Labels

Monday 20 April 2015

Retreat at Bamboo Village Hulu Langat

Assalamualaikum kawan-kawan..
helloo...
Thank you for your nice comments Malinda and Nani.
Hani... Alhamdulillah.. ada juga rezeki 2 orang kann...ramai kawan kita yang masih menunggu rezeki...jom kita doakan mereka bahagia.
sVs... oklah tu pakai juga 3 patern... kita jahit straight jer... tetapi hasil dia zig zag ...hebatkan...2 in 1 gitew...hehehe.
Ni kita nak cerita tentang retreat our small unit baru-baru ni di Bamboo Village Hulu Langat
Started with Retreat at Awanmulan in 2014
This year pun nak retreat juga...hehehe.
Kejayaan 2014 lebih kepada berjaya mengharungi cabaran bersama...berbanding tahun 2013 yang meraikan achievement KPI.
manusia mana yang tidak akan diuji...
Firman Allah surah al-Baqorah ayat 286

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..
Alhamdulillah walaupun kita makin ramai ... Berjaya juga kita merelisasikan retreat kali ini...walaupun banyak ujian yang kita tempuh...


Ujian pertama ialah nak match harga percutian untuk setiap orang...makin ramai...kemampuan juga berbeza. Alhamdulillah, 
Bamboo village menawarkan harga yang reasonable... kami  seramai lebih 25 orang cuma menyumbang kurang RM100 setiap seorang untuk tempat tinggal, makan dan games.
Ujian kedua... mak aii... jalannya sebegini hampir 2km. Sila pakai kenderaan yang sesuai ya...
Ujian ketiga... kami disambut oleh Mek @ Amoi ...nickname seekor babi hutan sesat...hehe
Siapa sangka dalam hutan ada paradise...i.e istana bamboo... tapi memanglah dalam hutan ada babi hutan kan...huhu. 
Ujian keempat...bercuti di Malaysia...tapi kena cakap omputih..eh camne tu? Permandangan di sini sangat menarik  kan..kuikuikui


ujian ke lima... asyik tertinggal stok barang jer... kesian tuan Project Manager..muka penat buat groceries...hihi.
Manalah minyak masak ni?...nak goreng cekodok pun terbantut...
sementara tunggu minyak sampai.. kita tengok dulu apa ada kat bamboo village ni....
Kami sewa 3 rumah... maklum kami ramai... ada lelaki ada perempuan...
gegurl mostly duk sini...rumah ni paling besar.. boleh muat 12 orang dewasa... nama rumah ni ialah Bird of Paradise


Ini ruang paling penting kat rumah ni... ruang dapurlah ..apa lagi..
Rumah ni ada loteng...
kat loteng...adalah tempat pembaringan...budak kecik bahaya ni...kang depa main terjun-terjun...cari nahas je..hihihi


Kat tingkat bawah ada tiga bilik.. all with double beds.
Bilik air master bedroom.

another bathroom.
Syok lepak kat anjung...
tengok Mek a.k.a Amoi panic nampak orang ( padahal orang pun panic juga...hihi)
Ini pula rumah King Cobra... sesuai dengan namanya yang ganas... kita bagi sang pria duk sini.

Ada 2 kamar di King Cobra.
Rumah King Cobra...concept dapur dan livingnya open space... maka adalah yang tak diundang bertamu.


Ini Rumah ketiga...selesa untuk 5 orang.


Wallah minyak pun dah sampai... mommy tunjuk skill goreng cekodok...kehkeh.




Makan ramai-ramai..semua sedap...cekodok segera cap Adabi pun jadi luar biasa sedapnya...mungkin juga sebab sambal bilis hasil air tangan Hajar..(Hajar mana? Hajar yang femess tu ler)



Big boss sampai jer kita start prepare BBQ.. ler dah tu abam yang ada tak pass nak peridup api...tu kena tunggu VIP juga nyalakan ...hehehe.






adeh semua sedap-sedap...


Ini breakfast kita the next morning...



Nasi goreng campak apa yang ada pun sedap sampai tak cukup dibuatnya...




Bamboo village tak ada aircond..tak ada swimming pool..tapi senibina rumah buluh ini memang dikagumi...setiap perkakas sebolehnya berkonsepkan buluh...hatta penyakut baju sekali pun.



musim panas, hujan jarang-jarang sekarang ni... agak menjejaskan keindahan taman di sini...tapi tak sampai hati nak komen...penat abam-abam volunteers ni bekerja kat sini kann...hihi
Hebat tuan punya resort..Mr Ramadhan mendapatkan sumber volunteers from overseas untuk membantu beliau bangunkan tempat unik ini...




Apa pun kami happy.. sembang-sembang..masak-masak .. bergurau senda.....berebut makan... main sorok dan lari dengan Mek a.k.a Amoi...
Sebelum balik kami doa...agar kami kuat..saling hormat-menghormati, berkasih sayang dan tolong menolong... pohon Allah mudahkan dan berkati pekerjaan kami. Doa agar Allah tidak bebani dengan ujian di luar kemampuan kami..kerana surah Al Baqarah ayat 286 ada sambungannya yang perlu dihayati.
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."


Kami balik membawa memori bersama

bye kucing
bye ayam


bye Bamboo Village...


5 comments:

  1. Yg king cobra tu nampak scary sikit ahak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul tu Alia...some more ada ayam...akak takut ayam hidup...kuikui..

      Delete
    2. Haah betul tu Alia...some more ada ayam...akak takut ayam hidup...kuikui..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Haah betul tu Alia...ada ayam some more..akak takut ayam hidup...kuikui

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...