Labels

Wednesday, 13 August 2014

Raya mood for home Sweet home


Sesampai jer kat rumah, semangat mendeko  membuak-buak....tapi tak kan nak mendeko malam-malam buta... kita tunggu besoknya... uissh tak sabar nak bagi mood raya kat rumah sendiri.

Satu lagi sebab tak sabar.... kerana
nak tengok effect cat momento.

Hasil membaca blog Lizzie...dapat tahu Nippon momento ada buat  promotion semasa bulan July hari tu...cepat-cepat pegi beli lor...sebelum habis  promosi...cat kemudian tak  pe...hehe



Sebab kedua semestinya bunga- bunga Segar yang dibeli di Cameron.
Masa beli memang tak confident bolehkah pokok ni bertahan dengan cuaca panas ...?
Tapi bila tengok orang lain beria membeli, kita pun terikut juga...yang tukang jual pun meyakinkan kita, boleh...boleh katanya , cuma berpesan jangan kerap siram...sesuailah dgn jiwa malas ni  hehe


Ternyata cuma bertahan seminggu aje...lepas tu kecut ...huhu
Ker saya yang tak pandai jaga?...ada yang nak bagi advice?


Samalah dengan lavender ini.... Kecut jua...herm.


Yang tahan cuma cactus ini.... kerlass tak tempat display cactus tu...? nasib baik berjaya menahan Mr H dari buang laci meja tembus ni.. eh mestilah ade saya terikut perangai tokki satu dua,  tokki pun suka simpan dan kutip barang buangan... kunun nak modify...hehe.

Jom tengok dinding calerr baru...


cantik dok...?


untuk dinding seluas ini, 2 set momento diperlukan... satu set boleh cat lebih kurang 10X10 kaki luas... dinding ini lebih 20 kaki, tapi masih ada balance sikit cat tu...


rasanya cukup untuk cat dinding in between windows tu... tengoklah kalo rajin kita cat ...kalo rajinla, hihi
ok enough about unprofessional deko-deko.
Jom pegi open house lak.


20 tahun lebih tak jumpa... bayangkan betapa tuanya kami semua... hehehe... tapi dalam hati forever sweet 18.


macam orang muda-muda... nak juga wefie... this was behind the scene of our wefie...ko pegang, aku tekan..hehehe.

Sunday, 10 August 2014

Mengubat rindu di Lavender Garden Cameron Highland

Hari raya kelima...
 kita dah nak bertolak balik dengan hati yang berat
Bila rumah di kampung sayup-sayup dari pengelihatan
hati sudah merasa rindu...

Jadi kita balik santai-santai saje
sambil beraya.. sambil redah jem orang beraya
ikut jalan Dabong... jalan kampung
kali ini panjat Cameron

Jom layan gambar ... 


nampak sangat menarik lavender farm ini...
tiket masuk RM5 dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak ( up to 12 years old)
tak pasti buka pukul berapa... yang pasti tutup pukul 7 pm


amboi anak sapelah gedik tu...


cepat-cepat... ambil gambar free... hehehe


Kebun lavender di belakang Dhia...ramainya orang ambil gambar... snap masuk pulak kepala Aiz ... ehs ehs


kepala sape pulak tu... huhu



ada strawberry picking juga kat sini... jom


Si Daneen garu vontot...


Alaa... dah tutup pulak strawberry picking petang-petang gini.


ok..this seems more interesting... toys picking!


cubaan meng'paw'


Ooo... berjaya... bersuap lagi!


who is watching you Ayra?


scary red eye kitty...lets go home Daneen!


Finally... we continued our journey...


Friday, 8 August 2014

Kunjung mengunjungi di hari raya...




Petang raya pertama.. kita balik rumah tokma tokki pula... sebenarmya giliran itu cuma untuk malam raya dan pagi raya pertama... hakikatnya setiap tahun kita beraya di kedua tempat... teori tokki doa supaya anak-anak kahwin dengan orang senegeri membuahkan hasil... katanya kalau kahwin dengan orang senegeri, pasti lebih kerap berjumpa... tokki begitu berkira kerana anaknya tak ramai, bukanlah kerana semangat kenegerian.


Ini gambar Aiz tumpang berlagak depan kereta Ayah Su Mak Su... tapi Aiz pakai selipar jepun ajo...tak sesuai dengan keta, hihi. 


Ayah Su, Mak Su nak ikut kita beraya di rumah tokma tokki... Ayah Su rapat juga dengan tokki tokma pasal dah duduk sama dengan kita masa zaman bujangnya.


Raya kedua kita berkunjung ke rumah nenek mama... alhamdulillah dia sihat ... telinga, mata, semua elok lagi...cuma sedikit bongkok, bila diajak ke KL, katanya tahun ini umurnya 100 tahun... tak larat nak jalan jauh. Semoga Allah melanjutkan usia dan memberikan kesihatan yang baik untuknya...dia seorang wanita yang tabah, bila datuk mama meninggal... semesti dia sedih tapi katanya dia perlu kuat untuk hidup... sebab selagi dia hidup, ada doa dan sedekah darinya untuk datuk.  


Kat rumah tokma tokki, mama masak spaghetti , hari raya ketiga Kak long, mama Fatma Fahad nak datang. 



Fatma dengan Aiz... main slide... budak-budak tak heran sangat bab makan... yang depa heran... orang tua yang tak berhenti-henti makan...hehehe.


Jap lagi nak bawa Fatma pergi tengok rusa, pokok rambutan dan dokong lebat berbuah kat kebun, kebun tokki ada rusa... kesian Fatma nak tengok burung merak tak boleh pasal dah kena curi. Bergambar jap before pergi kebun. 


Jom tengok budak bandar kait buah...


Ooo ok dapat jugalah hasilnya..


Bapak budak  orang kampung... tak heran panjat pokok. Mak budak orang kampung juga, tapi takut pacat macam tak pernah lihat.. kehkehkeh.


Buah dokong manis...


boleh nampak tak rusa tokki belakang abang Hakim tu?


Rusa ni binatang liar... bila nampak orang, terus tak keruan ... susah ler nak snap gambarnya.


Berbaloi ... Fatma suka makan buah rupanya.


Berlagak dengan hasil kutipan sendiri....


Berlagak dengan hasil kutipan orang lain.. muahaha. 

Petang itu juga kita balik rumah mek semula... 
Raya keempat kita jalan-jalan kat rumah kekawan mama papa pula.

Kalau berkesempatan kita pasti ke rumah Uncle and aunty Noor. Nama mereka sama... Noor and Nor. Mama memang ralit kalau pergi rumah mereka... asyik tengok hasil lukisan uncle Mohammad Noor... jom kita tengok hasil tangkapan gambar malu-malu... kununnya ambil gambar anak walhal... hehehe


Ini gambar lukisan kat main hall abang Rizq lah..


Ini gambar lukisan kat second living room kak Dhia lah... hihi

Cantikkan... bulan ini , En Muhammad Noor akan buat exhibition 100 lebih lukisan series asma al husna seperti di belakang Dhia tu , di Kuantan... kalau kat KL atau Selangor... kami pasti pergi. Last exhibition kat KL masa baru lahirkan si Dhia... 12 years ago. 


Orang seni... bukan sajer lukisannya cantik... rumahnya pun cantik...baik di dalam...


mahupun di luar...





Wednesday, 6 August 2014

Walau jauh dan lelah....rela kutempuhi...


Salam Aidilfitri buat:

sVs, Kak Zu mamatiamia, Ana Suzana, Enyda, Lizzie, Lily, Juju, Hanis Azla, Fizah, Fidza, Cik Nurul, Nazira Hazrika, CT Humairah, Nizegurl81, Ammi, Diksu, Ziela, Nani, Suffiah Zee, Sya, Irma Putri, Ida, Lynda, Kak kasihredha, Puteri kayangan, Ellysa Emran, Mommy CT, Shaliza, Malinda, Dzil Khadeeja, Pu3 Bibah, Najwa Wawa, Syuha, Nur Honey, Ibuayu, Puan Nemo, Bibi Yusof, Aza Ina Hashim, Shaz minah, Azlin Safera Azihar, Yong, Zarin Aziz, Nurul Ain, Tifa, Fazian Batrisyia, Meronazil, Maziatimatrani, Rizziela.., and silent readers.

Maaf Zahir Batin.

Semua pun tahu....
Perjalanan balik kampung akan bertambah lama untuk raya...



After few movies, songs and  sleeps... belum juga sampai-sampai.



Bila bersusun tidak bergerak...serasa lemas dan rimas.



Lantas jalan lama dan jalan kampung jadi pilihan...biar perlahan asalkan lancar... Jalan Gombak lama... LPT...



Berhenti dan bersusun juga disini ....jem tang ni...bukan takat rimas... tapi cemas...haha

dan akhirnya sampai, setelah separuh hari duduk dalam kereta...setelah empuk kerusi serasa keras seperti papan kayu...setelah mulut tak kuasa nak menjawab soalan sikecil dengan jawapan siaran ulangan yang tak berkesudahan...."mama bila nak sampai?"

Begitulah cabaran nak balik beraya... tapi apalah raya, tanpa ibubapa... kaum keluarga... tempat tumpah darah... tempat meraih kenangan pahit dan manis sebagai kanak-kanak ribena yang riang dan remaja yang kuat berangan...hihi.



Raya tahun ini giliran rumah papa...jadi kita singgah rumah tok ki tok ma dulu... bolehlah berbuka puasa bersama walau cuma sekali...



Raya tahun ini jatuh  musim buah...
Rambutan depan tangga lebat, dah masak merah...



Dan buah asam juga... rasa lucu tengok tok ma pun dah join jemur asam... permandangan ini selalu dilihat rumah nenek dulu...hehe...selalu rasa tokma nenek moden yang tak akan jemur asam...hehe



Aiz tidur awal malam ni...penat lah tu...



Kita tinggalkan rumah tok ki tok ma keesokkannya hari ahad... kebetulan ayah long satu family pun dah sampai. Taklah sunyi tokma tokki nak menyambut raya.




Rumah mek ada pokok lemon... bolehlah ambil kalo tak cukup lemon beli tadi... malam nanti mama nak masak nasi arab al bayt....




Raya tahun ni ramai yang balik rumah mek... sempatlah mama lari join sembahyang raya... kampung mek tak ramai orang... surau cuma hidup time raya jer... anak- anak muda banyaknya dah berpindah ke bandar.


Pagi ini agak berkabus walaupun dah dekat pukul 10 pagi...tak kan jerebu kot.


Raya tahun ni tema hijau....err sempena...errr caler dinding rumah mek...hihi
Banyak lagi cerita raya...nantikan sambungannya ye...taaa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...