Ramadhan dah nak habis dah ... tapi mood raya tak mai- mai.
Kalau tak kerana Ayra suruh buat cookies... memang tak buat dah rasanya 😅.
Okay memenuhi permintaan anak.. kita pun belek2 resepi... mula tu rasa nak buat Frambozen Kenari ... lepas tu tengok acuan cutter dia teruslah tak jadi sebab tak ada. Then tukar plan nak buat mama carey tapi susu tepung pulak dah keras kekong rupanya 😂... tak jadilah juga.
Last- last kita buat resepi sendiri. Anak-anak bagilah nama baru ... derang nampak putih telur tu macam marshmallow so dapatlah nama Mama Smore's. Ok jom tengok resepi ...
Mama Smore's
Bahan A
250 gm butter
110 gm gula icing
300 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
50 gm serbuk koko
150 gm choclate chips semi sweet
1 biji kuning telur
Bahan B
1 biji putih telur
90 gm gula icing
1 sudu besar tepung jagung
Bahan C
Badam
Chocolate
Cara-caranya,
Pukul gula dan butter dan campur semua bahan A menjadi satu adunan. Tekad dengan acuan ... saya potong dengan pisau sebab tak de acuan empat segi ... nak juga buat empat segi sebab rasa kalau empat segi nampak lagi sedap hahaha😅.
Putar bahan B dan taruk atas cookies yang dah dibakar 3/4 masak.
Letak hirisan badam dan bakar semula.
Dah siap bakar, letak chocolate cair kat atas ... amacam nampak mengancam tak?😁
Ater memang tak prepare nak buat cookies .. itu yang tak cukup badam letak apa yang ada kat rumah .. chocolate rice pun okay juga.
So sesape yang masih duk buat kuih raya last minute tu.. cubalah buat cookies ni .. tak malu nak cakap cookies Mama Smore's ni memang sedap .. sebab saat ini kami hanya mampu tengok gambarnya aje pasal dah habis 😫..
Apa pun selamat hari raya untuk semua pembaca ... maaf zahir batin 😊