Labels

Wednesday 24 May 2017

Happy birthday dear Dhia..

Assalamualaikum 😊

My daughter has turned 15!
I don't know why when the digit becomes double..they aged very fast😅.
Since she had an advance birthday gift,
all I needed to do was baking the requested cake.


She wanted a sponge cake and I never made one before. So here we go ... googled and watched youtube for the recipe and attracted to this 'only 4 ingredients sponge cake'. So what are they? 

 
Sponge Cake 

6 eggs at room temperature.
1 cup of flour
1 cup of sugar
1/2 tspn baking powder


Whisk the eggs at high speed for a minute, then add sugar into it. When the mixture is thick and fluffy, add in shifted flour with baking powder bit by bit.. fold them with spatula but do not overfolding them. 

 
Now they are ready to go into the oven at 170 degree. Aahh as usual I did not use my eyes to watch the time but nose instead😅...so please don't ask me how many minutes to bake. 


Since Dhia likes fruits... this was how I decorated the cake.
 

May be next time I shall add a teaspoon of vanilla essence in, as the main ingredient is egg... it had a strong egg smell.
 

Time to put the candles...
 

See... I still think she is 14 and put just 4 candles instead of 5...ehs ehs 👵🏻
 

I just used plain whipping cream, therefore comot bila potong because the cream was so soft.
 

Cuba teka yang mana satu Dhia?...both Nurin( My Sis's 2nd daughter) and Dhia nampak macam anak apek kan. My father's siblings ada yang rupa macam anak cina ...ada yang macam .. err macam dialah...kulit gelap hidung mancung... so contrast kann hehehe. My arwah nenek used to tell us that a lot of people thought dia ambil anak angkat because my grandparents were both kulit  gelap. So Nurin must have taken gene  from my father's side yang ala-ala Chinese... sampai sekarang mata masih kecik macam tu.
 
Somehow Dhia grow to be more like Mr H's side... selepas rambut lurus dia bertukar kerinting when she was 9... and now rambut dia dah kurang kerinting.. dah jadi wavy. Dulu Mr H cerita rambut dia straight masa kecik... I tak percaya ( tapi buat-buat percayalah hehehe)... bila berlaku depan mata barulah percaya betul-betul😅.
 
So yang mana satu Dhia? Dhia yang naughty tu... berani main gunting .. potong fringe sendiri... dia ni.... lepas kita marah main gunting ...dia main shaver bapanya pula... hilang kening separuh dicukurnya, nasib baik tumbuh balik🙄.
 

Now dah  rupa melayu dah...😊
 
Happy sweet 15 birthday darling... you know we love you so much❤️. Semoga membesar bahagia dan menjadi anak yang solehah.

Tuesday 16 May 2017

Our 2017 retreat at Saujana Janda Baik


Assalamualaikum😊

Sekarang ni hujan jer petang-petang
Pagi pun hujan juga kadang-kadang
Jalan pun jem memanjang 😅
Tapi tak pe.. hujan itu tanda Allah sayang.


Hujan pun hujan ... misi kita teruskan jua.


Misi balik kampung Saujana Janda Baik..


Tu dia .. tunggu kawan-kawan yang sampai berperingkat peringkat
Ada yang solat Jumaat
Ada yang sesat 😅


Di Saujana Janda Baik ni ada dua Chalet.
Yang ini namanya Meranti Chalet
Kecik sikit boleh muat dalam dalam 10 pax
Di sinilah jejaka-jejaka Malaya kita sumbat.
 

Champeroh Chalet ini lebih besar dan terletak di depan Meranti
boleh muat dalam 20 orang dan berkonsep open space dengan 2 bilik air
Jadi kita letaklah puteri-puteri rupawan di sini 😊
 

Di Chemperoh ( Meranti tidaklah kami masuk) ada satu katil pengantin...
 

Seketul katil sofa kecik comel.


Ada katil double decker kayu di tepi dinding
 

Dan tilam-tilam untuk bentang tidur ramai-ramai depan tv.
 

Beberapa tapak kaki jer dah boleh terjun sungai
Mari kita explore kat luar pulak...apa yang derang tengah buat tu?
 

Ooo ... sedang menjamu selera rupanya.
 

Lunch kami tempah dengan caterer yang direkomen pihak resort.
 

Wahh sakan hangpa berendam ye... mentang-mentang pak lebai semua pi masjid solat Jemaat...
 

hakak walaupun tak de pak lebai... malas betul nak masuk dalam air...kuikuikui
 

So hakak jalan-jalan jer lah di sekitar sambil petik hp.
Itu jelah yang boleh dibuat kalau line tenet slow macam siput.
 

 

Memang betul-betul pergi rehatkan minda...
masa berjalan macam slow juga bila tenet slow... pelik kan...hehehe
tengok jam tadi pukul 3 lebih.. tengok lagi sekali pukul 3 lebih lagi 🤔
 

Udahnya hakak join depa tengok tv... layan citer korea zaman bila tah... 
Syoklah pulak.....
Tengah-tengah syok... tetiba riuh dengar kat luar
 

 
Rupanya ada orang datang jual madu lebah asli... fresh from the tree.
Tengok tu ...ada lebah 'terkorban' sekali dalam tu.
Betul laa kot asli
 

 
Siap bawa sample yang asli dengan yang tak asli.... cer teka yang mana satu yang palsu?
Pandai pulak kalau beli 2 botol ada diskaun... maka hakak pun terjebaklah juga 😅.
Sampai la ni tak buka lagi... tak pe madu boleh simpan lama... banyak kegunaan.
 


After magrib... kami pun ready berderet untuk BBQ dinner...
Semua makanan caterer yang siapkan .. hantar yang dah masak untuk kami ngap.


Sempat depa pi beli kek sebelum ke sini... ada peti ais, so tak lah cair simpan untuk dinner.
 
 
Sebelum makan... kita mulakan dengan acara wajib setiap tahun...
tukar-tukar hadiah sesame geng.
Acara cam gini time baru lepas dapat bonus memang syoklaa..😝
 
 
Tu diaa... happy sangat tu...😆
 

okaylah... jomlah makan sebelum semua sejuk.
 

Dah kenyang ... kita halau jejaka semua balik Meranti..
sebab kita nak tidurrr 😜
Haa tengoklah keadaan ruang bila semua dah bentang tilam..
memang macam balik kampung sungguh. 😬

 
 
Breakfast nasi lemak pun caterer hantar pepagi lagi...
makan kenyang-kenyang sebelum kita main game.
tapi kita tak main badminton.. 

 

Kita main indoor game jer .. sebab hujan renyai.. memasing nak maintain cun malas nak turun.
Tapi we really had fun main indoor game yang cukup hilarious.
aduh bayangkan mulut kena sumbat penuh marshmallow... nak kena sebut pulak  nama haiwan liar...yang tunggu nak meneka tu pun tersembur-sembur air liur duk gelak.


 
Indoor game pun ada hadiah juga... berbaloilah ...hehehe
 
 
Tak de sape dah nak mandi sungai on second day...
lepas main game.. masing-masing pun balik dengan senyum terukir di bibir
Sebab duk teringat-ingat game lucu yang mencuit hati.
 
 

 
Sesape yang nak mandi sungai dan berpicnic ala-ala balik kampung bolehlah datang ke sini.. check out Saujana Janda Baik's website for latest details here.

Monday 15 May 2017

Fatma and Yusoff love Holly and Ben, and I love them.

Assalamualaikum😊

One day mama Fatma messaged bagitahu nak buat party, minta Tok Lang tolong...
untuk birthday Fatma dan Yusoff serta aqiqah Lily, cucu yang terbaru
Katanya tema Holly and Ben... sejenis apakah itu?🤔
I guess it passed my kids' timelah Holly and Ben ni, jadi I pun tak tahu.🤷🏻♀️
Nasib baiklah kita ni hidup di zaman adanya makcik gugel dan kak pint... mereka boleh bantu.😜

Tapi yang nasib tak berapa baik sebab Tok Lang ni dah plan nak balik kampung dihari kejadian tu.
Jadi tak bolehlah nak tolong banyak cuma promised nak buatkan piñata takat yang mampu.

 
hasil godek-godek kak Pint... jadilah piñata si Ben telinga pink.


Kak Long a.k.a mama fatma bagitahu, this time dia nak buat simple dessert table jer dan nak sewa bouncing castle...
Ni dia sewa dari kawan my makcik for about RM400 plus-plus ...boleh contact Aiza at 019 3577000 kalau berminat.

 

Nak dijadikan cerita in the last minute...tak jadi pulak nak balik kampung minggu tu.
Jadi pagi sebelum party, sempatlah print few things for the party.
 

Tengahari dah pegi rumah depa untuk tolong setting meja...
Si Ben ni pun jadikan prop meja before digantung dan isi gula-gula.
Bila tengok gambar ni, baru perasan yang telinga pink Ben dan hilang ntah kemana hahaha.
 

 

 

 

Senyum lebar birthday boy and birthday girl ni... birthday derang dekat-dekat tarikhnya... untunglah boleh buat combo party hehehe.
 
 
Introducing Fathea Lily...
 

 
Main menu adalah nasi arab sempena aqiqah.
 

Selain nasi arab... makcik-makcik si Fatma dan Yusoff ni rajin tambah masak itu ini. 
 

Can't wait to blow the candles...
 

Siapa yang lagi excited... si anak-anak atau si ibu bapa? hehehe
 

Too bad and not too bad.. hujan pulak , berkat usaha si atuk-atuk, dapat juga alih castle ni ke bawah porch ... bolehlah pakcik-pakcik Fatma dan Yusoff main ramai-ramai.
  
 
best kann pegang tangan baby...
 

babies kita dah besar-besar.. dah sibuk main.. tak de masa nak pegang-pegang tangan dah.
Tapi si Aiz kadang-kadang boleh jadi baby balik time nak manja tak hingat tu...
dari pandai bercakap ... jadi tak pandai cakap pun ada time dia extreme berlakon😅😂.
   

 
Itulah betul perancangan Dialah yang sebaiknya.. sebab Ayra demam time last exam, cikgu bagi dia tunda exam on first weekend of school holiday.. jadi cuti balik kampung pun ditunda juga dan akhirnya kita dapat kedua-dua... balik kampung pun dapat .. kenduri pun dapat 😊



Balik kampung makan masakan tok ma adalah nikmat yang sukar digambarkan ..walau hanya lauk simple ulam cicah budu.


Belajar masak dengan tok ma walaupun dah tua bangka hehehe... adalah detik- detik indah yang akan dikenang-kenang.

Kali ni kita belajar masak gulai lemak ketam .. meh kita kongsi resepi

Gulai Lemak Ketam

Bahan2
3 ekor ketam besar
3 batang serai (ketuk)
Cili & lada burung ( kisar)
1/2 biji bawang holland (kisar)
Kunyit ( kisar)
Air sikit utk make sure all bahan from  blender  masuk  periuk 😅
Santan pekat
Segenggam udang dibuang kulit
1 keping Asam keping 
Garam
Gula ( optional )

Cara2nya:

Rebus ketam dengan bahan kisar dan serai. Bila air ketam dah keluar dan bertukar warna, masukkan santan, asam keping, udang dan garam . Masak sebentar dan hidang 😋

 
Jarang dapat petik petai pakai tangan kann 😆

Ini routine balik kampung... hantar makanan ke kebun rusa.🦌


Before balik kita bergambar kenangan dengan tok ki tok ma.


Suatu ketika dulu tengok datuk nenek memandang sayu bila tok ki tok ma bawa kita balik...sekarang kita tengok tok  ki tok ma pula yang memandang kita sayu... 😔mungkin satu hari nanti, kita pula duduk ditangga memandang sayu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...