Labels

Thursday, 7 April 2016

Villa Danialla Tok Bali


Hari tu bila bagitau Tok Ma Tok Ki kita nak gi Perth... derang cakap nak ikut.. 
Walaupun mereka cuma mengusik Aiz... hatiku tetap terusik... huhuhu.

Sebagai ganti kita bawa mereka ke Maldives... Maldives di Kelantan...hikhik. Orang cakap Villa Danialla ni macam kat Maldives.


So bertabahlah kami merempuh jem balik time CNY... demi membahagiakan mereka.
Orang cakap ( memang suka dengar cakap orang budak ni hehe)... kat Kelantan ada 3 raya besar... raya puasa, raya haji dan raya cina... jalan confirm jem lah huhuhu


Cuaca redup sepanjang perjalanan... Keluar rumah subuh... sampai selepas asar.... kiralah berapa jam tu ...hakak tak boleh kira... tak cukup jari tangan dik...huhuhu.

 
Ketika hujan turun renyai-renyai... 
Check cuaca di luar kereta lebih kurang 24-26 degree... cuaca dalam kereta kami ekjas letak 22 degree ... kalo boleh nak matikan aircond tak tahan dengan sejuk... maklumlah waktu tu Gua Musang dan Kuala Krai tengah musim winter..hihik

Tengahari tu Tok Ma called tanya lokasi ...kami jawab...lambat lagi ...lambat lagi....
Sepatutnya dah sampai ni ... nak cepat punya pasal, kami ikut jalan Gua Musang... tak ikut LPT...tapi nak buat macamana, kereta banyak bersusun...slow macam semut.

Lepas tu Tok Ma cakap mungkin mereka tak boleh ikut kami pegi Maldives sebab Tok Ki tiba-tiba demam dan sakit perut... 

Allahurabbi... nasib baik pegi Maldives Kelantan  jer... kalau Maldives betul-betul ...haru jugak tu... dalam hati doa Tok ki cepat sihat... hati ini betul- betul ingin gembirakan dia.


Alhamdulillah... menjelang petang Tok Ki dah rasa sihat. So kami pun berangkatlah ke Villa Danialla yang tidaklah jauh mana... 30-40 minutes dah sampai...hehehe.


First thing first, kita check in... Office a.k.a lobby  dekat dengan Russkaya Villa ni.


Dekat juga dengan swimming pool.


Ambil kunci dan bayar breakfast for extra pax.. Setiap bilik cuma dapat 2 pax for breakfast walaupun bilik yang kita book tu untuk 4 pax. 



Sebelah office... adalah dapur villa ni..wow tak sabar nak makan kat sini.


Kami ambik 2 bilik di Villa Zainab... Villa ni cuma setingkat...kesian tok ki kalau nak kena naik tangga.


Villa Zainab ada 6 bilik... ruang santai ini umpama lobby  untuk penghuni Villa Zainab.


Bilik di Villa Zainab ada 1 double bed.


And 2 single beds. 



Bilik airnya besar sungguh... boleh bentang totto tidur kat sini kuikui.


Dua beranak ni tengah pening ... ada tv channel siam jer kat sini... walaupun nenek moyang saya asal dari Patani... yang saya faham cuma sawadikah... yang lain haram tak tahu... talipon pun tak ada kat bilik ni nak tanya.

Tak de apalah nak buat kat bilik ni... baik jalan-jalan tengok permandangan kat sini yang awesome. 


So kami pun pergilah ke tepian pool...


Ini bilik sauna dekat pool.


Ini layout keseluruhan kawasan.


Ini Villa Dato' Siti.


Ini pula Villa Mariam kot.


Ini rumah kucing... eh macam villa dah rumah kucing ni... 



Ombak dan angin masih kuat walaupun dihujung- hujung monsun ...  langit pun gelap jer.

Kami pun sampai sini dah sangat lewat petang ....tapi kat sini tak ada sunset. 


Nampak di dewan makan... sedang sibuk set up untuk dinner...wah bestnya romantic dinner gitew...


Jomlah kita siap untuk dinner.


Tapi kami keluar pi makan pulut ikan bakar... rindu... hehe.


Bangun pagi-pagi... kami jalan-jalan lagi.


Gi lagi tepi pool nak tengok sunrise ... tapi tak nampak jugak...


So kita balik and get ready for breakfast... tak sabar nak breakfast tepi pantai nih...





Makan puas-puas... 


Nasi dagang...


Haa tengok ... sape yang ambik gambar before makan? Hehehe


Tapi tapai dan ubi goreng ni memang terbaikkk...sedap sengoti!


Memang lama kami lepak sini... hahaha sampai abis waktu ...


Ada banyak yang nak di lihat-lihat...


Ini dapur yang kita tengok dari kejauhan semalam.. memang mereka masak air kat sini untuk kopi etc


Ada apa disebalik pintu ini? Sape boleh teka? 


Gok aye okay! ( reban ayam wa cakap lu)


Jom lah Daneen kita pi mandi pool. 


Kids pool ni kat bawah eternity pool.


Berat kaki nak balik...



Walaupun melancung di kampung sendiri dan rumah pun tak sampai 30 minit... nak juga singgah-singgah beli itu beli ini...hehehe.

Friday, 1 April 2016

Melantak

Alhamdulillah ...


Settle dah SPM... dup dap dup dap jantung ... mengalahkan nak ambil result sendiri dulu huhuhu.

Abang Rizq trial pun tak ambik sebab hospitalised... 
Jadi kita pun tak boleh nak agak macamana resultnya.
Alhamdulillah syukur kepadaNya. Mama papa bangga apa pun keputusannya.


Lepas dapat result kita pegi melantak.


First thing first... kita pilih nak makan apa..


Kalau pening nak pilih, boleh rujuk gambar ni.. 


Kat dinding pun ada gambar lembu.. senyum jer lembu tu tayang body.


Lepas tu pilih pulak cara masakannya.


Ini pilihan papa dan Abang Rizq.


Both anak beranak pilih medium. Tekak mama tak leh terima medium.


Mama mesti nak well done... baru boleh telan. This ribs were marinated and froze... tasted really delicious.


For the drinks... boleh pilih panas atau sejuk... self service and free flow.

 
Ni kalau Kak Dhia baca post ni mesti dia tension kita gi makan tak ajak dia ... hehe.
Sorry Dhia... ni belanja orang lepas stress pucat lesi tunggu result. 


Well done Abang Rizq...

psst : well done is the best kann...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...