat Morib...lebih kurang 1 setengah jam je dari rumah kita..
Walau cuma bermalam satu hari... banyaklah bekal nak bawa. Biasa mama buh dalam tupperware susu Aiz dan Daneen... but masuk plastic ni lagi senang dan jimat space.
Check in pukul 2 petang... kita terjah dulu sini untuk lunch. Tempat ini merupakan homestay ala-ala kem.. untuk yang datang in big group.
Abang Rizq tak dapat cuti... so dia tak ikut kali ni... pelik pulak mama rasa bila anak bujang tak join...huhu. Itu petanda anak sudah besar... maknya pun sudah tua besar juga!!
Ini yang diorder... asam pedas semangkuk dengan dua ketul ikan rebus bakar yang cinonet.
Tapi harganya agak besar berbanding size makanan.
Nasib baik makan sambil diteman permandangan deretan pokok kelapa yang melambai indah.
Around 2.30pm kita pun sampailah ke destinasi.
Atucara pertama adalah bersukaneka...adoii... tunggulah sampai habis ke petang baru boleh masuk bilik. Tempat ini agak penuh... macam-macam company buat program... parking pun dapat hujung-hujung. Kita pasrah jer... company belanja...kita syukur jerlah.
Bila masuk bilik...
tengok bilik yang lapang...kita pun berlapang dada.
Since kita ramai... kita dapat dua bilik... tapi Aiz dan Dannen masih nak berkepit dengan mama papa...maka tidurlah di katil single berdua si besar dengan si kecil.
Budak-budak yang tadi merengek penat dah happy balik... main ku chak ku chak di balik tingkap.
inilah private jacuzzi yang dicanang-canang...
Aiz sekarang suka buat muka camni bila posing...
Bilik mama papa mengadap waterpark.
Bilik kak Dhia dan Ayra mengadap hutan bakau.
Tolak cermin ke kanan ada closet
Tolak cermin ke kiri ada ini...
Ok its time for bath kids... we have a dinner to go...
Anak dara pakai shawl belit-belit for dinner... mama malas nak melaram... bagilah can kat orang muda ... ( sajer lettew sedapkan hati..melaram pun confirm tak boleh menang best dress...hehehe)
Belum apa- apa dah gosok mata... Tan Sri chairman balik...kita pun lari masuk bilik..hihi
Sedap kot tidur ...pagi susah nak bangkit...bodek main pool barulah nak celik mata.
Aiz sekarang dah tak takut air sangat... he enjoyed the pool.
Ada orang tu enjoyed the private jacuzzi... amboii siap order teh lagi...iyolah bang...
Since lunch was not provided .. kita ambil kesempatan makan sotong bakar yang femes ni... Ok juga lunch tak de.. agak kurang puas hati dengan makanan di Gold Coast.. mungkin sebab terlampau ramai customers, makanya kualiti dan rasa sudah out.
Sedaplah sotong bakar!.. saya suka.. saya suka.
Then lepas makan kita singgah sini.
macam-macam ado..
mana lagi kita singgah... mesti mau singgah beli seafood..harga lebih kurang jer.. tapi lebih segar.
hermm... malam ni nak masak apa ye?..
SAlam
ReplyDeleteBestnya..
Anak2 mmg enjoy dgn pool.
ReplyDeletehuurm tmpat tu memang ramai orang sentiasa. hehe kekadang singgah area sana jugak borong seafood murah2.. Betullah harga pun besar ikan tak seberapa besar pun..
ReplyDelete