Labels

Wednesday, 12 February 2014

Sukarnya Jalan ke Syurga



Terima kasih kepada sahabat baru dan lama yang sudi singgah
Kita sambung cerita ceriti umrah

 
Di bawah kubah hijau Masjid Nabawi
terletaklah Raudhah dan Makam Nabi
tempat semua orang hendak pergi
kerana doa mustajab disini

Raudhah adalah taman-taman Syurga
antara rumah Rasulullah dengan mimbarnya
Ada yang kata
kelak kawasan Raudhah akan diangkat ke Syurga
menjadi taman yang mana
di bawah mimbar itu terletaknya kolam untuk baginda.


Ini adalah bahagian dalam Masjid Nabawi
Indah berhias tiang seri


Ini pula perkarangan tempat menunggu giliran ke Raudhah
Yang masih jauh....

 Muslimat mempunyai jadual waktu untuk ke Raudhah
terhad cuma selepas Isya, Zohor dan Subuh
bergerak mengikut kumpulan yang diarah
disuruh duduk, kita duduk, bila bangun berebut riuh rendah



Lama kita disitu menanti
dari malam yang muda hingga menyapa pagi
sempat melihat payung yang terbuka ditutup rapi
harapan ke Raudhah melanggit tinggi  


Opps sori tengok yang senget-senget
sebab saya malas nak edit
saya rasa payung ini amat hebat
bila tahu perekanya dari Malaysia, rasa bangga sangat-sangat

Sakit mata tak apa
subang hilang tak apa
tapi bila ke Raudhah...saya rasa
sukarnya jalan ke syurga
walaupun syurga ini masih ada di dunia
Saya rasa saya banyak dosa
nanti di Padang Masyar macamana?

Saya tidak pasti bila sampai ke Raudhah
manusia terlampau ramai, ruang terlampau penuh
saya cari karpet hijau, terpaksa angkat kaki sebelah
untuk lihat, lalu saya terjatuh rebah
mujur dibantu, nak bangun sendiri memang susah.

Dalam keadaan yang penuh sesak, himpit menghimpit 
ada rezeki untuk saya solat
banyak sungguh hajat
Nak doa semua tidak sempat

Terasa diri sangat kerdil dan hina
doa apalah yang selebih layak selain Allah ampunkan dosa
di saat itu datang lintasan entah dari mana
yang pasti bukan dari minda
serasa bukan dari hati... ia bertanya
bukankah Allah menguji orang yang disayangiNya?
lalu hati menjadi tenang dan minda
berhenti berprasangka
cuma meminta
janganlah diuji dengan ujian yang tidak mampu menanggungnya.

Untuk peringatan diri sendiri...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...