Labels

Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Friday, 18 November 2016

Villa 784 D'Faro Afamosa

Assalamualaikum...

Tak lama lagi cuti sekolah...

Budak-budak kat rumah ni duk tanya...Mama, kita nak cuti mana nanti? aduhh soalan susah nak jawab bertalu-talu ... ni penangan pergi Perth tahun lepaslah ni..hehehe..depa ingat tiap tahun boleh ulang??...juling mata ai tengok atas.

Papa mama tak boleh nak janjilaah anak-anak sayanngg...dengan keadaan kesihatan Pak Uda... kalau Pak Uda masuk hospital untuk chemo...kadang-kadang papa yang kena teman tidur di hospital..macam mana nak cuti jauh-jauh?.. lagi pun keadaan ekonomi sekarang yang tak stabil...duit kita asyik turun...duit orang pula mencanak-canak naik ... herm kena fikir banyak kali nak belanja...dan ...dan yang paling susah sekali adalah cuti abang Rizq..... dia cuti dah tak sama dengan budak sekolah ... memang dia cakap, tak apa... tinggal jer dia... masalahnya dia sambung ayat...kalau sampai hati laaa...tu yang terus tak sampai hati tu huhuhu...jahat  abang Rizq ni kann...hehe.

Frankly, tangan mama ni gatai jer nak book flight, bila Aiz kedip-kedip mata cakap nak naik kapal terbang...memang mama cair ;p...AirAsia pun asyik iklan free seats jer kannn... tapi istighfar lah banyak-banyak... kenapa nak sangat gi jauh-jauh kalau dekat-dekat pun awesome tempatnya?


Tengok ni gambar cuti-cuti kita di musim winter di Malaysia...haaa nampak sejuk jer kan, tak payah gi oversea...hehehe....Alor Gajah jer. Tak jauh dan taklah dekat sangat... just nice orang kata.


Sempatlah makan jajan dalam kereta semasa perjalanan. Jatuh cinta dengan chips ni di Perth... rupanya ada jer kat HERO Supermarket di Malaysia :D. So kita belilah sekali sekala sempena percutian istimewa... kalau selalu beli rabaklah purse...lagi pun kalau selalu...hilang istimewanya tu.


Pernah dengar  Freeport Afamosa? Seangkatan dengan Johor Premium Outlet (JPO) dan Mitsui outlets di Klia. Apa yang freenya? Free masuk jer lah... nak beli apa-apa tetaplah kena bayau ...hehehe. Konsepnya samalah ketiga-tiga tempat ni menawarkan barang branded at lower price. Betul ke murah? Jom kita check...


Before masuk kedai, kita ronda dulu di luar open air mall ni... cantik tempat ni...ghasa macam kat oversea juga ler hehehe. Freeport Afamosa ni dekat dengan Afamosa Resort.


verangannn tak sudah-sudah makcik ni... ghasa macam kat oversea tapi bawa handbag menkuang... kena sangatlah style tu hihihi.


Tak banyak kedai yang kita sempat terjah... sebab Mr H dah melekat kat kedai ni haaa. Nampak tak kenapa? Nampak? Markdown price tu... memang membuat Mr H mabuk...sebab dia dah lama duk usha nak beli... dan harga kat luar boleh tahan berganda-ganda mahal dari sini.


Lepas shopping kasut, Mr H dan Abang Rizq tinggalkan kita kat sini pergi untuk solat Jumaat.. ada masjid dekat jer dari Freeport ni. Budak-budak pula dah merengek-rengek lapar... so kita makan ice cream dulu sementara tunggu papa dan Abang Rizq datang balik. Nampak tak dekat window outlet tu? ...75% sales... paling ciput pun outlet-outlet kat sini menawarkan 50% discount... atau buy 1 free 1. Di outlet Cotton On ada baju-baju yang ditawarkan secara borong macam buy 3 at RM60... menarik kannn... haaa datanglah.


Pergi time bukan cuti sekolah...orang memang tak ramai mana...bebaslah nak panjat-panjat...mama tak kisah...


Oooo...tapi yang dah lentok-lentok kepala, tak mo beranjak ni mama kisahh... baiklah kita cepat-cepat blah huhuhu....


Jomlah kita gerak ke villa... lagi pun Mummy Ja satu family pun dah sampai. Pergi bercuti ni sebenarnya lagi best pergi berjemaah... kalau pergi kita jer, nanti boring... macam mama papa honeymoon dulu...ko tengok aku...aku tengok ko...entah macamana balik honeymoon, muncul Abang Rizq ... dia tak bagi boring la tu...hihik.
Sebenarnya esoknya Sabtu tu, ada kenduri keluarga belah mama di Port Dickson, tu yang ajak mummy Ja, ayah long dan cik su nor bercuti before kenduri.. tapi cuma mummy Ja jer yang boleh join... herm itulah hakikatnya, walaupun dekat tapi masing-masing ada commitment, sama-sama duduk di daerah perantauan yang sama, tapi berjumpa di kampung juga bila balik bercuti :p..tak apelah asal kita semua dekat dihati kann...


Akhirnya sampailah kita di tajuk post ini...hehehe. Tak serik ke bercuti di Villa D'Faro selepas terkena dahulu? Buat apa nak serik... villa ni villa lain... dan sangat berbeza dengan villa yang kami duduk dulu... puas hati sangat.


Sampai jer ada orang tu terus buat tinjauan kolam... kolamnya bersih. Jom kita masuk tengok dalam ...okay ke tak?


Ruang tamu ... ada aircond..ada kipas jugak. Tv astro pun ada.


warna villa memang tema Melaka bersejarah sangat kan kan...merah! hehehe.


Ruang tamu bersambung dengan ruang makan... suka  sangat bila boleh tengok kehijauan di luar rumah sambil makan-makan. Ruang makan ni pun ada kipas dan aircond ...sebab sekarang musim winter a.k.a hujan...on kejap je dah tutup udah...sejukkkk.


Villa setingkat ni ada 4 bilik, dua di wing kanan...lagi dua di wing kiri...


Semua bilik ada 1 katil double dan 1 super single...memang comfortable.


Ada 2 bilik air...satu di setiap wing.


Yang begulung atas katil tu selimut ...bukan tuala, tuala dan toiletries bawak sendiri ye.


kami pilih bilik ini sebab langsir kaler favourite Mr H...hehehe.


Bilik air ada water heater... memang penting sangatlah di musim winter ni.


Di antara dua wing ni terletaknya kitchen di tengah-tengah... peralatan semua cukup cuma agaknya sabun basuh pinggan kehabisan, sebab tuan rumah ada bagitahu sabun samak pun dia sediakan...mesti sabun biasa pun ada...hehehe ... line celcom pulak sangatlah kaput kat sini ... oleh yang demikian, malas nak call  nyusahkan tuan rumah...pi je lah beli sambil-sambil pegi beli ais tu...winter pun masih nak minum ais huhu.


Talking about ais... peti ais dia besauu....


Muatlah simpan semua bahan bekal yang dibawa.


Ini pula dapur belakang... tempat kecah-kecah a.k.a dapur basah.


Pinggan mangkuk untuk muslim users... elok tersimpan dalam almari yang berkunci.


Peralatan untuk BBQ...wire alas bakar baru...I like....


uihh senang nak iron baju kenduri sok...


Budak paling happy sebab dapat bersenda gurau dengan Abang Danish yang amat disayanginya... Abang Rizq besar sangat ye...tak best nak main ke?



Minum petang....ketupat frozen yang tok ma bekalkan masa balik raya haji.


Bila masa depa packing board game dari rumah ni...excited nak main with cousins.


Main board game sekejap jer... yang berendam kolam ni yang lama sampai kecut-kecut kulit masing-masing.


Lepas magrib, terus siap-siap untuk BBQ, ada induction cooker...senanglah nak main masak-masak :)
Ini tukang goreng wedges.


Yang ini tukang potong salad...punyalah kusyuk, tak sedar mama kat depan ambik gambar dia..kehkeh.


Yang ini tukang ghasa...tukang goreng wedges kat belakang dah tukar shift.


Tukang bakar membakar...kita serah pada yang pakar...


Okay everyone...dinner is ready!


Actually hari ni hari jadi mummy Ja... so ini budak tengah tunggu nak sergah mummy dengan birthday present...hehehe.


nyenyaknya dia tidur sampai ke pagi...


Too bad mama tak leh sambung tidur pasal nak prepare breakfast...


Ada jer yang rajin nak menolong... sebab tu mama suka bercuti :)


Sandwich telur, ayam bbq leftover semalam dan mee sedap...sedappp ... makan apa pun sedap kalau ramai-ramai :D


Lepas breakfast... kita jalan-jalan sekitar kawasan sambil hirup udara segar... 



budak-budak sambung mandi kolam before balik ...


Tak puas rasanya bercuti di Afamosa... tapi kita ada kenduri di Port Dickson... insyaAllah kalau ada rezeki, kita akan datang lagi ke villa 784 ini...sesiapa yang berminat untuk bermalam di sini, boleh berhubung terus di talian 01121007380/0176919194 dan boleh melayari FB nirzab homestay d faro atau Istagram Nirzab2001

Saturday, 1 October 2016

Family day at Equatorial Melaka

Assalamualaikum

Cerita throwback gembira ni sempena family day combine majlis hari raya office mama. Sebagai langkah berjimat cermat, dua event tahunan digabung... staff semua redha dalam kesyukuran, al maklum di musim-musim gawat sekarang ni, seharusnya kita beringat-ingat.


Check in as usual pukul 2 petang, jadi kita singgah Klebang pekena coconut shake dulu.


Lepas tu Dhia suruh beli kuih keria femes ni ... mula-mula mama gigih beratur... tapi bila tengok angka giliran nombor 51 and now serving nombor 23... mama angkat kaki cabut... haiih tak sanggup...rasanya by the time no 51, tinggal dulang kosong aje.


Finally sampailah kita di Equatorial hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka. Seronok Aiz dapat doorgift boboiboy.


Since anak mama cukup jari sebelah tangan, kita dapat 2 bilik. Side by side... tak de connection room, tapi budak-budak dah besar-besar, ok je..alhamdulillah.


Bilik air ada bathtub...shower pun dalam tu.


Ada daybed ... so insyaAllah comfortable untuk kita bertujuh... alah Daneen dengan Aiz tu memang confirm menyelit atas katil sekali... nasib baiklah mama kecik jer kan..kan ...hihi. ;-)


So petang-petang ni teringin pulak nak minum kopi.


minum kopi bersila atas lantai santai-santai...


Permandangan di luar tingkap bilik kami...selat Melaka ke tu?


Budak berdua ni tengok luar tingkap cari kolam benornya...


Mama malas betul nak layan budak-budak mandi kolam... nasib baik papa rajin, merasalah sekejap mandi petang tu. Kita ada dinner raya pulak malam nanti...so kena siap cepat-cepat.


Ikutkan malas betul nak dinner pakai baju raya... nak kena gosok bagai ... tapi kenalah sporting... barulah best.;-)


The next day adalah aktiviti beerkempulan ...


Huihh penat pun sempatlah posing-posing lagi. Kita kan kecik... kenalah naik satu anak tangga hehe.


Sementara mama beraktiviti bersama rakan... derang ni sambung mandi kolam lagi dengan papa.


Just before lunch, kita pun check out...


Selama abang Rizq bertapa di Melaka, tak pernah kita explore Jonker Street ni... nampak sangat menarik... may be next time kita datang jalan-jalan sini.. now kita nak ke Tea Mania di Bukit Bruang sebab nak makan goreng pisang cheese yang nampak sangat osem.


Sayangnya there were no more pisang goreng cheese there... cuma jual air jer... herm business sekarang susah nak sustain... tak de rezeki kita... tak pe lah ..sementara tunggu air siap, kita posing-posing jer kat kedai comel ni. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...