Wednesday, 31 August 2016

Olio Aglio ... cara saya.


Assalamualaikum.

Sebelum terlupa ... nak kongsi resepi Olio Aglio mudah ni dengan uols.


Abang Rizq yang suka makan Olio Aglio ni, hari tu dia cuba masak sendiri tidak menjadi katanya... so may be lepas ni dia boleh refer kat sini:-)


Olio Aglio

1/2 paket angel hair 
1 biji bawang holland
6 ulas bawang putih
3 paket chili flakes domino
1 kiub pati ayam
1 SB sos tiram
Lada hitam, lada putih, mixed herb, garam dan gula untuk perasa. 
Seafood - saya guna lala dan udang
Minyak Zaitun
3/4 cawan air rebusan pasta
Kalau suka boleh tambah capsicum dan tomato ceri untuk sayurnya.


Tumiskan bawang putih, bila dah garing dan naik bau, masukkan bawang holland dan cili flakes. Lepas tu terus masuk sos tiram dan kiub ayam, masukkan juga air rebusan pasta tadi. Masukkan lauk dan segala bahan perasa mengikut citarasa masing-masing. Last sekali masukkan pasta dan gaul rata. 


Bila nak makan taburkan parmesan cheese. Bebudak kat rumah ni memang suka parmesan cheese.... memang taruk banyak-banyak :-)


Selamat mencuba... dan Salam Merdeka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...