Saturday, 8 October 2016

Nasi goreng satay

 Assalamualaikum semua, 

Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi doakan kesembuhan adik ipar saya.. menyuntik kata-kata semangat ... yes when you think of it ... even semua kata-kata atau nasihat tu, kita dah pernah dengar dan tahu ... but still at times like this, you need someone to say it to you... it lifts up your spirit. Sekarang ini dia masih lagi berusaha... masih lagi struggle. Semoga Allah mengasihani dia, mengurniakan kesembuhan dan dipermudahkan urusan.

Berbalik kepada tajuk post, hermm saya ni memang penggemar satay, dalam keluarga, cuma Ayra yang mengikut, yang lain, biasa-biasa saje. Kekadang bila beli satay memang tamak haloba dan selalu terlebih beli. Biasa saya simpan dalam freezer untuk buat nasi goreng satay kemudianya.


Nasi goreng satay dah siap untuk dimakan... ada sesape terliur? Kalau terliur, mari saya kongsi resepinya.


Nasi Goreng Satay

2 ulas bawang putih
1/2 bawang holland atau merah ( bawang salad satay yang lebih tu pun boleh pakai)
1 Sudu besar cili giling ( tambah jika nak lebih pedas)
Sedikit sayur kubis dan lobak merah
sedikit sos tiram 
garam 
Semangkuk besar nasi macam dalam gambar
Minyak untuk menumis.



Mula- mula buang lidi dan hiris kecil satay ... kalau jenis dah kecik-kecik dagingnya...tak payahlah hiris...just relaikan dari lidi. Dah siap semua bahan, tumislah bawang dan cili. Masukkan sos tiram, garam, satay dan sayur. Kemudian masukkan nasi dan gaul rata.


Kalau sape suka makan satay, confirm suka nasi goreng ni. Selamat mencuba dan berhari minggu.

2 comments:

  1. sVs 'pontianak' satay... up sikit dari 'hantu'.

    Paling banyak pernah makan ialah 17batang saiz beso..
    tak tau la orang ke jembalang yang makan... hihihihihihihi(mengilai)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello Pontianak...kita geng! hahaha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...