Saturday, 2 July 2016

Ikan Percik Kelantan

Assalamualaikum..

Rata-rata dah bertolak balik kampung ke? Harap banyak-banyak bersabar menempuh perjalanan yang mungkin tidak lancar seperti biasa... apa pun demi orang-orang yang tersayang.. ianya berbaloi-baloi. 

Buka puasa dengan apa hari ni? Apa kata cuba buat ikan percik Kelantan. Lauk yang fames di bulan Ramadhan.


Kenapa ya bila bulan Ramadhan banyak lauk-lauk percik timbul? Memang rasanya sangat sedap  dan bahanya pun mudah didapati, tapi agaknya dulu-dulu nak membakar agak leceh...so bila Ramadhan barulah rajin sebab teringin.


Ini ramuan untuk 8 ekor ikan. 

Ikan Percik Kelantan

Bahan A
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam
( tumbuk bahan A dan lumur pada ikan)

 Bahan B
8 ulas bawang merah 
1/2 inci halia
( blend bahan B bersama sedikit santan)

Bahan C
3 cawan santan
3 batang serai diketuk
1 keping asam 
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit tepung gandum untuk pekatkan kuah.


Jom buat kuah dulu... kalau pro ..bolehlah bakar ikan sesambil.
Bahan B dan C dicampur dan dimasak... kena sentiasa kacau supaya pekat cantik.


Bila kuah dah masak, kita bolehlah bakar ikan yang dah dilumur bahan A.Sekarang ni mudah... kita bakar guna magic pan aja... bila kedua-dua belah ikan dah masak ...curahkan sedikit kuah yang dah masak tadi. Biar sekejap aje dan lakukan yang sama sebelah lagi. Terus angkat sebelum kuah tu hangus... dan bila nak hidang curahkan lagi kuahnya.

Okay dah siap ikan percik untuk buka puasa. Selamat pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya. Bertolenransi dan senyumlah selalu. 

1 comment:

  1. sVs kalau buat percik versi kelantan, mesti letak kunyit sikit. Tak reti nak makan bila kuahnya warna putih suci bersih.. (versi derhaka)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...