Ini bukan cerita negeri...ini cerita negara
cuaca yang buruk limpahkan bencana
sang kapal lalu bercerita
di udara ia hilang... di darat ia karam... hilang saudara
hilang harta benda...
Bila alam hujani petanda
manusia sibuk berkata-kata
adakah gunanya?
atau sekadar sia-sia
otak cerdik seolah buntu..
diam membatu
cuaca yang buruk limpahkan bencana
sang kapal lalu bercerita
di udara ia hilang... di darat ia karam... hilang saudara
hilang harta benda...
Bila alam hujani petanda
manusia sibuk berkata-kata
adakah gunanya?
atau sekadar sia-sia
otak cerdik seolah buntu..
diam membatu
sangat pilu
perkara lain diutama...hari pun berlalu
perkara lain diutama...hari pun berlalu
Memang tidak terfikir tragedi berlaku
maka kita terus terpaku.. buat-buat tak tahu.
ketika ini... duit tidak laku
tak boleh nak lalu
tak boleh nak bantu
ketika ini... duit tidak laku
tak boleh nak lalu
tak boleh nak bantu
Walau manusia sentiasa diingat
kita tidak beringat.
walhal di dalam kitab banyak ayat
tentang langit
yang digulung-gulung...bumi yang dilipat-lipat.
walhal di dalam kitab banyak ayat
tentang langit
yang digulung-gulung...bumi yang dilipat-lipat.
Langit tak sentiasa cerah
Bumi tak sentiasa ramah
Bumi tak sentiasa ramah
lagi parah bila kita tidak pasrah
semua nak marah-marah
bolehkan itu mengubah?
dari menuduh
baiklah kita muhasabah.
adoiii...kang dah keluar sajak puisi! mendendangkan lagu hati hihi... dah tak reti nak sambung cerita Guangzhou..rasa serba tak kena... cuma satu lah nak berpesan-pesan...kita tengok ramai yang buat ulasan ... sampai tidak perasan kekadang ulasan kita mengguris perasaan. Cepat benar kita nak melatah menjatuhkan hukuman... bila musibah melanda, kita kaitkan dengan balasan kejahatan... jahat atau baik bukan kita yang menentukan. Bukan ke orang yang baik dan sabar diuji untuk dinaikkan pangkat dan diganjarkan pahala...
Semoga mereka yang diuji beroleh kebaikan
dan mendapat ganti yang lebih baik dari apa yang telah hilang.
Tapi...
tapi kita dah janji nak sambung cerita Guangzhou .. maka kita ringkaskanlah penamatnya agar tidak mungkir.
Sebenarnya hari ke3 dan ke4... kita tak buat banyak pun sebab brainstorming was the main agenda. Hari ke 5 ... agendanya cari kotak muat barang..kita mahu pulang...ternyata beg sedan tidak muat...heee.
Malam ketiga... kita ke Beijing Lu ( Beijing Road)... kerna wholesale centres yang ala-ala GM Klang nun... semua tutup pukul 5 ke 6 petang, time kita baru habis berbrainstorm!. Nasib baik Beijing Lu buka sampai ke malam. Apa pun kita posing dulu sebelum naik tren... hiii.
sama.. pakai coin plastic ni jugak
Memanglah sama sebab kita beli tren dan systemnya... dari China.
Sesampai Beijing Lu.. kita dinner dulu.
Mesti ramai orang kita ke sini... siap ada menu bangsa kita...hihi
Tapi kita tak makan nasi...kita makan murtabak nipis ni...
Penuh orang bershopping di Beijing Road..
Day 4... semua orang agak panic sebab souvenir tak cukup..ada yang tak beli lagi... huhuhu...
demi souvenir kita pulun perabih brainstorming awal... sempatlah ke Onelink Wholesale Centre untuk cari souvenir seperti key chain, FM dan seangkatan dengannya... sampai skip lunch demi sahabat di Malaysia...habis shopping baru sempat cari makan...
ini adalah satay kambing... yang serius sangat sedap.
and malam tu kami dinner lagi sekali kat kedai muslim yang dekat dengan hotel..makan puas-puas. Kedai ni dah jadi macam kantin untuk kami... banyak kenangan kat sini... nak minta telur mata...kita siap menari chicky dance... pun tak faham juga...hihi... walaupun tidak berkata, senyuman tuan kedai buat kita tersenyum juga.
Lenguh mengejar waktu... malam itu kita pergi lagi ke tingkat 6.. mahu urut satu badan... siap tunjuk menu... kerana urut kaki pun harga sama.. takut salah faham...puas si pengurut mengangguk tanda faham.
tapi pelik... urut badan sama macam urut kaki hari tu??... erkkk... yang mana satu yang betul ni?... itulah penutup cerita di Gungzhou... kita redho dan enjoyed...hihi.
No comments:
Post a Comment