Day 2
We started our morning by visiting Canton Fair
A very large retail fair...
We wanted to see where most entrepreneurs sourcing their products. Where transactions took place just by exchanging emails and punching calculators.
Nak masuk Canton Fair perlu scan tahap kesihatan visitors... macam kat airport juga...maklumlah ramai orang datang dari seluruh pelusuk dunia..tambah lagi dengan wabak Ebola sekarang..menambahkan lagi keperluan security. Berbanding di airport, kat sini kelihatan lagi dasyat tahap pemeriksaannya ... guard kat entrance dah macam nak gi bulan pulak gayanya.
Selesai ambil gambar(for tag), buat permit...pemeriksaan kesihatan... barulah boleh masuk... permit ini laku seumur hidup... kalau next time datang Canton Fair, tag ni kena bawa or else kena buat tag( permit) baru dan bayar penalty.
Banyak barang yang menarik diperagakan ... harga pun menarik tapi malang sekali tiada jual beli berlaku disini... Kalau nak beli kena buat deal kemudian...so duit tak laku kat sini... yang laku adalah business card.. jadi kalau nak ke sini kena bawa business card banyak-banyak.
Sebab tak boleh shopping... jadi menjelang lunch semua pun requested nak balik... hehehe. Err bukan nak balik... nak berjalan tempat lain...hihi.
Sebelum tu kita lunch dulu di restoran Abdullah. Sangat terkenal di sini.
Ini adalah restoran Chinese muslim...dari namanya pun kita dah tahu. Pakai kopiah abam-abam kat sini...errr jeling pulak abam kat belakang tu, macam tahu jer nak ambil gambar dia... pura-pura ambil gambar sendiri because ai is malu...hihik.
Menunya sedap-sedap belaka... walaupun nampak macam masakan melayu.. tapi rasanya lain..macam udang goreng ni, ada gajus dan cili kering besar yang tak pedas tapi ranggup.
lepas lunch kami singgah tengok Masjid Huaisheng
Antara masjid yang tertua di China. Khabarnya dibina oleh sahabat Nabi (s.a.w) bernama Sa'ad Abi Waqas semasa beliau datang ke China di Abad ke 7.
menurut Conan ( the cute tour guide), masjid ini dahulu terletak di tepi laut... sebab itu ada rumah api di kawasan masjid ini. Walau bagaimanapun dan entah bagaimana... sekarang ini masjid ini dah jauh dari laut tersebut.
Bercerita tentang rumah api dan laut... malam tu kami ke Pearl River, naik cruise bukan nak tengok rumah api..
tapi nak tengok Canton Tower yang berwarna warni ni...
cantik kan... I managed to snap half moon next to it... so kita bagi tajuk gambar ni... the rainbow and the moon.
Ini view from the top floor of the ferry...
Semasa nak landing Guangzhou, kita akan nampak town besar ini seolah hutan batu.
Menurut Conan... semua rumah di Guangzhou adalah apartments and tall buildings... cuma di Pearl River sahaja ada bunglow orang-orang kaya termasuklah rumah Jackie Chan. Banglows ini dibina di atas manmade island, siap dengan semua kemudahan... kira ni kawasan orang elitelah.
Untuk dinner kita ke Saba Restaurant...yes Saba Restaurant... bukan kat CyberJaya... tapi dekat Guangzhou.
Nasi arabnya memang terbaik... kalau tak sama sedap..mungkin lebih lagi...
Balik hotel kita nak urut... tak berani nak urut satu badan... kita test kaki dulu...seronok juga merasa urut ramai-ramai dengan kekawan... kita berlima, tukang urut pun ada 5 orang dalam satu bilik... memasing mengumpat masing-masing agaknya... satu group cakap melayu...satu group lagi cakap cina... lantaklah labu...janji lega kakiku ini ...hehehe.
cantiknya canton tower... secantik tuan punya blog
ReplyDeleteya ka? kombang idung aii...tq
DeleteSalam. Hee menjeling mak.
ReplyDeleteWasalam... jelingan manja..hihi
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete