Labels

Friday 27 January 2017

Littleladies' Nest.

 
Assalamualaikum 😊

Cepatnya masa berlalu..littleladies are not so little anymore😌.

So logically they wanted a room for  teens, no more a room full of toys..

A fair request ... so gigihlah redecorate bilik derang to a scandanavian look .. scandanavian means beli barang kat Ikea jer .. hahaha.. bukan pandai bebenor nak deko-deko.


Dan seharusnya tidak mahu banyak keluar modal dan kita pakailah apa yang masih elok. Tambah apa yang perlu sajalah. 


Tempeklah satu gambar sebelum....walaupun senak mata menengoknyaπŸ™ƒ..untuk memberi gambaran how the room really needed a makeover. 


Ini gambar selepas ... lapang sikit dada tengok .. ☺️. Setuju tak? huhu.


Proses mendeko .. started with ripping off the old wallpaper. Kak Dhia ler banyak membantu pasal dia dah sangat lebih tinggi dari mama. Then pasang the new wallpaper.. Mr H yang tolong lepas kesian tengok kami yang terkial-kial .. dan yang sebenarnya rasanya dia takut kami buat tak betul ..hehehe. We bought the new wallpaper at Mr DIY .. beli yang gulung tebal dan better quality sikit. 


To save money mean to save old rack. Repainted it white .. cat tu pun beli kat Mr DIY.


Ini err .. just buat art work with them .. pasal nak cover warna putih yang dah sangat lusuh .. stool lama lah katakan.


Nak bagi dinding nampak full sikit , kita letak kotak shawl kat dinding selepas di balut dengan wrapping paper. You can use tutup kotak kasut juga untuk buat artwork dinding... just balut dengan wrapping paper yang cantik.. there you go .. jimat duit πŸ˜„.


Almari kita nampak berseri lepas dicat.. blend in well.


Semua perabot kita tolak tepi ..rapat ke dinding supaya ada ruang kosong di tengah .. senang nak solat. 


And a space untuk golek-golek ...


Bought a round big mirror kat ikea to match the carpet. Maklumlah anak dara dah besar .. nak belit shawl tak payah masuk bilik mama tumpang cermin dah😝.


And the blue boxes on the wardrobe to hide all things yang menyerabutkan mata.


Walaupun kakak-kakaknya dah tak mo main toys .. Daneen still wants to play .. so we keep this doll house for her... kesian dia.


The most yang kita spent adalah untuk dua bijik meja ni .. purpose is to have a comfortable place for them to study .. maklumlah sorang will be sitting for UPSR and another one for PT3.. aduh sebut jer dah debar-debar jantung ni πŸ˜–.


I hope the new nest will make them happy and inspire them to study hard for their exam. 

Have a wonderful happy long weekend everyone! Bye.

Thursday 19 January 2017

Bold Colours

Assalamualaikum 😊

Hakak suka betul tengok deco ala-ala scandanavian .. yang pakai colour lembut-lembut tu ...comel dan sangat menyejukkan mata. 

Tapi kalau nak redecorate tukar tema.. banyak tu belanja nak kena keluar πŸ€‘.. adehh .. harus pikirin beribu lemon πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ˜…

Jadi hakak ambil keputusan untuk membuat perbelanjaan berhemah a.k.a tambah jer sikit-sikit pada yang sedia ada. Ye lah bosan juga kalau asyik tengok pattern sama je hari-hari ... aww... macam ada berjangkit penyakit Tok Ma di situ hehehe.


Tukar sofa kat dalam bilik bawa keluar... yang di luar bawa ke dalam... alih-alih posisi.. nampak kelainan dan terus ubah mood. 



Bak kata designer tu ... meh hakak translate dan ringkaskan

" gasakler nak letak hapa pun ... tak perlu nak sesuaikan tema sangat... janji sedap mata memandang.. jangan tekejut pulak tengok kaler terang tang-tang berpinau-pinau bijik mata tetiba cantik pulak" 

hehehe ...gitu kaedahnya.😬



Dah alang-alang cerita bab rumah ni... meh lah akak cerita sikit pasal renovation dapur hakak ni...

Dapur ni asalnya dah dibuat kabinet masa baru berpindah sini... elok dah rasa masa tu. Lepas tu Allah bagi rezeki sikit untuk kami renovate rumah ... kami  tambah bilik.. tambah anjung...dapur kami tak usik...tetiba jadi kecik pula dapur tu bila renovation belah lain dah siap. Tambah pulak anak-anak pun dah besar... asyik berlaga vontot jer rasa bila masuk dapur. 

So kami decided kalau ada rejeki, nak baiki sikit luaskan dapur.. walaupun masa selesai renovate yang bahagian luar tu dulu...dah tobat tak nak renovate sebab letih sungguh renovate rumah ni hehehe... kira bukan tobat nasuhalah.πŸ˜…

Sebab apa letih sangat? sebab hakak renovate pakai modal kecik... kalau modal besar lain cer. Kalau modal kecik, banyak sikit kena buat kerja dik non ye...

Hakak kongsi tips sikit ye..

1. Kena dapatkan beberapa qoutations... pilih contractor yang berbagai peringkat A, B dan C untuk bandingkan harganya. Jangan terkejut tengok harga yang di tawarkan oleh contractor A a.k.a professional berkali ganda mahal dari contractor C a.k.a tukang kampung. Dan janganlah expect harga yang murah tu boleh buat semua yang kita minta macam kelas hotel 5 bintang. Bila dah dapat sebutharga... tengoklah modal kita layak untuk contractor yang mana... hakak pilih contractor B yang harganya sederhana ... sesederhana kepakarannya. Jangan ingat kalau qoutation tu banyak tu.. kita habis banyak tu jer... mesti kena allocate berlebih sikit untuk cater variation.


Sebab kedua kami nak renovate, sebab nak alih toilet.. toilet lama posisinya nampak dari ruang tamu, hakak tak suka. So sekarang toilet baru dah tersorok di sini ... nampak tak? macam mana nak nampak .. kan tersorok tu ...hehehe. Samalah konsep renovation ni... kadang-kadang ada benda tersorok yang menyebabkan harga bertambah.

2. Kalau renovate pakai plan sendiri-sendiri kat dalam kepala kita... jangan terkejut kalau hasilnya tak jadi sama macam yang kita duk plan tu... contohnya kita nak tingkap labuh sampai ke bawah supaya banyak cahaya boleh masuk... tukang cakap tak boleh buat.... reason dia hapa ..hakak pun dah lupa. Tapi ingat tau, jangan main ikut jer apa yang tukang kata tak boleh tu... sebenarnya dia tak pandai buat atau malas buat atau budget dia lari kalau buat... kena banyak nego dengan tukang. Selain dari tingkap ni, banyak benda lain yang tetiba tak boleh buat, tapi hasil reasoning dan keras hati kita, ada juga keberhasilan  seperti impian. Bersedia untuk jadi supervisor kerja-kerja derang... jangan lepas tangan ( itu hakak serah kat Mr H.. tak reti hakak nak marah-marah hehehe).


3. Kena kretif sikit untuk blend in kabinet lama dengan pengubahsuaian yang baru...kalau duit banyak, kita boleh tukar semua... tapi kalau tak berapa banyak... kita kena juga main matchy matchy. Limitkan penggunaan warna agar nampak sekata dan padan... gabungkan warna baru dengan warna yang sedia ada. Pengunaan terlalu banyak warna akan membuat kepala pening... cuba guna tiga warna utama sahaja.


Contoh matchy-matchy yang terpaksa dibuat.. tiles dinding ... sebelah petak ( dinding lama)... sebelah lagi jalur ( tambahan dinding baru)... corak lain tapi warna sama.



4. Kalau inginkan sesuatu jangan cepat mengalah. Kami teringin sangat nak table top industrial look yang guna plain cement... tapi guess what... tokey kata boleh tapi end up pekerjanya yang separuh mahir tak reti buatπŸ˜’... so sudahnya... kami yang buat research dan ajar tukang-tukang tu buat untuk merealisasikan impian... selepas siap hasilnya.. tukang pulak yang sangat berpuas hati... dia pun fikir nak buat jugak kat rumah dia..hahaha.


5. Kadang-kadang, kita nampak sesuatu itu sangat simple... lepas tu kita heran, kenapa tidak boleh buat... macam hakak nak laci besar ni... 2-3 kedai hakak riki, derang cakap tak boleh buat... tapi hakak tengok kat dalam majalah-majalah, banyak jer laci besar untuk kabinet dapur... cuma seorang jer yang explain ... laci besar yang hakak tengok tu.. itu semua based dia steel supaya boleh menampung berat  ... dan harganya pun mahal tak sesuai dengan budget kita... haa barulah kita ngerti. Bila sudah ngerti, barulah senang nak runding benda alternative yang kita boleh dapat... oleh yang demikian hakak insist juga nak laci besar... dan hakak pastikan hakak tak letak barang-barang yang berat dalam tu... nanti laci hakak menlendut pulak.


Laci baru warna hitam.. match dengan kaler peti ais.. sebab nak cari material yang sama dengan kabinet lama memang tak dapatlah.


Okay berbalik kepada tajuk post... pasal kaler terang-terang tu...melalut pulak cerita pasal dapur hehehe. Lapik kerusi makan pun kita beli yang terang-terang juga di MR DIY .. always low prices.. so don't worry.


Mungkin bila ada rezeki lebih lagi, kita boleh tukar this space to a scandinavian look.... talking about it.. in fact bilik little ladies kita dah redecorate ala-ala tu.. insya Allah kita kongsi nanti.


Last but not least... kita kongsi stor Mr H ni... alat-alat tukang dia comel jer berlindung dalam bekas-bekas terang ni... ok cukuplah dulu perkongsian hakak yang tak professional ni... just for fun okey..keep smiling.😊

Friday 13 January 2017

Oreo M&M Cookie Bars

 

Assalamualaikum 😊

Kalau anak-anak minta buatkan cookies dan omaknya malasnya ya ampunn...
Tak payah pening-pening...kita buatlah cookie Bars....
Sebab tak payah nak gentel-gentel atau buat satu-satu... kita humban jer semua dalam bekas.
Effect kat budak-budak ?... jangan bimbang...mereka still bahagia😜.


Tok sah citer banyak... jom tengok bahan-bahannya.
 


Oreo m&m Cookie Bars

125 gm butter
1 cup sugar ( jangan penuh sangat...kurang manis elok untuk kesihatan πŸ˜…)
2 cups flour
1 egg
1 tspn vanilla
1/2  tspn baking soda
1/2 tspn salt
1 cup semi sweet choc chips
1 packet of peanut butter oreo.
sedikit m&m untuk hiasan.
 

 
Caranya pun senang..macam biasa, putar butter dan gula, masuk telur, esen vanilla, tepung, choc chips dan oreo yang telah dihancurkan.
 

Dah settle adunan ... masukkan ke baking tray yang size sebegitu ( adehh.. tak ingat ukuran loyang..πŸ˜…). Untuk kesan lebih menarik, taburkan m&m, choc chip dan cream oreo ( sebab peanut butter oreo semua dah masuk jadi doh).Lepas tu bakarlah sampai semerbak baunya.

 

Bila bau dah menusuk ke lubang hidung... anak-anak akan berlari-larian masuk dapur πŸ˜†. Masa tu ... penat omak pun hilang...terasa bahagia menusuk kalbu...hahaha.
 

Masa cookie tu panas dan masih lembut... kita potong jadikan bars...belum habis potong semua.. dah ada yang masuk mulut.
 

Selebih yang belum masuk mulut tu...cepat-cepat simpan di dalam bekas ...untung-untung boleh makan esok dan esok dan esok.
 
Selamat berhari minggu dan beristirehat. Senyum-senyum selalu 😊. 



Friday 6 January 2017

Villa Mewah di Colmar Tropicale

 
Assalamualaikum....
 
Saat menulis cerita ini, Uda telah pun kembali ke Rahmatullah.
Seisi keluarga bersedih tetapi redha dan yakin itulah yang terbaik untuk Uda.
Walau seakan doa tidak makbul..dan usaha tidak berhasil...
tetapi Allah lebih tahu dan lebih baik perancanganNya.
 
Seronok tengok orang bercuti-cutian hujung tahun.
Sungguh kami merancang-rancang untuk membawa Uda bercuti...happy-happy, tenangkan perasaan.
Tetapi setelah didiagnose dengan Esophagus cancer stage 4, keadaan kesihatan beliau merosot dengan terlalu cepat... langsung tidak boleh makan dan ini menyebabkan beliau berada di hospital sehingga akhir hayatnya😒.
Al fatihah untuk Uda...semoga arwah bahagia di sana.
 
Kita sekeluarga pun turut tidak bercuti...kecuali ke Melaka tempohari kerana ada kenduri.
Tetapi tahun lepas office hakak banyak pulak buat program outstation.
dapatlah bercuti free... a.k.a bercuti sambil bekerja 😌
 
Ini kisah program di Colmar Tropicale... nak kongsi sebab nak tunjuk salah satu villa yang kami dapat. Rasanya tak nampak villa ni kalau tempah melalui online macam agoda atau booking..so kalau nak datang dalam group yang besar seramai max 12 orang, bolehlah cuba villa ini. Better berhubung terus dengan pihak hotel untuk mengetahui available options.
 

The first building that welcome us...
 

then ada 2 ekor kuda kaler-kaler yang sambut kita... baik kuda ni.. diam jer


Selalu bila tengok gambar-gambar dan kisah percutian di Colmar..saya bayangkan tempat ini sangat besar... sebenarnya taklah besar mana compoundnya 😊.
 

Jadi sebenarnya restoran pun ada seketul dua aja...
 

Oleh yang demikian penyanyi bertiga ni boleh bertebaran di merata-rata...hehehe. 
Kesian baby ni ...nangis bingit telinga ker?  πŸ˜…πŸ˜ƒπŸ˜‰
 

Tapi kami happy jer ... bukan selalu nak merasa orang nyanyi untuk kita kann...hihi.
 

After lunch, about 3pm kami pun check in...
 

Inilah villa mewah tu.. 2 tingkat, ada 6 bilik tidur, 3 king bedded, 2 twin bedded and 1 single bed, 5 bathrooms and 2 powder rooms. Ada living room, dining room, pantry and a meeting room.
 

















Sebab villa ini yang terbesar dari villa-villa lain yang kami tempah... acara petang tu kami decided buat kat rumah ini saje...
 

Termasuk dalam acara yang dimaksudkan adalah acara bergambar...well we just can't help it...πŸ˜…
 

because the house was so beautiful.
 

We also celebrated belated birthdays that afternoon and exchanged gift with each other...
tanda kasih sayang antara kita😊.


hari pun nak hujan... oh lupa nak bagitahu... walau pun tempat ini macam kat France tapi tetap cuaca Malaysia ye...jadi tak payahlah nak bawa baju tebal-tebal hehehe.

 
So ...you see..we were a big group of about 30 pax...tak muat nak sumbat semua dalam villa ni.
 

The flowers at the window bay...mekar sepanjang tahun...bunga plastiklah katakan hehehe. This was the view from my room.. kita dapat apartment 2 bilik. 
 







Standard bilik air kat sini semua pattern macam ni...gaya Perancis gitew...
 

Another accommodation that we got was a duplex, suitable for 6 pax.
 







Petang tu ...hujan pun turun...tapi still tak rasa sejuk pun. 
 

We had a buffet dinner at the hotel. The food was okay .. tak mewah sangat...sedan-sedanlah.
 

Geng baju sedondong...😁


Opps tanpa sengaja ...makcik pun pakai sedondong dengan derang ...hehehe


After few shows...kita pun Zzzzz
 

View sebutir bintang nun di luar tingkap sebelum subuh sangat menakjubkan...MasyaAllah.
 

My usual breakfast at the hotel...
 

This flower was real...😊
 

The famous Colmar black swan.


Gile jinak swan ni...asal nampak orang..terus datang dekat... makcik pulak angkat kaki lari jauh-jauh...hihi ..takut.πŸ˜…
 

A group photo before the meeting...


Part of the ladies... yes memang pakat pakai sedondong hari tu untuk group photos.


After the meeting and an oversea look alike lunch venue albeit malay menu...kami pun berangkat pulang dengan kenangan manis yang tersemat di benak memori.

Wasalam dan selamat berhari minggu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...