Labels

Wednesday 31 August 2016

Olio Aglio ... cara saya.


Assalamualaikum.

Sebelum terlupa ... nak kongsi resepi Olio Aglio mudah ni dengan uols.


Abang Rizq yang suka makan Olio Aglio ni, hari tu dia cuba masak sendiri tidak menjadi katanya... so may be lepas ni dia boleh refer kat sini:-)


Olio Aglio

1/2 paket angel hair 
1 biji bawang holland
6 ulas bawang putih
3 paket chili flakes domino
1 kiub pati ayam
1 SB sos tiram
Lada hitam, lada putih, mixed herb, garam dan gula untuk perasa. 
Seafood - saya guna lala dan udang
Minyak Zaitun
3/4 cawan air rebusan pasta
Kalau suka boleh tambah capsicum dan tomato ceri untuk sayurnya.


Tumiskan bawang putih, bila dah garing dan naik bau, masukkan bawang holland dan cili flakes. Lepas tu terus masuk sos tiram dan kiub ayam, masukkan juga air rebusan pasta tadi. Masukkan lauk dan segala bahan perasa mengikut citarasa masing-masing. Last sekali masukkan pasta dan gaul rata. 


Bila nak makan taburkan parmesan cheese. Bebudak kat rumah ni memang suka parmesan cheese.... memang taruk banyak-banyak :-)


Selamat mencuba... dan Salam Merdeka.

Sunday 28 August 2016

Avillion Admiral Cove Lagi...

Assalamualaikum

Hi Hani.. long time no hear. Glad that you like my breakfast corner :-)

Saya pun agak busy kebelakangan ini, jadi kalau sunyi sepi tidak disapa tak boleh salahkan sesiapa .. kita pun tak sempat nak hi-hi kat orang, tak bolehlah nak suruh orang hi-hi kat kita kan ... :-)

Hujung-hujung tahun ni banyaklah aktiviti syarikat. Bebaru ni saya kena gi kursus kat PD... same Avillion ...yang dah pergi pada suatu masa dulu ... but this time dapat bilik anjung lain .. so different deco ... itulah kita nak share ni.


Buka pintu masuk, inilah viewnya.


Two single beds rapat-rapat. 


Spacious biliknya.


Bilik air with shower. 

 
Pegi Avillion tak sah kalo tak bergambar di bay kapal berlabuh ni ... 
 
 

Cantik kan? 



Matahari jatuh ... bulat macam bulan purnama.



Haa ... 4 hari berkursus... 4 harilah duk petik gambar... hehehe... sampai orang tangkap gambar kita jadi cameraman pun tak sedar.


Best course ni sebab yang mengajarnya best... walaupun dah berusia 63 tahun cikgu Dee from Australia ni sangat bertenaga dan ceria ... bila minta tips, she said she likes what she is doing... sampai penat pun tak terasa... Woww!!

 
Itulah cerita kursus di PD 4 hari 3 malam... kita pun dah tak sabar nak balik rumah lepas jumpa dan baca surat dalam beg baju... :-)

Wednesday 24 August 2016

Chocolate Chips Pancake

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? 
sVs are you ok? 
lama tak sembang dgn sVs...
Malinda pun ...hopefully uols sihat.


Dah breakfast ke belum?
Kalau belum jom cuba buat pancake choc chip yang mudah ni. Kak Dhia's friend happened to wassap her and asked " eh ko makan apa breakfast?" ... bila dia jawab pancake... kawan dia kata..." sudah-sudahlah tu.. ko makan lempeng kan"... Hahaha ... lawaklah derang ni. Samalah tu speciesnya nak oiii. 


Actually at this very moment, I am at the office, waiting for a meeting to start.. but bolehlah share resepi dulu ... seminggu kerja duk buat pancake jer... sebab si Aiz requested... resepi dah hafal dan dah improvise jadinya :-)


Chocolate Chips Pancake

1 cwn tepung gandum
1 cwn susu (saya bancuh susu tpg)
1 biji telur
1 sudu besar ( flat ) gula
1 sudu kecil ( membukit ) bkg powder
2 sudu besar butter ( dicairkan)
Secubit garam
Semi sweet choc chip secukupnya.

Caranya pukul telur dengan gula, secubit garam dan baking powder. Masukkan tepung dan susu. Last masukkan butter cair .... kacau sebati .. done!


That was my first batch ... Ugly!


Salahnya because I waited batter tu almost masak then tabur choc chip then tuang batter some more on top... meleleh batter yg baru tuang tu... tu jadi x bulat. 


So my second batch I taruk choc chip immediately, before the batter start naik gelembung. 


Then just cover the choc chip with little batter and since batter tu tak masak lagi , dia blend in. 


Wallah ... dah comel dah. 


Our breakfast corner ... finally berjaya display my old vege cross stitch on the wall. Punya lama hybernate, buat zaman ada anak sorang... hahaha. 


Budak- budak dah lari dari breakfast corner masuk bilik tengok movie... being a very nice sekali sekala mum, I served them with my lovely second batch pancake yang habis sekelip mata.


While budak-budak  layan movie ... saya melayan perasaan yang lara melihat pokok junjung langit rebah menyembah bumi... huhuhu. 

Have a barakah Friday everyone!

Saturday 20 August 2016

D'Desa Resources Sungai Besar

Assalamualaikum

Once upon a time ago during 2016 a.k.a a few months ago hehe, a top person in my company wanted to have an event at Sungai Besar. We were given a week to arrange everything!! We cannot say a word to the person who made us crazy because he is a top person...ngeee. Logically a last minute deal is hard because most of the halls or caterers or lodgings are already fully booked but the top person is in his position because he believes in the impossible ... that is contrary to the ordinary us who go with logic. The tips is the top person always wants to see efforts. So after reporting the negative result ... dapatlah a new date for the event ... another week extention. Fuhh oklah bolehlah bernafas sikit. 


Luckily this place was available for us to spend a night before the event.  

        
On the way to the homestay, there was a mee udang place that we singgah for our lunch. Walau kepala serabut dan hati bimbang... kita bahagiakanlah perut :-)


Tu dia pilihlah apa yang berkenan.


Hirup sampai licin mangkuk. 


Sebaik sampai, talipon pengurus homestay untuk bukakkan pagar untuk kita. Kalau uols berminat bolehlah call nombor yang tertera untuk booking.


Kejap jer sampailah pengurus dengan kereta merah yang rugged ni. 


Jangan main-main... homestay ni ada swimming pool comel.

Next to the swimming pool is the biggest house here.


Ada dua bilik so selesa untuk 4 orang... kalau nak masuk lebih kena bentang totto laa. 


Ada ruang tamu untuk bersantai.


Dan dapur untuk main masak-masak.

Boleh duduk di tangga sambil tengok- tengok kolam... tengok jer lah.


This was my room , rumah seberang yang cuma ada bilik tidur dan bilik air.


Bilik air besar dan bersih. 


Sambil prepare things for tomorrow, mari kita explore the place. 


Mari kacau kucing... 


Mari tangkap siput ... maksud saya.. tangkap gambar.



Siapa yang nak merasa suasana desa dan duduk rumah kayu ... bolehlah datang sini. Tempat makan pun banyak , malam tu kami dinner kat kedai tom yam sedap sangat tapi lupa nak ambik nama kedai.


Alhamdulillah majlis kami selesai dengan jaya. Selesai majlis .. bergegas pula balik office untuk meeting. Gitulah kehidupan. 

Monday 8 August 2016

Teen Birthday at Hei Shushi and Jigar


Assalamualaikum :-)

Birthday untuk teenagers ni sonang sikit.
Tak minta party bagai ... minta makan yang sodap-sodap ajo.


Kek pun kita boli yang kocik ajo.. Ambik syarat yo.


Hadiah pun dah tak payah nok boli toys yang mahei ... boli keperluan ajo... tak yo pun keno boli juga kan ... baik boli sebagai hadiah ... jimat belanjo... kuikui.


Kak Dhia ni suko makan makanan jepun..kita bawa dia poi Hei Shushi yang halal ni kat IOI Putrajaya. 


Selain dari halal .. restoran pun cantik... kita suko.


Suko tengok deconya..yang waitress comel tu kita tak suko sangat ... huhu.


Uihh birthday girl dah tak sabar ... gosok-gosok tangan dah.


Ini starter ... kita makan salad with dressing yang sangat osem.



Fusion food ni memang sayang nak makan... cantiknya...ngapp.


Drinks pun fusion jugak...

 
Yang ini fusion and tension... ada orang lebih-lebih pulak ni hihik.


Pilihan birthday girl.


Pilihan abang Rizq and Ayra.



Pilihan Mr H.


Yang ini comel lebih tapi makan udang tu jer... selebihnya tekak tak boleh nak telanlah pulak... 

So mamanya makan apa?...makan all of the above ... itulah susah nau nak kurus selim melim.. kerja duk perabih yang tak habis huhu. 



Inilah nama makanan yang di order tu ... sila match-match sendirilah yo .. hakak dah lupo sebab birthday Dhia bulan ompat lepah.. bukanlah minggu lepah ..hihihu.

 
Meh belanjo sekeping gambar birthday girl ... budak 14 tahun yang hipster... Katanya teknik ambik gambar hipster adalah gambar separuh-separuh... haa gitu kaedahnya.

 
Jom kita gerak ke Jigar di Bangi pula.


Abang Rizq suka makanan western...jadi kita bawalah ke sini walaupun sebenarnya mama nak test churros ni ... jangan bagitahu niat sebenar kat dia tau...ngeee.



Suka juga deco ala-ala hipster ni ... I think..I think ... errr I am a teen trapped in old lady's bodylah ... heheh.


Aiz tunduk sikit ... Mama nak ambik gambar deco kat belakang tu...


Aiz janganlah marah ... janganlah sabotaj mama nak selfie .. huhu... ada ka pi jolok gelas depan camera. 


Abang Rizq chooselah menu...it's your birthday kan.


Susah ke nak pilih? Tak pe.. meh mama tolong ... hihi.






Coffee anyone?


Ok last but not least ... gambar mahal ... budak low profile... bukan sombong tapi pemalu. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...