Assalamualaikum...
umpama sebuah istana
kiri kanan seakan sama
Pintu masuk semua ada nama sebagai panduan
nombor kat toilet pun boleh jadi pedoman
Bilik air dan tempat wuduk letaknya di tingkat bawah
kat situlah saya hilang subang sebelah
Bila balik mengadu kat suami
untuk dapat simpati
bukan suruh ganti
yang hilang ini
pun beli sendiri
heran sungguh
Mr H pulak yang macam nak marah
Belum sempat kena tazkirah
saya pun berkata
ini semua harta dunia
kita diuji untuk redha
bila Mr H meng-iya
barulah rasa lega
bila difikir sama ceritanya
anak kecil dan ibubapa
bila terjatuh, anak datang kat kita
untuk dipujuk, tapi kita pula
memarahinya...
saya pun terfikir untuk berubah
lepas ini apa pun pujuk dulu..lepas tu barulah
bersyarah...
hehehe
Biasanya selasai subuh, zohor dan Isya
kita ke dewan makan menjamu selera
kena dengan selera mak mertua
pagi, tengahari dan malam.. nasi semua
Dihari ketiga kita dibawa ziarah
sekitar kota Mahdinah
belajar sedikit sejarah
tentang Rasulullah
Inilah Masjid Quba, yang dibina pertama selepas hijrah
Sembahyang sunat di sini, dapat pahala satu umrah
Ini pula pasar tamar
Kurma ajwa murah, tak perlu tawar-tawar
Kurma ajwa murah, tak perlu tawar-tawar
Ini di perkuburan Uhud
Tertanam 70 pejuang yang shahid
benar Janji Allah, masih elok keaadaan jasad
terbukti semasa banjir besar
mayat timbul,masih mengalir darah segar.
No comments:
Post a Comment