Monday, 15 May 2017

Fatma and Yusoff love Holly and Ben, and I love them.

Assalamualaikum😊

One day mama Fatma messaged bagitahu nak buat party, minta Tok Lang tolong...
untuk birthday Fatma dan Yusoff serta aqiqah Lily, cucu yang terbaru
Katanya tema Holly and Ben... sejenis apakah itu?🤔
I guess it passed my kids' timelah Holly and Ben ni, jadi I pun tak tahu.🤷🏻♀️
Nasib baiklah kita ni hidup di zaman adanya makcik gugel dan kak pint... mereka boleh bantu.😜

Tapi yang nasib tak berapa baik sebab Tok Lang ni dah plan nak balik kampung dihari kejadian tu.
Jadi tak bolehlah nak tolong banyak cuma promised nak buatkan piñata takat yang mampu.

 
hasil godek-godek kak Pint... jadilah piñata si Ben telinga pink.


Kak Long a.k.a mama fatma bagitahu, this time dia nak buat simple dessert table jer dan nak sewa bouncing castle...
Ni dia sewa dari kawan my makcik for about RM400 plus-plus ...boleh contact Aiza at 019 3577000 kalau berminat.

 

Nak dijadikan cerita in the last minute...tak jadi pulak nak balik kampung minggu tu.
Jadi pagi sebelum party, sempatlah print few things for the party.
 

Tengahari dah pegi rumah depa untuk tolong setting meja...
Si Ben ni pun jadikan prop meja before digantung dan isi gula-gula.
Bila tengok gambar ni, baru perasan yang telinga pink Ben dan hilang ntah kemana hahaha.
 

 

 

 

Senyum lebar birthday boy and birthday girl ni... birthday derang dekat-dekat tarikhnya... untunglah boleh buat combo party hehehe.
 
 
Introducing Fathea Lily...
 

 
Main menu adalah nasi arab sempena aqiqah.
 

Selain nasi arab... makcik-makcik si Fatma dan Yusoff ni rajin tambah masak itu ini. 
 

Can't wait to blow the candles...
 

Siapa yang lagi excited... si anak-anak atau si ibu bapa? hehehe
 

Too bad and not too bad.. hujan pulak , berkat usaha si atuk-atuk, dapat juga alih castle ni ke bawah porch ... bolehlah pakcik-pakcik Fatma dan Yusoff main ramai-ramai.
  
 
best kann pegang tangan baby...
 

babies kita dah besar-besar.. dah sibuk main.. tak de masa nak pegang-pegang tangan dah.
Tapi si Aiz kadang-kadang boleh jadi baby balik time nak manja tak hingat tu...
dari pandai bercakap ... jadi tak pandai cakap pun ada time dia extreme berlakon😅😂.
   

 
Itulah betul perancangan Dialah yang sebaiknya.. sebab Ayra demam time last exam, cikgu bagi dia tunda exam on first weekend of school holiday.. jadi cuti balik kampung pun ditunda juga dan akhirnya kita dapat kedua-dua... balik kampung pun dapat .. kenduri pun dapat 😊



Balik kampung makan masakan tok ma adalah nikmat yang sukar digambarkan ..walau hanya lauk simple ulam cicah budu.


Belajar masak dengan tok ma walaupun dah tua bangka hehehe... adalah detik- detik indah yang akan dikenang-kenang.

Kali ni kita belajar masak gulai lemak ketam .. meh kita kongsi resepi

Gulai Lemak Ketam

Bahan2
3 ekor ketam besar
3 batang serai (ketuk)
Cili & lada burung ( kisar)
1/2 biji bawang holland (kisar)
Kunyit ( kisar)
Air sikit utk make sure all bahan from  blender  masuk  periuk 😅
Santan pekat
Segenggam udang dibuang kulit
1 keping Asam keping 
Garam
Gula ( optional )

Cara2nya:

Rebus ketam dengan bahan kisar dan serai. Bila air ketam dah keluar dan bertukar warna, masukkan santan, asam keping, udang dan garam . Masak sebentar dan hidang 😋

 
Jarang dapat petik petai pakai tangan kann 😆

Ini routine balik kampung... hantar makanan ke kebun rusa.🦌


Before balik kita bergambar kenangan dengan tok ki tok ma.


Suatu ketika dulu tengok datuk nenek memandang sayu bila tok ki tok ma bawa kita balik...sekarang kita tengok tok  ki tok ma pula yang memandang kita sayu... 😔mungkin satu hari nanti, kita pula duduk ditangga memandang sayu.

2 comments:

  1. Meriah dari bandar sampai ke kampung.

    Kan.. pejam celik pejam celik, tak lama lagi you pulak melambai sayu pada Aiz,wife & cucu-cucu...

    ReplyDelete
  2. Tu lah ... cepatnya waktu 😌

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...