Friday, 16 December 2016

Churros... di mana yang sedap?


Assalamualaikum...😊

Teringatlah churros kat San Churros Perth... sob sob. 


Tapi jauh sangat nak pegi...😢

 
Kita cari yang dekat-dekat je lah...
Yang mana yang paling sedap?
Zawara ke, PCLO atau Jigar?
 

Ini ruper churros di Zawara ...


Ini Churros di PCLO...
 

Dan yang ini di Jigar...
Semuanya sedap
Tapi tak leh lawan yang di San Churros...😔
 

So hakak malas dah nak cari ...
Hakak ghasa yang buat sendiri pun sedap walaupun tak leh lawan San Churros punya...
Jadi marilah hakak kongsi resepi di sini..😃

Churros

80gm butter
1 sdk gula
1/4 sdk garam
1 cawan air
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 sdk esen vanila
sedikit gula icing
sedikit serbuk kayu manis
coklat untuk sos

Cara-caranya :-

1. Didihkan air dalam periuk
2. Masukan butter, gula dan garam
3. Bila dah mendidih, masukkan tepung sedikit demi sedikit
4. Kacau sebati adunan dan sejukkan
5. Bila adunan dah sejuk, baru masukkan telur dan esen vanilla ( kalau masuk masa panas, tepung jadi melekit-lekit, still boleh makan , cuma bentuk dia hampehlah kan huhu )
6. Panaskan minyak dan goreng.



7. Tabur gula icing dan serbuk kayu manis.
 
 
 
8. Cairkan coklat Beryl dalam microwave untuk dipnya.
9. Baca bismillah dan ngap...yummehh 😋
 
Selamat berchurros dan berhari minggu ...
 


2 comments:

  1. tiap2 kali entry baru keluar, kita mesti komen tapi.....
    1 pun tak pernah keluar... sob sob sob

    merajuk & nak bawak diri ke perth supaya boleh makan churros sedap


    sVs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa janganlah merajuk ... nanti x de orang nak komen post kita tau ... sedihnya ... kita balas tau .. tapi mungkin sVs x dpt .. sebab memang x prompt ke email kita .. kita pun x tahu nape ... dan x reti nak bagi blog canggih2 .. :-(

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...