Selamat hari raya semua.
Balik dari kampung ...
Orang bandar bertanya...
Meriahkah raya?
Alhamdulillah meriah tapi rasa kosong...
Bila perginya Mek ( makcik saya ), Mok ( nenek saya ) tidak tertanggung rasa sepi lalu dia pun ikut sekali lebih kurang 2 bulan setengah kemudian.
Terkenang-kenang bilamana Ma pergi...
Mok bertabah demi Che (datuk).
Bila Che pula pergi, Mok cakap dia perlu kuat untuk terus hantar doa buat Che.
Tapi bila Mek pergi, dia terlalu sedih. Redhalah kami kerana dia pergi ketika usia mencecah 102 tahun... di bulan Ramadhan pula.
Walaupun jarak, waktu dan peristiwa membuatkan hubungan saya dengan mereka semakin jauh tetapi ketiadaan mereka tetap dirasai.
Seorang ibu adalah suri sebuah keluarga.
Bila suri pergi ...seri pun hilang.
Tidak akan sama lagi ...
Hari raya di rumah yang seakan kosong,
walau berpenghuni.
Al fatihah untuk Mek dan Mok.
Puasa kali ini terlalu singkat ... setiap tahun memang rasa macam tu, persiapan tetap dibuat cuma tahun ini ada sesuatu yang hilang ... hilang semangat.
Cepatnya waktu walaupun bulan puasa kali ini musim durian, tapi jamah durian cuma sekali, itu pun sebab adik Mr H yang sakit teringin nak makan ...
Kalau di keluarga saya makcik dan nenek pergi, di keluarga Mr H pula, abang ipar, kak ipar dan adik pula ditimpa sakit berat.
Begitulah Allah menguji kita dan kita seharusnya kena banyak-banyak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan... tatkala hendak ditarik tidak perlu asbab, tidak kira waktunya.
Seperti saya, anak-anak tahun ni pun macam kurang semangat nak raya...tidak menyuruh buat itu dan ini... cuma Aiz je minta buatkan biskut upin dan ipin ( kita panggil biskut dahlia ... jenuhlah si Aiz describe kat kita hehe)
Resepi yang saya kongsi sebelum ini bukanlah saya buat untuk raya... itu resepi yang bila masa tah saya buat :-)
Tahun ni kita balik awal sebab Mok pergi minggu akhir Ramadhan ...terlepaslah azab jem balik ke kampung.
Lamalah sikit kita bercuti kali ni, itu yang Aiz terlebih manja masa kat kampung ... berkepit jer dengan mama... tapi bila cousins semua dah balik, jumpa mama bila nak susu jer hihi.
Seronok balik rumah tok ma ya Aiz?
Tok ma letak banyak umpan...huhu.
Since kita balik awal dari hari khamis, sempatlah Aiz ikut pergi terawih walaupun bantai tidur kat masjid.
Sempatlah masak untuk berbuka puasa beberapa hari.
Sempatlah dengar cerita dulu-dulu. Dulu, tok ma bagitahu abang Rizq, cocktail ni makanan orang kaya-kaya je ... kira hebatlah dapat makan cocktail ni hehe.
Tahun ini kita buat kelainan, kita bagi duit raya masa bulan Ramadhan ... mengejar pahala yang berganda. Kurang sikit kelam kelibut di pagi raya.
Sehari belum raya... orang kelantan panggil hari buat ketupat. Tapi kat rumah tok ma ketupat kita tempah. Kita sibuk kemas rumah ... semua kena kerah ... tak kira pemuda atau pemudi... Hehe.
Nasib baik menjadi rendang ni... dah lama tak buat hehehe.
Lepas siap rendang... mengantuk yang amat. Konon nak tidur sekejap tapi bantai sampai ke pagi huhu. Mujur kak ipar yang baik hati ada, tolong tok ma siapkan sambal nasi lemak dan pulut kuning.
Sempena pulut kuning, baju raya tahun ni ada warna kuning-kuning sikit hihi.
Mek tahun ni buat kenduri kari kambing... Sedap cicah dengan roti.
Raya kedua kita semua ke Kuala Tiga melawat abang ipar Mr H yang sakit.
Jalan memang banyak keretalah time raya macam ni. Pergi pagi balik malam jawabnya :-)
Seronok bila berkumpul ... kalau tak kerana raya payah dah nak tengok scene macam ni.
Deco raya pun rare sangat dah macam ni :-)... Memang mengimbau kenangan lalu.
Alhamdulillah cuaca elok jer hari raya ... hujan... sejuklah sikit suasana... kalo tak, saya tak boleh imagine nak pakai baju raya ... tempek bedak bagai ... Huihh panas betul kat Kelantan ni.
Raya ke 4 kita pun gerak balik ... herm kali ni perjalanan mencabarlah .. ramai yang balik k-yel hari yang sama ni...
Ikut je lah waze suruh gi ikut mana ... janji selamat sampai :-)
salam lebaran Ila...lama dah tak menjenguk ke sini...Al fatihah pada yg dah tiada...semoga arwah di tempatkan bersama orng2 yg beriman...seronok kan beraya di kampong nak2 si budak Aiz tu...kikiki...baju dan menu sume pon nampak meriah...bukan kelantan je yg panas kat pontian johor pon same je...alhamdulillah pepagi raya membawak ke petang cuaca redup dan hujan renyai2...nikmat tuhan bagi utk hambanya :)
ReplyDeleteTq Malinda
DeleteAwak... Selamat Hari Raya :)
ReplyDeleteYe awk ... Selamat hari raya :-)
Delete