Labels

Friday, 24 February 2017

Mandurah Hotel

Assalamualaikum ๐Ÿ˜Š

Hello from Mandurah Hotel ...


Mandurah hotel Beserah ye .. bukan kat Perth nun ๐Ÿ˜œ.

Ini cerita lama sebenarnya...
Cerita balik kampung musim tengkujuh.

Sebetulnya dah lama tak balik kampung..rindu membuak-buak tak terbendung. 


Sibuknya kita hingga musim durian  datang pun tidak terlayan seperti selalu.. singgah tepi jalan untuk merasa bila musim pun hampir berlalu.


Mana cukup durian saje... lunch kita pekena pula nasi kukus dan mee calong, lokasi bertentang dengan Swiss Garden Resort residences.


Apakah Mee Calong? tak pernah kami makan.
Ala-ala mee celup tapi rempahnya lain, konsep air tulang belulang.
Errmm tak kena dengan palate saya anak beranak.
 

Singgah Beserah ni sebab nak jengok anak bujang, dia tak boleh balik kampung sebab nak exam...
 
Family room kat Mandurah hotel ni besar dan selesa dengan 2 katil king. Bertaraf 3 bintang jadi price pun sangat reasonable. We paid  RM300+ only for the room, it was during peak season.


Dan walk in closetnya pun besarnya... suka dengan open concept wardrobe ni...
 

Ada dua bilik air with shower...
 

Comel jer... saya suka...
 

Complimentary...


Ada spa service kalau nak memanjakan diri...
 
   
5 bintang untuk  view from the window ...
 

Budak ni fefeeling Mandurah Perth...hinggakan kambing disangka kuda.๐Ÿ˜‚


Yes you can get the oversea fefeeling here...maybe that's why they call this hotel Mandurah not Beserah...
 

Ada sofa panjang  in the room, so it is comfortable enough for a family of 7, but you can request extra bed with breakfast for RM53 too.
 

Dah nak senja baru sempat turun ke pantai... melihat warna-warna langit yang indah.


Pantai di belakang hotel...
 

tadak orang....
 
 
and so boleh buat perangai ambil gambar sambil angkat kaki sebelah gitu....eh ada pulak orang nun di sana.๐Ÿ˜…
  
 
memang asyik melihat ciptaan Ilahi...
  

Tapi ada janji yang harus dikotakan...
Nak bawa mandi kolam.

Kolam ni sebenarnya sharing dengan Duta Sand Beach Resort dulu... sekarang management Duta Sands dihandle oleh Mandurah Hotel. Swimming poolnya ala-ala je lah sebab maklum ajelah Duta Sands tu resort lama.


Spa tu pun terletak di salah sebuah chalet di Duta Sands... sayang datang semalam aje...mana sempat nak membelai diri.
 

Mama papa duk terbayang ikan bakarlah kalau datang area Kuantan ni ...tapi budak-budak request western pulak. Lepas teringat kekecewaan makan kat Ana ikan bakar petai tempoh hari.. terus setuju aja nak makan western.
 

Alhamdulillah pilihan yang tepat..


Western foodnya tak mengecewakan.


Dan pilihan mama yang bertekak melayu kuey teow goreng pun sangat sedap.


Lepas dinner kita tak ke mana .. terus balik hotel .. ini budak fefeeling christmaslah pulak dekat lobi hotel ๐Ÿ˜Š


Wakiey wakiey baby ...


Time for breakfast .. littleladies makan kat dalam dining area hotel..the room comes with breakfast for 4 pax. Breakfast for adult is RM25 and RM15 per pax for child.


Mama papa terasa nak dating kat tepi pantai depan dining area tu ...


Bye bye Mandurah hotel ... yes ada rezeki boleh jejak lagi.


Bermulalah sambungan perjalanan disulami hujan kadang-kadang lebat.. kadang-kadang renyai.


This time kami singgah masjid kristal .. 


Dah lama nak datang...
tapi tak berkesempatan.
 

Cantik berkilau-kilau ... 
dengan background mendung awan kelabu tu .. lagi berseri jadinya .
 

But inside the mosque banyak yang kena repair.. sayang kalau tidak dimaintain betul-betul.


Akhirnya sampailah ke rumah tok ki tok ma. Hermm itu gambar baru tu ...๐Ÿค”


Ayra punya pasal ... minta nasi kerabu tok ma.. kena siang ikan sambil tersengguk- sengguk.๐Ÿ˜ฉ


Budak- budak ni first time experience main air boh nittah jale...


Syok katanya... ๐Ÿ˜…


Nasib baik ada juga mentari muncul..
Bolehlah pegi kandang rusa.


Jinak pulak rusa-rusa kali ni .. biasa nampak orang lari lintang pukang.


Sakanlah ambil gambar jarak dekat ๐Ÿ˜


Dan tibalah hari kita kena berangkat pulang...
Breakfast istimewa pun tetap tak boleh hapuskan sayu di hati.


Lihatlah wajah tok ki ... matanya redup sedih sekali... membuatkan hati ini rindu lagi... ๐Ÿ˜”

Friday, 10 February 2017

Ayra's Tea Party


Assalamualaikum ๐Ÿ˜Š

Kong kong .. batuk king kong masih lagi berbunyi-bunyi.

MIL cakap, tak kan lah nak sihat sokmo, sekali sekala Dia bagi kita sakit ... MIL suruh kita syukurlah tu dapat batuk king kong ... Allah sayang kita, bagi kita ujian.

Tapi orang sakit memang tak suka nak dengar nasihat macam tu kann .. hehehe. Orang sakit dia lebih suka orang simpati dengan dia .. kesiannya batuk .. cepatlah sembuh ...rehat ajalah, tak payah masak ... haa gitu kaedahnya hehehe. 

Dah bila tak sihat .. nak buat apa pun lemau jer .. sambil-sambil berlemau tu marilah update dan jamu mata dengan yang indah-indah .. manalah tahu .. tengok gambar-gambar lama, boleh memangkin cepat sembuh. 


Bulan December hari tu punya kisah .. birthday Ayra yang ke 11.


Since pada masa bulan 12 tu, kami masih lagi sibuk dengan urusan arwah Uda.. banyak masa ulang alik ke hospital, so kita buat small tea party je ...sebab hari jadi yang ke 11, you only invite 11 close friends saja, I told Ayra.. hehe 


and always the same rule applied ... cuma separuh aja yang biasanya akan dapat datang .. jadilah a really small party. 


Di kad jemputan, code baju adalah purple atau green dipadankan dengan tema.. selepas kad diedar baru saya perasan birthday girl pun tak ada baju nak pakai... hahaha. Untunglah birthday girl and kakaknya dapat baju baru sempena tea party ini.๐Ÿ˜†

 
Kalau small... bolehlah kita setting meja betul- betul.


Daripada kek birthday sehinggalah main menu semua boleh usahakan sendiri .. cantik tak cantik tu belakang kira ...yang kita  dapat gurantee.. rasanya ikut citarasa anak tekak kita.


Ayra minta red velvet dan kak Dhia pula minta buatkan funfetti cake...kita buatlah dua-dua... birthday cake pastilah red velvet ... so funfetti jadi cuppieslah this time... nasib baik Aiz dengan Daneen tak minta apa-apa... jenuh kalau 4 macam jenis kek nak kena buat sepagi ๐Ÿ˜…. 


Pening juga fikir macam manalah nak buat red velvet tapi nak ikut tema colour lavenderlime ๐Ÿค”.


Budak-budak ni memang tak suka kek yang pakai butter cream ... jadi saya selalunya akan putar whipping cream aja tanpa gula untuk creamnya. 


Bila diletak pewarna, texture jadi tak begitu smooth dan cantik macam butter cream, tapi tak pe lah ... janji kena dengan selera derang. 


Saya lapiskan the cake with cream cheese, then layer atasnya kita salut dengan whipping cream untuk mendapatkan kek berwarna purple dan hijau. 


Red velvet yang dah lama tak buat ... sekali dapat puas hati makan.


Marshmallow with white chocolate yang ditaruk pewarna hijau...


Zoom sikit...white chocolate letak perwarna serbuk .. letak banyak kang jadi pahit.. so dapatlah kaler yang sebegitu ... semuanya eksperimen di pagi hari .. semuanya main cuba-cuba aje hehehe. 


Untuk door gift, each of them got themselves a box of chocolate and sweets...takat buat 11 doorgifts , gagahlah buat handmade tq tags ๐Ÿ˜œ.


Yang berderet dalam paper bag atas meja tu adalah bahan untuk aktiviti kita nanti. 


Sebelum kita beraktiviti ... kita makan lah dulu. So apa yang saya masak untuk main dish? 


Lala pasta.. saya share sikit cara buat pasta yang sedap dan mudah ni ...


Tumiskan bawang putih satu labu , bawang holland 2 biji bersama sos lada hitam dan sos tiram, masukkan lala ... tumis sampai masak lala tu.


Masukkan tomato ceri dan capsicum.


Last masukkan pasta spiral yang dah direbus sebanyak 2 paket ni and gaul rata. Budak- budak suka makan pasta ni .. saya pun suka sebab mudah jer nak buat. ๐Ÿ‘Œ


Kalau ikutkan banyak yang saya nak buat .. tapi walaupun party ni start at 3 pm ada juga benda yang nak buat tapi tak sempat๐Ÿ˜ฉ.


Patut ada small pancake dicucuk bersama tapi nampaknya strawberry dengan pisang jelah yang tercucuk si situ ๐Ÿ˜›.


Ok dah settle makan pasta .. kita pun nak start buat aktiviti ...


Jom bukak goodies dalam paper bag...


Ada mug .. ada marker .. so lets get creative to memorise today's event on the mug...


Malu- malu pulak derang ni ... 


Aiz ni taksub betul dengan blog mumto5.. tapi dia tulis mum25.. hahaha... sometimes bila dia buat vlog.. he will address himself as mum25-aiz dan panggil kakaknya mum25-daneen and I think that's hilarious ๐Ÿคฃ.


Hello .. I am mum25-daneen ...I think my mug is not nice .. thus this smile is fake ๐Ÿ™„ arrggh. 


Mak budak pun join sekali ..thanks to Qila... who came overnite and helped a lot with the party. 


Glad that the party went well .. hopefully everyone enjoyed themselves eventhough it was just a small party...


Indeed a small cute tea party that hopefully will be a big sweet memory to Ayra. Happy birthday darling.. we love you so much ... we love you to the moon and back. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...