Labels

Friday, 27 January 2017

Littleladies' Nest.

 
Assalamualaikum 😊

Cepatnya masa berlalu..littleladies are not so little anymore😌.

So logically they wanted a room for  teens, no more a room full of toys..

A fair request ... so gigihlah redecorate bilik derang to a scandanavian look .. scandanavian means beli barang kat Ikea jer .. hahaha.. bukan pandai bebenor nak deko-deko.


Dan seharusnya tidak mahu banyak keluar modal dan kita pakailah apa yang masih elok. Tambah apa yang perlu sajalah. 


Tempeklah satu gambar sebelum....walaupun senak mata menengoknya🙃..untuk memberi gambaran how the room really needed a makeover. 


Ini gambar selepas ... lapang sikit dada tengok .. ☺️. Setuju tak? huhu.


Proses mendeko .. started with ripping off the old wallpaper. Kak Dhia ler banyak membantu pasal dia dah sangat lebih tinggi dari mama. Then pasang the new wallpaper.. Mr H yang tolong lepas kesian tengok kami yang terkial-kial .. dan yang sebenarnya rasanya dia takut kami buat tak betul ..hehehe. We bought the new wallpaper at Mr DIY .. beli yang gulung tebal dan better quality sikit. 


To save money mean to save old rack. Repainted it white .. cat tu pun beli kat Mr DIY.


Ini err .. just buat art work with them .. pasal nak cover warna putih yang dah sangat lusuh .. stool lama lah katakan.


Nak bagi dinding nampak full sikit , kita letak kotak shawl kat dinding selepas di balut dengan wrapping paper. You can use tutup kotak kasut juga untuk buat artwork dinding... just balut dengan wrapping paper yang cantik.. there you go .. jimat duit 😄.


Almari kita nampak berseri lepas dicat.. blend in well.


Semua perabot kita tolak tepi ..rapat ke dinding supaya ada ruang kosong di tengah .. senang nak solat. 


And a space untuk golek-golek ...


Bought a round big mirror kat ikea to match the carpet. Maklumlah anak dara dah besar .. nak belit shawl tak payah masuk bilik mama tumpang cermin dah😝.


And the blue boxes on the wardrobe to hide all things yang menyerabutkan mata.


Walaupun kakak-kakaknya dah tak mo main toys .. Daneen still wants to play .. so we keep this doll house for her... kesian dia.


The most yang kita spent adalah untuk dua bijik meja ni .. purpose is to have a comfortable place for them to study .. maklumlah sorang will be sitting for UPSR and another one for PT3.. aduh sebut jer dah debar-debar jantung ni 😖.


I hope the new nest will make them happy and inspire them to study hard for their exam. 

Have a wonderful happy long weekend everyone! Bye.

2 comments:

  1. Cosy and cantik kak, thumbs up!
    Wallpaper tu pun cantik, Hani pun dok plan nak tukar cat kat living. kalo malas cat marilah tampal wp aje nampak gayanyaaa .. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...