Labels

Friday, 29 July 2016

Ini bukan cerita raya...


Raya kan sebulan
Tapi ini bukan cerita raya
Ini bukan cerita open house
Ini cerita sebelum puasa

Kisah makan-makan 
Meriah macam balik raya :-)


Suprise birthday party for me at the office...


Terharu sangat sampai bila they demanded nak makan ulam cicah budu at my place... I cannot ... simply cannot say no ... Hihik.


So on that day ... Saya sibuk alih-alih perabot.


Sibuk taruk-taruk bunga...


Sibuk bentang-bentang tikar...


Pasai yang masaknya derang ...


Bukan saya... hihi.. dah cakap awal-awal.


Saya nak main dengan cucu-cucu jer...


Nak seronok-seronok capture the moment... terkikih-kikih Mahdea membuli Aiz.. :-)


Ulam dan budu...


Ikan bakar mestilah ada...


Kambing bakar... ada orang sponsor ...tqtq


Mak pak makan kambing.. anak-anak makan ayam jer ye ... muahaha.


Budu aja tak cukup ... Sambal jawo kasi support.


Makan bersila baru sedap dan berselera..


Kasi licin semua..:-)


Untuk desset ... Kita makan ice cream ... Coupled with brownies and congo bars... sprinkled with chocolate rice etc .. budak-budak suka ... orang tua pun suka .. ngee.






Terima kasih datang... tuan rumah yang terlebih seronok... ada rezeki kita buat lagi :-)

Saturday, 23 July 2016

Samsuria Beach Resort.

When we are older, long distance can really be tiresome... 
No matter how much I love travelling .. I can feel the energy is declining. 


But being older, we are more preseverant. 
We understand that life is short so every moment is priceless. 
So the journey persued. 

Can you see the long cars queued behind our car?
Haha may be not, because that wasn't my subject when captured this photo. 
Nevermind, my point is that sometimes a short journey can become long during festive season.  Everywhere was jam!! ( except KL , I heard :-)). Apalah lagi a long distance.... akan jadi a very loooonnng journey. 

People say plan ahead ... but sometimes the best plan is to face it.. gracefully .. haha. I was thinking to stay somewhere in Kuantan on the way back from hari raya ...so at least, we can rest a bit, but abang Rizq wanted to spend a day or two at home .. so tak jadilah nak hantar dia balik UMP and stay overnite there. 

Begitulah yang dirancang tak semestinya jadi, samalah last time kita nak singgah Samsuria ni masa bawa Mek balik KL. Ditakdirkan Mr H's aunt had passed away on that day and her house was at Gua Musang...so logically we had to cancel the plan. 


Tapi kita sampai juga ke Samsuria Beach Resort ni ... ini kira cerita throwback la ni hehe. Alhamdulillah masih rezeki walaupun Agoda's policy stated that if cancelled on the booking day kira burnt, tapi due to our circumstances, they were kind enough to arrange with the resort for a switch date. Masa Agoda minta the new date ... I can't really think, so I gave a date a day after my birthday ... kira birthday getaway for me and Dhia laa..cia cia cia.

Pergi untuk rileks-rileks ...walaupun sebenarnya kena sit for ccpi business exam right after balik...huhuhu. Date for the exam came later, rasanya kalo minta tukar date lain tak dapat dah. Lagi pun dah  plan nak bawa Mek jalan-jalan, sebab itu memang niat asalnya. Teruskan aja. 


Kita sampai Kuantan lunch time so terus pegi ke Kayu Manis Bistro di Indera Mahkota 8.


Kedai ni kedai kawan kita .. so syok sambil lunch sambil sembang. Sesiapa ke Kuantan singgahlah ke kedai Liz and Duan ni ... pekena asam pedas or patin tempoyak. Semua sedap-sedap.


So we took the 2 rooms apartment. The entrance is next to this sweet kitchen, siap ada island lagi.


Mek will sleep here..


Mama and papa and Aiz and Daneen will sleep here. ( somebody dah resmi the bed before the photo was taken ... :-))


Yang lelain tidurlah kat mana-mana... hehe...besar apartment ni kann ;-)




The master bedroom, its bathroom and the living room are overlooking the gorgeous sea.


The picture taken from the apartment, nope we were too lazy to go out...


Even for dinner... terpaksalah mama and papa keluar tapau food. 


For breakfast pun tapau juga..


Nasi kerabu daging bakar super sedap beli nearby. The apartment was so cozy tu yang malas nak keluar.


But sayanglah kalau tak ke pantai .. nun memanggil-manggil.


Even Mek had her morning strolling at the beach. 


Be close to nature...


The kids dah tinggal mama jauh ... Can you see the tiny them at the beach? This is Samsuria's private beach .. so tak ada orang pepagi ni.


Had fun with ombak ... Aiz ni macam baru first time main ombak ... hihi and dia cakap "air ni ada masin lah mama". 


Dari pantai sempat sambung pulak kat kolam before check out. 

Monday, 11 July 2016

Cerita Raya - Perginya Penyeri Sebuah Rumah.


Assalamualaikum
Selamat hari raya semua. 

Balik dari kampung ... 
Orang bandar bertanya...
Meriahkah raya?
Alhamdulillah meriah tapi rasa kosong...


Bila perginya Mek ( makcik saya ), Mok ( nenek saya ) tidak tertanggung rasa sepi lalu dia pun ikut sekali lebih kurang 2 bulan setengah kemudian.

Terkenang-kenang bilamana Ma pergi...
Mok bertabah demi Che (datuk). 
Bila Che pula pergi, Mok cakap dia perlu kuat untuk terus hantar doa buat Che.
Tapi bila Mek pergi, dia terlalu sedih. Redhalah kami kerana dia pergi ketika usia mencecah 102 tahun... di bulan Ramadhan pula.

Walaupun jarak, waktu dan peristiwa membuatkan hubungan saya dengan mereka semakin jauh tetapi ketiadaan mereka tetap dirasai.

Seorang ibu adalah suri sebuah keluarga.
Bila suri pergi ...seri pun hilang.
Tidak akan sama lagi ...
Hari raya di rumah yang seakan kosong,
walau berpenghuni. 

Al fatihah untuk Mek dan Mok.


Puasa kali ini terlalu singkat ... setiap tahun memang rasa macam tu, persiapan tetap dibuat cuma tahun ini ada sesuatu yang hilang ... hilang semangat.

Cepatnya waktu walaupun bulan puasa kali ini musim durian, tapi jamah durian cuma sekali, itu pun sebab adik Mr H yang sakit teringin nak makan ... 

Kalau di keluarga saya makcik dan nenek pergi, di keluarga Mr H pula, abang ipar, kak ipar dan adik pula ditimpa sakit berat. 

Begitulah Allah menguji kita dan kita seharusnya kena banyak-banyak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan... tatkala hendak ditarik tidak perlu asbab, tidak kira waktunya.


Seperti saya, anak-anak tahun ni pun macam kurang semangat nak raya...tidak menyuruh buat itu dan ini... cuma Aiz je minta buatkan biskut upin dan ipin ( kita panggil biskut dahlia ... jenuhlah si Aiz describe kat kita hehe)

Resepi yang saya kongsi sebelum ini bukanlah saya buat untuk raya... itu resepi yang bila masa tah saya buat :-)


Tahun ni kita balik awal sebab Mok pergi minggu akhir Ramadhan ...terlepaslah azab jem balik ke kampung.

Lamalah sikit kita bercuti kali ni, itu yang Aiz terlebih manja  masa kat kampung ... berkepit jer dengan mama... tapi bila cousins semua dah balik, jumpa mama bila nak susu jer hihi.


Seronok balik rumah tok ma ya Aiz?


Tok ma letak banyak umpan...huhu.


Since kita balik awal dari hari khamis, sempatlah Aiz ikut pergi terawih walaupun bantai tidur kat masjid.


Sempatlah masak untuk berbuka puasa beberapa hari.


Sempatlah dengar cerita dulu-dulu. Dulu,  tok ma bagitahu abang Rizq, cocktail ni makanan orang kaya-kaya je ... kira hebatlah dapat makan cocktail ni hehe.


Tahun ini kita buat kelainan, kita bagi duit raya masa bulan Ramadhan ... mengejar pahala yang berganda. Kurang sikit kelam kelibut di pagi raya. 


Sehari belum raya... orang kelantan panggil hari buat ketupat. Tapi kat rumah tok ma ketupat kita tempah. Kita sibuk kemas rumah ... semua kena kerah ... tak kira pemuda atau pemudi... Hehe.


Dan kita prepared makanan untuk pagi raya. Requested tok ma buat pulut kuning untuk makan dengan rendang dendeng yang saya nak masak.


Nasib baik menjadi rendang ni... dah lama tak buat hehehe. 


Lepas siap rendang... mengantuk yang amat. Konon nak tidur sekejap tapi bantai sampai ke pagi huhu. Mujur kak ipar yang baik hati ada, tolong tok ma siapkan sambal nasi lemak dan pulut kuning.


Sempena pulut kuning, baju raya tahun ni ada warna kuning-kuning sikit hihi.


Mek tahun ni buat kenduri kari kambing... Sedap cicah dengan  roti.


Raya kedua kita semua ke Kuala Tiga melawat abang ipar Mr H yang sakit. 


Jalan memang banyak keretalah time raya macam ni. Pergi pagi balik malam jawabnya :-)


Seronok bila berkumpul ... kalau tak kerana raya payah dah nak tengok scene  macam ni.


Deco raya pun rare sangat dah macam ni :-)... Memang mengimbau kenangan lalu.


Alhamdulillah cuaca elok jer hari raya ... hujan... sejuklah sikit suasana... kalo tak, saya tak boleh imagine nak pakai baju raya ... tempek bedak bagai ... Huihh panas betul kat Kelantan  ni.


Raya ke 4 kita pun gerak balik ... herm kali ni perjalanan mencabarlah .. ramai yang balik k-yel hari yang sama ni...


Ikut je lah waze suruh gi ikut mana ... janji selamat sampai :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...