Labels

Friday 16 December 2016

Churros... di mana yang sedap?


Assalamualaikum...😊

Teringatlah churros kat San Churros Perth... sob sob. 


Tapi jauh sangat nak pegi...😢

 
Kita cari yang dekat-dekat je lah...
Yang mana yang paling sedap?
Zawara ke, PCLO atau Jigar?
 

Ini ruper churros di Zawara ...


Ini Churros di PCLO...
 

Dan yang ini di Jigar...
Semuanya sedap
Tapi tak leh lawan yang di San Churros...😔
 

So hakak malas dah nak cari ...
Hakak ghasa yang buat sendiri pun sedap walaupun tak leh lawan San Churros punya...
Jadi marilah hakak kongsi resepi di sini..😃

Churros

80gm butter
1 sdk gula
1/4 sdk garam
1 cawan air
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 sdk esen vanila
sedikit gula icing
sedikit serbuk kayu manis
coklat untuk sos

Cara-caranya :-

1. Didihkan air dalam periuk
2. Masukan butter, gula dan garam
3. Bila dah mendidih, masukkan tepung sedikit demi sedikit
4. Kacau sebati adunan dan sejukkan
5. Bila adunan dah sejuk, baru masukkan telur dan esen vanilla ( kalau masuk masa panas, tepung jadi melekit-lekit, still boleh makan , cuma bentuk dia hampehlah kan huhu )
6. Panaskan minyak dan goreng.



7. Tabur gula icing dan serbuk kayu manis.
 
 
 
8. Cairkan coklat Beryl dalam microwave untuk dipnya.
9. Baca bismillah dan ngap...yummehh 😋
 
Selamat berchurros dan berhari minggu ...
 


Monday 5 December 2016

Templer Park Rainforest Retreat 2016

Assalamualaikum...

Buat apa tu? 
Menung- menung sambil hirup kopi kah?
I just can't wait for a weekend...
time cuti sekolah ni ... rasa seminggu lambat betul nak habis. 
Kalau boleh hari-hari nak duk rumah dengan budak-budak tu...

Budak-budak time sekolah, boleh pulak cakap boring duk rumah... 
masa time sekolah, cakap boring gi sekolah... abis tu camne?
nak cuti-cuti letew ☺

The truth is ...for mama... mama really wants to balik kampung...rindu Tok Ma and Tok Ki.☹
Insya Allah kita doa Allah bagi rezeki kita balik bercuti kat kampung hehehe. Insya Allah kita doa papa kurang sikit sibuknya.

Sambil-sambil berangan tu...bolehlah layan gambar-gambar throwback program office mama di Templer Park. This area dekat jer ...near to Selayang. This property is advertised through Airbnb... bolehlah check kat situ. Dulu cuma ada villa je, now owner dah tambah container accommodation untuk tampung lebih ramai tetamu.


redup jer jalan ke Templer Park ni...



Jangan pulak terkejut bila waze bawa sampai ke rumah ni...betullah tempat tu...
Ini rumah tuan rumah Mr Saw.
Tempat retreat tu kat belakang rumah ni... 
Tekan loceng pagar 22 dan tunggu pembantu Mr Saw bukak pintu pagar.


Opps ini bukan pembantu Mr Saw ...ehehehe


Kena sabar sikit tunggu, sebab pembantu Mr Saw jalan kaki datang bukak pintu...


Bila masuk ke dalam... nampaklah bilik kontena baru ni. Kami memang sewa keseluruh tempat ini.
Boleh parking kereta di dalam, tempatnya ample.


Kat bawah kontena ni ada dapur dan area santai yang besar.


Saya suka sangat gobok ni...cantik kannn...



Bila buka gobok lagilah suka, sebab banyak bekal yang disediakan tuan rumah untuk kami.


Peralatan pun banyak... memang syok ni breakfast pagi esok...
Sementara tunggu kekawan lain sampai, jom kita lihat sekitar tempat ni.





Eh nak juga berbuai...
buai... buai laju-laju...aku nak kahwin dengan anak raja...kehkehkeh
nampak tangga kat belakang tu?
Bilik kontena kat tingkat atas tu.


Inilah rupe bilik kontena tu... gigih suruh kawan tolong snap.
Bilik kat kontena  ni semua untuk geng lelaki...arakian tak bolehlah nak ambik gambar biliknye.
Bila suruh lelaki yang snap...inilah hasilnya heheh... nasib baik tak ada sotong kering atas lantai...hehe.


Kat tingkat paling atas ada ruang santai yang luas.
Bilik inilah yang kami guna untuk mesyuarat dan perbincangan.


Lengkap dengan bilik air yang comel.


Hari kami pergi tu hari Jumaat... so tinggal jemaah perempuan jelah solat zohor sementara bilik kami dikemas.


First time tengok mesin orange juice macam ni...patutlah sekotak oren dalam peti ais tuan rumah sediakan. Original juice without sugar...so healthy and refreshing.


okay bilik kami, ladies dah siap ...so jom turun pegi ke villa ...


Adakah tempat ini nampak familiar ?


Tangga ini familiar tak?...
Kenapa pula Zara Zya kat atas tu? Patut Neelofa lar
Wardah..Ejaz ada? boleh tolong ejas Ejaz untuk saya tak?...ehehehe


Dapur ni ler tempat shooting drama Surihati Mr pilot...ada cam ka?


Ini pulak bilik di villa... haah same room yang diguna untuk drama tu.


Di villa, ada dua bilik double dan dua bilik yang boleh muat 6 orang. So cuma ada 4 bilik jer asalnya di tempat ini sebelum ditambah dengan bilik-bilik kabin yang kita lihat tadi.


Saya dapat bilik berenam ni.. meriah duduk ramai-ramai. Ada wifi dan cable TV.. tapi ermmm slow hehehe. Alaah kami pun tak de masa nak layan tv... lebih seronok layan permandangan.


bilik air kecil dan comel


Toiletries ada disediakan ...yang dalam botol biru dan hijau tu...yang selebihnya tu...orang punyalah.


The Kontena at  night... we had a brief meeting session before the BBQ dinner.


Banyaknya menu... makanan disediakan oleh caterer yang direkomen oleh Mr Saw... sedap masakannya.


Ada ayam..kambing..udang...sotong... penuh perut, tak tahu nak sumbat mana dah...


Pepatung ni hidup tau... diam jer dia orang ambil gambar...


Agak-agak boleh tidur nyenyak tak kalau tak tutup langsir? heheheh



Permandangan memang awesome...luas saujana mata memandang padang golf sebelah. Ralit mokcik berangan pepagi....



early morning...tadak orang main lagi...


Mokcik cari mesin kukur kelapa...tapi tak jumpa...agaknya betullah si Wardah dah letupkan.


Ehh dah duduk payah pulak nak bangun...huhuhu





Ambil syarat juga prepare breakfast...padahal ada caterer dah sediakan nasi lemak, kuih muih bagai ...hehe.


Before balik...nak jugak bergambar kat tangga keramat ni... tu yang duduk tu...itulah watak utama...watak utama kat blog ni lah kannn...hehehe.

Wednesday 23 November 2016

Sayasuka Papa .. eh Shakshuka untuk Papa

 
Assalamualaikum...
 
The kids demanded a surprise birthday party for Papa...
Mama yang surprise sebab tak prepare for it...
Ingatkan nak ajak Mr H makan kat luar jer...tak payahlah nak susah-susah 😋
 
 

Pukul enam petang baru habaq...party pulak at dinner time hari yang sama 😭
Jadi menu kita pada malam bersejarah itu adalah yang ringkas-ringkas...
ikut apa yang hado kat dapur ajo :D
 

Nasib baik...nasib baik mama pi ikut kehendak princess ni ...
Dia nak sangat beli instant tepung kek Betty Crocker ni... selalu tengok kat you tube.
Mama malas nak beli sebab mahal bebenor rasanya kalau Betty setakat tolong timbang bahan kering masuk kotak...bahan basahnya hakakk juga nak kena usahakan...instantlah sangat kann... ðŸ˜’
Tapi bila boleh jimat masa bab timbang-timbang...kira membantu jugaklah...hehehe.


Nasib baik juga mama terbeli strawberry and malteser masa shopping siang tu....bolehlah buat deco-deco.


Birthday cake siap!!


Tapi nak makan apa yang ringkas dan cepat?


Ikan Salmon tak beli...jenahak pun jadik
Kita grill dengan garlic and honey.
Makan dengan lemon sauce.
 
 
Lepas tu kita buat Shakshuka.
Cicah dengan garlic bread.
 

Shakshuka ni senang jer nak buat.

Shakshuka

1 labu bawang Holland- cincang
3 ulas bawang putih - cincang
Sedikit minyak untuk menumis
1 paket minced meat
1 botol spaghetti original Bolognese sauce - akak pakai brand Kimball
parmesan cheese secukup rasa
2 bijik telur
serbuk lada hitam
sedikit tomato sos

caranya adalah, tumis bawang dengan sedikit minyak dan masukkan minced meat, bila masak minced meat tu, masukkan  sos spaghetti dan tomato sos, masa tengah panas-panas tu pecahkan telur kat atas.. tabur parmesan cheese dan lada hitam. Agak nampak telur tu dah 3 suku masak... siap untuk dihidang!



Anak-anak tolong siapkan meja....rupenya masing-masing dah siap beli present untuk papa...
tetiba rasa dengki pulak dengan Mr H ni...hahaha
 

Nyalakan lilin...


Tutup lampu...


Nyanyi lagu birthday kuat-kuat sampai orang tu turun...


wah..wah...apalah yang dia tulis kat card tu....
 

Cepat make a wish and potong kek Mr H...
I ni dah tak sabar nak pegi mandi... badan belengah duk dapur huhuhu.
 

Kek Betty Crocker gebu dan sedap.


Happy Birthday Mr H or Mr papa.... with lots of love from us ...
didoakan semua yang baik-baik untukmu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...