Labels

Friday 23 September 2016

Ujian hidup

Ujian hidup lebih mudah untuk dibicara
Tetapi perih untuk ditanggung
Mata melihat, hati tersiksa
Simpati derita yang tidak tertolong.

Seperti tidak tersambung cerita-cerita gembira disini kerana perasaan dilanda kedukaan. :-(

Kakak ipar sulung Mr H  baru sangat pergi ... sakit jantung.. Sedang kami semua positif dia akan sihat kembali ... tak sangka pembedahan itu tidak menyelamatkan dia ... masih rasa seperti mimpi ngeri yang terkesan bila bangun pagi. 

Bila kami masih lagi mamai dari mimpi ngeri...dikhabarkan pula berita buruk yang tidak terperi. 
Adik Mr H pula disahkan kanser tahap 4. 
Seperti jatuh ditimpa tangga ... 

Sekarang ini semua masih bingung ... mahu buat apa .. bagaimana? 

Ya Allah berilah kekuatan kepadanya dan kepada kami untuk menolongnya ...
Coretan ini semata menagih simpati  dari yang membaca .. doakan kesembuhan untuk dia walau seperti memohon satu keajaiban, tetapi saya dengar keajaiban itu ada.

Saya akan terus menulis selepas ini insyaAllah ... cerita-cerita throwback yang gembira ... dengan harapan memberi satu dos positif untuk saya.




6 comments:

  1. moga dipermudahkan urusan semua....

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar.
    Semoga Allah memberi kesembuhan kepada adik.
    Kita meminta kepadaNya, kita mohon padaNya. Semoga kita semua sentiasa dalam dilindungNya Insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for your kind words and doa Hani ..

      Delete
  3. "Sesiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka" - Riwayat Abu Daud

    Moga dia, keluarga dan orang sekelilingnya terus kuat dan terus berdoa

    sudipVSsenduk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Appreciate so much kata2 semangat... memang sgt diperlukan. Tqvm sVs... aamiin.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...