Friday, 7 April 2017

Buzz Lightyear Party and Special Pandan Gula Melaka Cake for Aiz


Assalamualaikum 😊


Birthday Aiz yang ke 7
Cepatnya masa berlalu
Dah masuk darjah satu
Rambut dah pendek, kulit dah kelabu 😬

Kita jer yang tak tua-tua kannn😜


Really miss the time when his pipi macam pau gebu dengan rambut kerinting tutup telinga.😊

This was the first time after awhile buat makan-makan ajak semua adik beradik kumpul.
Birthday party cuma jadi syarat aje, yang penting silaturahim get together with siblings.
Maklum duduk di ibu kota ni, banyak urusan itu ini, walau hati nak ziarah menziarahi tapi selalu tak jadi-jadi.

So the party was a simple one... even the doorgift pun kita beli things at random dan campak semua dalam bakul... nanti pilih aja berkenan yang mana...sebab cousins Aiz ada macam-macam umur... dari yang bertatih sampai yang berjanggut...hehehe.


The party was set at night... bukan sebab nak ber BBQ.. tapi sebab siang hari minggu memang sibuk dengan tuition, aktiviti budak sekolah etc-etc.

Biasa kalau buat birthday party, kami tak cakap pun it was a birthday party sebab takut susahkan orang nak bawa hadiah bagai... kita kan cuma nak get together.
Tapi for budak-budak, birthday party definitely associate with hadiah.πŸ™„.. aarghh ...so bila tak de hadiah ...dia punya moyok macam tak makan sebulan.🀦🏻♀️
This time sebab mengajak cuma keluarga, memanglah bagitahu tajuk perjumpaan adalah sambutan hari jadi... hahaha... nasiblah kann sekali sekala. 
Sebagai back up... kalau tak de juga hadiah... mama papa dah usaha beli hadiah, balut bagi banyak ketul sikit...tak daya  nak jawab soalan ... kenapa tak de hadiah ditanya berulang kali. Hatta sebab tu lah sepesen jer wrappingnya πŸ˜›



So pada siang harinya sempatlah buat birthday cake. Hujung minggu sebelumnya dah test buat kek pandan ni dan luluslah untuk dibuat birthday cake.πŸ€—


Simple dessert table... cuma ada funfetti monster cuppies, brownies dan marshmallow.


Buat all these with the help of littleladies.


Main menu adalah nasi kerabu... nasi kerabu kosong kita tempah, lauk pauk kita masak sendiri... ada ayam bakar, daging bakar dan ikan goreng celup tepung.


Alhamdulillah semua adik beradik dapat datang kecuali Mami Ja.


This is the sight that you want to remember and cherish... because we cannot take for granted that beloved family will always be there.


Aiz was really happy his best friend came to the party. Ni duk sembang pasal budak pompuan kat sekolah ni..πŸ˜…


Settle main dish... semua tak sabar nak ghasa pemanis mulut. Jom lah potong kek cepat-cepat.


I was really happy jumpa lilin bentuk bintang kat Mr DIY.. maklum .. mak bukan reti sangat nak hias-hias kek nih... takat pacak-pacak bolehlah.


Kalau jaman dulu-dulu... gambar birthday... mesti penuh budak-budak keliling nak potong kek... jaman sekarang... serak tekak mak keriau suruh berdiri kat belakang nak amik gambar... depa buat deq jer...hahaha.


Nak potong sendiri pulak... aduhh suspen takut hancur.


Sedapnya kek... lapar pulak tengok huhuhu..
nak resepi tak?


Kek Pandan Gula Melaka

Bahan A
300gm tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bicarbonate
( ayak bahan di atas)

Bahan B
190gm butter
230gm gula kastor
3 biji kuning telur
( di putar)

Bahan C
1/2 cawan santan KARA
1/3 cawan susu full cream
3 Sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu kecil perisa pandan
(campur ke bahan B)

Bahan D
3 biji putih telur
( putar sampai gebu)

Cara-caranya:-
Putar bahan B, masukkan bahan C dan A. Lastly masukkan bahan D dan  kaup sebati. Bakar kek pada suhu 170'c sehingga masak dan harum semerbak satu rumah..hehehe.

Untuk dalam krimnya, saya buat cream cheese macam filling red velvet, dan cream luar cuma whipping cream putar diletak pewarna hijau. Taburkan gula melaka yang diricik di atas setiap lapisan cream. Keliling kek kita letak choclate putih cair campur santan sikit.


Selesai potong kek...tibalah masa yang sangat ditunggu-tunggu...acara bukak hadiahlah...apa lagi😝


For me .. it was enough seeing him excited... puji mama decorate cantik sangat... sibuk nak ambil gambar sampai tak sempat nak pakai seluar.πŸ˜‚... kalau pun cuma bodek...mama puas hati.☺️

My dearest baby son... semua doa yang baik-baik adalah sebaik-baik hadiah dari mama buatmu... semoga makbul ...aamiin. 

Wednesday, 22 March 2017

Elegant Penthouse Paddy View @ Sekinchan


Assalamualaikum 😊

Lamanya tak bersiaran.
Entahlah macam lemau jer nak update😡

Ni dah cuti sekolah.. tetiba teringat percutian ke Sekinchan hari tu... manalah tahu ada yang nak ke Sekinchan, bolehlah stay kat Penthouse ni.
 


Penthouse ni ditempah melalui Airbnb.
Kami ke sana, time cuti raya cina... it was a last minute decision.
Tujuan utama nak berkumpul adik beradik untuk hiburkan MIL yang masih berduka kehilangan Uda.
 
Last minute kerana bila bukan hanya keluarga kita yang bercuti, banyak kena tunggu greenlight sana sini.. begitu begini... orang ni dapat cuti atau tidak... budget itu, budget ini etc-etc.
Alhamdulillah finally dapat juga kesepakatan😊.
 
Kenapa Sekinchan?
kenapa tidak?
 
Bila semua last minute, time pulak peak season... memang pilihan tidak banyak yang ada. Sana sini jem sudah tentu, dan bila kita bawa orang tua... kena fikir keselesaan beliau, jangan terlalu jauh... kalau dekat sangat takut tak excited pula.
 
So Sekinchan is just nice...
 

Boleh singgah makan mee udang on the way ...πŸ˜‹
 

Tak susah cari location ini kerana di Sekinchan cuma ada one high rise condo.. yeap only One Residence.
 

Sebab last minute, peak season CNY pula tu.. harganya pun faham-faham sendiri...we paid RM1200++ for a night... tapi bila kongsi sikit sorang... it was really worth the value because penthouse ni boleh muat ramai. Jom explore penthouse ni...
 

The living room is elegant with a modern concept...I guess that is why it is named Elegant Penthouse Paddy View.
 

Dapur pulak macam open concept sebab berdindingkan glass.. terus boleh nampak dining and living room.


Dapur ni serba lengkap..


Tapi sebab last minute.. we were not really thinking of it... so tak prepare apa pun untuk utilise the kitchen.


Jom tengok beranda...


Too bad padi baru disemai time ni so tidaklah hijau saujana memandang.


This is the master bedroom ... 


Besar dan cantik.



The attached bathroom.

 
The second room has 2 double beds and a sofa bed.


The third room has 2 double beds. Both rooms shared one attached bathroom, but ada satu bilik air di living room just next to the third room.


Ini adalah bilik rebutan ramai ..


Walaupun kecik .. tengoklah berapa pax boleh muat... banyak woo 😜.


Next to that room , ada another small room with a single bed .. which MIL dah book awal awal lagi 😁. There is also another bathroom here. So the house has 5 bedrooms and 4 bathrooms, comfortably fit 15 adults. Ada 4 parking lots untuk guests .. 4 uols 4 😍.


Penthouse ni boleh access ke rooftop, where you can see the sea meet the paddy field .. can you spot the sea on my left and the paddy field on my right. 


 Aydan teropong apa tu?


Mesti tengah intip swimming pool ramai orang ke tak kann...



While they were having fun time at the pool,  me and mr H pegi melawat kawasan untuk usha tempat dinner for us malam nanti.


Ronda- ronda and jumpa tempat ikan naik... mesti nak singgah before balik esok.


Terus ke Pantai dekat sini, mana tahu ada port makan best.

Pantai Redang ni boleh nampak from the penthouse .. suprisingly ramai sungguh orang kat sini, but kami tak jumpa pulak kedai makan yang sesuai.




Senja sudah .. time to get the kids ready for dinner.


Akhirnya kami decided ke Restoran The Bird River .. banyak pilihan menu... dari local sampai ke western.


Berkonsepkan kontena..ample space .. boleh makan kat luar atau pun kat dalam.


Kami sampai awal, tadak orang lagi time ni, ini di ruang bawah.


Kami pilih makan kat atas sebab...


Ada tempat lepak and play station for kids. Memang kami conquer area atas tu πŸ˜…


Ini antara menu yang di order..


Kalau Daniel yang tak berapa gemar seafood ni boleh makan, maka boleh buat kesimpulan makanan kat sini sedap .. sesuai dengan harga yang sangat berpatutan. 


Sedap ko dop Mek? πŸ˜‹ kusyuknya mek makan.


Activity after dinner be like πŸ™„.. yang akan menjadi kenangan manis mereka kelak 😊 


Good morning.. woke up to this view from the master bedroom. So sarapan apa kita? 


Kita buat rombongan ke Restoran Sri Sekinchan .. sebab boleh makan macam- macam jenis lempeng .. pilih je yang mana suka .. jangan pilih yang tengah berdiri tu .. kang kena lempang pula πŸ˜‚


Mine was delicious lempeng kelapa .. cicah sambal sardin awesome.


After breakfast, balik penthouse and get ready for check out. Semua berat hati nak balik so kita plan mesti get together for lunch dulu .. this time we wanted to explore exotic food at Restoran Lembah Bernam. Restoran ni kat kawasan sawah padi.


Budak ni muncung dah restless tunggu food tak sampai- sampai .. dua jam lebih menunggu bukan takat budak .. orang tua pun rasa nak naik atas meja dah πŸ˜…
Lagi rasa nak naik meja sebab tengok orang datang lambat tapi dapat dulu order...rupanya mereka tempah before datang 😞


Antara yang kami order adalah gulai ikan baung, rendang landak, keli berlado, puyu goreng dan rusa masak kicap .. ayam goreng pun order untuk yang kurang adventurous ...pun masyaAllah sedap sungguh... eh memang saya kurang adventurous hehehe. 

Lambat tu sebab, bila order baru chef masak .. fresh gitu ...and mungkin kami pun order banyak sebab kami ramai .. so lambatlah dapat ...πŸ˜”

tips nya tempahlah order awal- awal kalau nak pergi ... ada phone number kat gambar tu . Makanannya memang sedap .. nasib baiklah kan .. kalau tak mahu terbalik meja hari tu πŸ˜…


Singgah dulu port fresh seafood before balik.


Borong ikan bawal .. masa kami sampai , banyak dah habis .. ikan bawal jer yang baru sampai masa tu. Harga ikan fresh ni actually mahalnya lebih sikit dari beli kat pasaraya .. tapi rasanya berbeza .. manis and fresh.


Masak simple walau sekadar  goreng pun boleh buat makan nasi bertambah- tambah πŸ˜…

Kepada yang berminat untuk booking penthouse, saya sertakan link di sini . Happy holiday to all😊.
http://abnb.me/EVmg/CnvbCl64HB

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...