Wednesday, 27 September 2017

Reunion gathering.


Assalamualaikum 😊

Tahun ni kita punya turn jadi host untuk reunion A level class...
Kita cuma nak share satu dua resepi dan kongsi gambar... untuk kenangan....
dan mana tahu boleh cetus idea untuk kawan-kawan yang plan nak buat makan2 tu ( ehem jangan lupa jemput kita tau..)
 

Ketupat frozen tu TokMa bekal masa balik raya hari tu... kira masa kita buat makan-makan tu , masih ada aura raya... khas untuk kawan kita yang duk Switzerland tu.



Main menu bihun tomyam... kita pakai paste Thai Boy yang sedap tu... ada dijual di NSK.. tempat lain tak pernah nampak pulak brand ni.


 

Terajin sikit ... semua masak sendiri kecuali kueh Koci (beli kat gerai) dan Cheese tart yang di order dari Zuraini Mamat kuih talam dan tartlets (refer ig zurainimamat).
 

Ini adalah sago gula Melaka yang di combine dengan cendol... sedap dan mewah 😬.
 

Tetamu dah mula sampai... ada yang tak berjumpa lebih 20 tahun...
 

makan dan sembang....
 

dan amik gambar... selfie.. wefie.. semua ada.
 
 
one two three...cheese..
 

Acara kemuncak... ada orang celebrate birthdaylah... dulu masa rumaja.. tak dak duit nak beli kek celebrate 😅.


haippp gossip ... gossip ... kehkeh.
 
 
the ladies...
 

Gents...
 

Sago cendol yang meriah...

saya nak kongsi resepi kuah santannya

Sago Gula Melaka

200ml Santan KARA ( 1 kotak kecil)
300ml air (boleh suai ikut citarasa pekat atau cair)
2 sudu besar tepung susu
1 helai daun pandan
sedikit garam

Masukkan semua bahan dan kacau  sampai pekat dan mendidih sedikit. Padamkan api dan biarkan sejuk.

Untuk sago ... rendam sago lebih kurang 1/2 jam dan masak dengan air... agak-agak air tu banyak mana... kena kasi tenggelamlah sago tu .. kalau agak nak kering, boleh tambah air lagi... masak sampai sago dah jernih... toskan dan siram dengan air untuk buang kanji berlebihan, toskan dan taruk dalam bekas, sejukkan dalam peti ais. Lebih kuranglah sebab main agak-agak, tak sukat pulak bahannya.

Untuk gula Melaka tu pulak, masak satu ketul gula Melaka dan 1/2 cawan gula pasir, dua helai daun pandan dan air. Masak dengan api perlahan mengikut kepekatan idaman.

Lepas tu apa lagi? Bolehlah makan bersama cendol, kacang kidney, jagung, cincau dan apa2 aja yang seangkatan dengannya 😊.
 
 
 
Inti Popia Goreng
 
1 labu bawang Holland
2 ulas bawang putih
2 biji kecil sengkuang
1 batang lobak merah 
2 sudu kecil sos tiram.
200gm udang kecil tanpa kulit
Sepeket kecil jejari ketam, potong
sedikit garam 
 
Tumis bawang dengan sedikit minyak, masukkan semua bahan ...goreng sampai semua masak sebati. Sejukkan dan gulung dengan kulit popia dan goreng dengan api perlahan.
 

Okay that's all for now... have a nice day everyone!😊
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...