Labels

Saturday 1 October 2016

Family day at Equatorial Melaka

Assalamualaikum

Cerita throwback gembira ni sempena family day combine majlis hari raya office mama. Sebagai langkah berjimat cermat, dua event tahunan digabung... staff semua redha dalam kesyukuran, al maklum di musim-musim gawat sekarang ni, seharusnya kita beringat-ingat.


Check in as usual pukul 2 petang, jadi kita singgah Klebang pekena coconut shake dulu.


Lepas tu Dhia suruh beli kuih keria femes ni ... mula-mula mama gigih beratur... tapi bila tengok angka giliran nombor 51 and now serving nombor 23... mama angkat kaki cabut... haiih tak sanggup...rasanya by the time no 51, tinggal dulang kosong aje.


Finally sampailah kita di Equatorial hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka. Seronok Aiz dapat doorgift boboiboy.


Since anak mama cukup jari sebelah tangan, kita dapat 2 bilik. Side by side... tak de connection room, tapi budak-budak dah besar-besar, ok je..alhamdulillah.


Bilik air ada bathtub...shower pun dalam tu.


Ada daybed ... so insyaAllah comfortable untuk kita bertujuh... alah Daneen dengan Aiz tu memang confirm menyelit atas katil sekali... nasib baiklah mama kecik jer kan..kan ...hihi. ;-)


So petang-petang ni teringin pulak nak minum kopi.


minum kopi bersila atas lantai santai-santai...


Permandangan di luar tingkap bilik kami...selat Melaka ke tu?


Budak berdua ni tengok luar tingkap cari kolam benornya...


Mama malas betul nak layan budak-budak mandi kolam... nasib baik papa rajin, merasalah sekejap mandi petang tu. Kita ada dinner raya pulak malam nanti...so kena siap cepat-cepat.


Ikutkan malas betul nak dinner pakai baju raya... nak kena gosok bagai ... tapi kenalah sporting... barulah best.;-)


The next day adalah aktiviti beerkempulan ...


Huihh penat pun sempatlah posing-posing lagi. Kita kan kecik... kenalah naik satu anak tangga hehe.


Sementara mama beraktiviti bersama rakan... derang ni sambung mandi kolam lagi dengan papa.


Just before lunch, kita pun check out...


Selama abang Rizq bertapa di Melaka, tak pernah kita explore Jonker Street ni... nampak sangat menarik... may be next time kita datang jalan-jalan sini.. now kita nak ke Tea Mania di Bukit Bruang sebab nak makan goreng pisang cheese yang nampak sangat osem.


Sayangnya there were no more pisang goreng cheese there... cuma jual air jer... herm business sekarang susah nak sustain... tak de rezeki kita... tak pe lah ..sementara tunggu air siap, kita posing-posing jer kat kedai comel ni. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...