Assalamualaikum π
Hakak suka betul tengok deco ala-ala scandanavian .. yang pakai colour lembut-lembut tu ...comel dan sangat menyejukkan mata.
Tapi kalau nak redecorate tukar tema.. banyak tu belanja nak kena keluar π€.. adehh .. harus pikirin beribu lemon πππππππππππππππ
Jadi hakak ambil keputusan untuk membuat perbelanjaan berhemah a.k.a tambah jer sikit-sikit pada yang sedia ada. Ye lah bosan juga kalau asyik tengok pattern sama je hari-hari ... aww... macam ada berjangkit penyakit Tok Ma di situ hehehe.
Tukar sofa kat dalam bilik bawa keluar... yang di luar bawa ke dalam... alih-alih posisi.. nampak kelainan dan terus ubah mood.
Bak kata designer tu ... meh hakak translate dan ringkaskan
" gasakler nak letak hapa pun ... tak perlu nak sesuaikan tema sangat... janji sedap mata memandang.. jangan tekejut pulak tengok kaler terang tang-tang berpinau-pinau bijik mata tetiba cantik pulak"
hehehe ...gitu kaedahnya.π¬
Dah alang-alang cerita bab rumah ni... meh lah akak cerita sikit pasal renovation dapur hakak ni...
Dapur ni asalnya dah dibuat kabinet masa baru berpindah sini... elok dah rasa masa tu. Lepas tu Allah bagi rezeki sikit untuk kami renovate rumah ... kami tambah bilik.. tambah anjung...dapur kami tak usik...tetiba jadi kecik pula dapur tu bila renovation belah lain dah siap. Tambah pulak anak-anak pun dah besar... asyik berlaga vontot jer rasa bila masuk dapur.
So kami decided kalau ada rejeki, nak baiki sikit luaskan dapur.. walaupun masa selesai renovate yang bahagian luar tu dulu...dah tobat tak nak renovate sebab letih sungguh renovate rumah ni hehehe... kira bukan tobat nasuhalah.π
Sebab apa letih sangat? sebab hakak renovate pakai modal kecik... kalau modal besar lain cer. Kalau modal kecik, banyak sikit kena buat kerja dik non ye...
Hakak kongsi tips sikit ye..
1. Kena dapatkan beberapa qoutations... pilih contractor yang berbagai peringkat A, B dan C untuk bandingkan harganya. Jangan terkejut tengok harga yang di tawarkan oleh contractor A a.k.a professional berkali ganda mahal dari contractor C a.k.a tukang kampung. Dan janganlah expect harga yang murah tu boleh buat semua yang kita minta macam kelas hotel 5 bintang. Bila dah dapat sebutharga... tengoklah modal kita layak untuk contractor yang mana... hakak pilih contractor B yang harganya sederhana ... sesederhana kepakarannya. Jangan ingat kalau qoutation tu banyak tu.. kita habis banyak tu jer... mesti kena allocate berlebih sikit untuk cater variation.
Sebab kedua kami nak renovate, sebab nak alih toilet.. toilet lama posisinya nampak dari ruang tamu, hakak tak suka. So sekarang toilet baru dah tersorok di sini ... nampak tak? macam mana nak nampak .. kan tersorok tu ...hehehe. Samalah konsep renovation ni... kadang-kadang ada benda tersorok yang menyebabkan harga bertambah.
2. Kalau renovate pakai plan sendiri-sendiri kat dalam kepala kita... jangan terkejut kalau hasilnya tak jadi sama macam yang kita duk plan tu... contohnya kita nak tingkap labuh sampai ke bawah supaya banyak cahaya boleh masuk... tukang cakap tak boleh buat.... reason dia hapa ..hakak pun dah lupa. Tapi ingat tau, jangan main ikut jer apa yang tukang kata tak boleh tu... sebenarnya dia tak pandai buat atau malas buat atau budget dia lari kalau buat... kena banyak nego dengan tukang. Selain dari tingkap ni, banyak benda lain yang tetiba tak boleh buat, tapi hasil reasoning dan keras hati kita, ada juga keberhasilan seperti impian. Bersedia untuk jadi supervisor kerja-kerja derang... jangan lepas tangan ( itu hakak serah kat Mr H.. tak reti hakak nak marah-marah hehehe).
3. Kena kretif sikit untuk blend in kabinet lama dengan pengubahsuaian yang baru...kalau duit banyak, kita boleh tukar semua... tapi kalau tak berapa banyak... kita kena juga main matchy matchy. Limitkan penggunaan warna agar nampak sekata dan padan... gabungkan warna baru dengan warna yang sedia ada. Pengunaan terlalu banyak warna akan membuat kepala pening... cuba guna tiga warna utama sahaja.
Contoh matchy-matchy yang terpaksa dibuat.. tiles dinding ... sebelah petak ( dinding lama)... sebelah lagi jalur ( tambahan dinding baru)... corak lain tapi warna sama.
4. Kalau inginkan sesuatu jangan cepat mengalah. Kami teringin sangat nak table top industrial look yang guna plain cement... tapi guess what... tokey kata boleh tapi end up pekerjanya yang separuh mahir tak reti buatπ... so sudahnya... kami yang buat research dan ajar tukang-tukang tu buat untuk merealisasikan impian... selepas siap hasilnya.. tukang pulak yang sangat berpuas hati... dia pun fikir nak buat jugak kat rumah dia..hahaha.
5. Kadang-kadang, kita nampak sesuatu itu sangat simple... lepas tu kita heran, kenapa tidak boleh buat... macam hakak nak laci besar ni... 2-3 kedai hakak riki, derang cakap tak boleh buat... tapi hakak tengok kat dalam majalah-majalah, banyak jer laci besar untuk kabinet dapur... cuma seorang jer yang explain ... laci besar yang hakak tengok tu.. itu semua based dia steel supaya boleh menampung berat ... dan harganya pun mahal tak sesuai dengan budget kita... haa barulah kita ngerti. Bila sudah ngerti, barulah senang nak runding benda alternative yang kita boleh dapat... oleh yang demikian hakak insist juga nak laci besar... dan hakak pastikan hakak tak letak barang-barang yang berat dalam tu... nanti laci hakak menlendut pulak.
Laci baru warna hitam.. match dengan kaler peti ais.. sebab nak cari material yang sama dengan kabinet lama memang tak dapatlah.
Okay berbalik kepada tajuk post... pasal kaler terang-terang tu...melalut pulak cerita pasal dapur hehehe. Lapik kerusi makan pun kita beli yang terang-terang juga di MR DIY .. always low prices.. so don't worry.
Mungkin bila ada rezeki lebih lagi, kita boleh tukar this space to a scandinavian look.... talking about it.. in fact bilik little ladies kita dah redecorate ala-ala tu.. insya Allah kita kongsi nanti.
Yang.. tolong makeover rumah sVs boleh? Raya cina ni nak pi bercuti... you tolong buat apa yg patut dkt rumah i. Nnti jangan lupa ambik kunci rumah tau. Balik nanti i nak kejutan berganda gitew.
ReplyDeleteAduhh .. kejutan berganda tu bisaaa.. tapi terkejut dan pengsan sebab tak suka pun boleh berlaku dongπ
Delete